Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Pemilihan 2010: Panas, Jika Samsul Iskandar "U-Turn", Maka Ia Bakal Ranapkan Harapan Calon Lain Untuk Tanding Jawatan Ketua AMK Pusat !!

Ramai pemerhati politik yang terkejut dengan keputusan beberapa orang pemimpin PKR yang tidak "tetap pendirian", dalam keputusan untuk menawarkan diri sebagai calon dalam pemilihan PKR 2001 ini. Masing-masing kini seolah-olah sengaja bermain dengan teka teki, sedangkan hari pencalonan sudah pun tiba hari ini. Difahamkan, Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Md Akin. yang pada awalnya bercadang untuk menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden PKR dijangka "U-Turn" kembali untuk mempertahankan jawatannya itu. Satu sidang media berhubung dengan pendiriannya itu bakal dibuat tengahari ini sebelum beliau menghantar borang pencalonan. Samsul dikatakan lebih berminat untuk mempertahankan jawatannya daripada melangkah ke jawatan yang lebih tinggi. Biarpun dikutuk oleh kumpulan pro Chegubard, namun bagi Samsul keputusan itu dibuat selepas mengambikira beliau turut mendapat sokongan padu dari kalangan anak muda untuk mempertahankan kedudukannya. Malah, keputusnnya sebelum ini hanya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Tawaran bukan bermakna keputusan, makanya beliau berhak untuk mempertahankan jawatannya selepas melihat sokongan padu daripada anak muda yang masih mahu beliau memimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat untuk penggal berikutnya. Apapun keputusan ini pasti memberi tamparan hebat kepada "team Chegubard" yang dilihat berupaya untuk menang jika Samsul tidak "U-Turn". Malah, keputusan beliau itu juga akan menyebabkan dua calon lain seolah-olah bakal berputih mata. Selain Chegubard, dua calon lain ialah Rafizi Ramli dan Hashimi. Rafizi dilihat pencabar terdekat Chegubard jika Samsul tidak bertanding. Dengan keputusan Chegubard ini, maka nama Rafizi berada diranking ketiga dan amat sukar bagi anakmuda itu. Apapun, nantikan sahaja keputusan rasmi yang akan dibuat hari ini. Laporan terkini akan dilaporkan kemudian.

[Apapun keputusan Samsul. ramai yang menganggap pemimpin itu "seperti lalang" kerana tidak tetap pendirian. Malah, dalam sidang medianya yang mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden di Kampung Baru sebelum ini, rata-rata anak muda menganggap Samsul bakal melepaskan jawatan Ketua AMK. Alasan mereka, Samsul sudah pun berkompromi dengan Chegubard sebelum membuat keputusan tersebut. Namun, ternyata semua itu mungkin tidak menjadi kenyataan. Malah, Samsul dikatakan bertukar fikiran ketika berada di Jakarta. Apakah mungkin beliau ada bertemu dengan Azmin dan Anwar ketika disana dulu. Apakah ada pihak memaksa beliau "masuk semula" selepas melihat calon harapan iaitu Rafizi mungkin tidak berupaya untuk menyaingi kekuatan "Team Chegubard" itu agaknya. Segalanya kini terletak ditangan anak muda untuk menentukannya. Selamat berjuang semua!].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

samsual tu lalang ... dia mesti dapat tajaan / sokongan dari pihak tertentu dalam PKR juga.... Dia mesti ada rancangan nak MALUKAN chegubard- bagi aku walaupun aku tak kenal dia berdua tapi apa yang lihat dan sifat2 , cakap, berani, kuat bekerja , dapat kat chegubard... .. jadi pakat2 lah doa dan sokong chegu bard

Anonymous said...

dengan berbuat demikian aku rasa shamsul seumpama memerangkap diri sendiri....majoriti AMK menyanjungi beliau kerana melepaskan jawatan dan memberi laluan pada cheguBard..nafas baru kepada amk..tapi tindakan shamsul berbalik ke ketua amk maknanya beliau tidak mempunyai pendirian dan jika shamsul kalah malah akibat yg lebih buruk...beliau terus hanyut dalam pkr tanpa apa2 peranan....potensi masuk umo la....

Anonymous said...

AKU PUN TAK FAHAM DENGAN SHAMSUL TU. MACAM TAK BERMARUAH AJA.AKU BUKAN ORANG POLITIK TAPI PENGALAMAN AKU 25TAHUN DALAM POLIS ... AKU RASA CHEGUBARD LEBIH ADA GAYA DAN DAYA KEPIMPINAN- WALAUPUN SHAMSUL TU PEGUAM DAN GHEGUBARD TU SEORANG GURU KETOKOHAN KEBERANIAN SEBAGAI SEORANG PERJUANG MEMANG PADA CHEGUBARD.

Anonymous said...

Aku sokong apa yang dikatakan bekas POLIS ni, lagi pun aku tengok si Shamsul ni tak ada karisma sebagai pemimpin jika dibandingkan dgn Cikgu Bard. Dia dah jadi pemimpin kat sekolah dan memang peranan cikgu itu memimpin bukan macam si shamsul. Selamat berjuang.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]