script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Spekulasi: Panas, Benarkah Nama 'Fuziah Salleh' Dikeluarkan Dan Digantikan Dengan Nurul Izzah Dalam 'Line Up' Terbaru Team Azmin Ali-Zuraida

Benarkah calon Timbalan Presiden, Azmin Ali kini memilih Nurul Izzah Anwar sebagai regu barunya untuk bersaing dalam pemilihan PKR 2010 ini?. Inilah persoalan yang sedang bermain difikiran penyokong Fuziah Salleh (foto) sekarang ini. Jika benar, maka ianya jelas sesuatu yang cukup mengejutkan, tambahan pula Fuziah sebelum ini secara terbuka mengatakan beliau adalah "line-up" Azmin Ali. Maklumat yang tersebar selepas pertemuan dengan Azmin Ali di Permatang Badak Kuantan semalam. Menurut sumber, dalam satu kenyataan Azmin secara jelas mengatakan bahawa beliau lebih bersedia untuk bersama Nurul Izzah. Apakah yang berlaku agaknya dalam "Team Azmin" sekarang ini?. Tiba-tiba bertukar "kem" di saat Fuziah sedang sibuk di Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi sekarang ini. Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan sebelum ini dikatakan bakal mendapat sokongan penuh daripada wanita PKR untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Malah, beliau difahamkan satu-satunya pemimpin wanita yang mendapat mandat dan amanah daripada pergerakan itu. Namun, keadaannya berubah apabila Nurul Izzah tiba-tiba menawarkan diri bertanding jawatan tersebut. Ini bermakna, semacam ada satu permainan politik yang sedang berlaku. Apakah ini percaturan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR iaitu Zuraida Kamaruddin agaknya. Beliau yang mengambil alih jawatan itu daripada Fuziah beberapa tahun yang lalu, sengaja menyatakan sokonga terbuka kepada Fuziah supaya pemimpin itu tidak berlawan dengannya untuk jawatan Ketua Wanita. Ketika itu, Fuziah dilihat selesa kerana berada satu "line up" dalam Team Azmin dan Zuraida. Kini apakah segalanya telah berubah?. Jika benar Azmin kini menyokong Nurul Izzah, maka bagaimanakah nasib Fuziah agaknya?. Apakah Fuziah sanggup berada dalam "Team Zaid Ibrahim" atau bebas?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Tambahan pula ketika kunjungan Azmin semalam, banyak kain rentang sokongan terhadap Fuziah Salleh telah dipasang di sekitar lokasi berkenaan. Malah, kain rentang beliau dilihat lebih besar dan hebat dari Azmin Ali sendiri. Apakah ini menyebabkan Azmin berkecil hati agaknya dan mengeluarkan Fuziah.

[Andainya sumber ini sahih dan ada kebenarannya, maka Fuziah harus mengambil keputusan segera untuk bersama kem lain. Jika tidak, penyokongnya pasti gusar beliau akan termain dengan percaturan politik pihak-pihak lain. Bayangkan, di saat Fuziah selesa untuk menjadi calon wanita pertama menang jawatan Naib Presiden, tiba-tiba kelibat Nurul Izzah pula menjelma. Sedangkan sokongan terhadap Fuziah telah dibuat oleh pimpinan wanita dan disokong sebulat suara oleh majoriti ahlinya. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba Nurul Izzah menjelma?. Bukankah, ini seperti satu permainan politik dan pasti ada seseorang akan menjadi mangsa akhirnya. Apapun, diharapkan Fuziah tidak terkejut dengan maklumat terbaru ini dan teruskan usaha untuk memastikan Parlimen Batu Sapi jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 4 November 2010 ini].
Share:

9 ulasan:

  1. Cuba para calon berkempen secara elok tak payah kata dia team siapa dan dia team siapa seandainya pemilihan ini berjaya baru mata rakyat terbuka dan yakin dengan kepimpinan PKR itu kan ke yang terbaik buat parti

    BalasPadam
  2. PDO meraba-raba tak tentu hala utk memecahkan team Azmin kerana melihat pihak yg di sokongnya dalam keadaan tertekan.Semalam Azmin diPahang mendapat sokongan padu,Zaid nampaknya akan kempunan sokongan Pahang selain beberapa orang ketua cabang yg tidak pula dapat menarik ahli bawahan mereka utk bersama mengundi Zaid.

    Nurul Izah sudah terlajak,sepatutnya beliau tidak bertanding memandangkan Ibu bapanya masih mengetuai PKR,tapi dek jolokan Zaid beliau telah membuat kesilapan,walaupun sempat mengundurkan diri dari bertanding di kerusi Tim Presiden.Beliau masih mentah dari segi sepak terajang politik.Ahli PKR elok lah mengundi YB Fauziah,berbanding dgn Nurul.

    BalasPadam
  3. Memang patut pun keadaan nya begitu. Trend pemilihan yg lebih kepada pengisian 'line-up' masing2 telah menyebabkan terhakisnya prinsip demokrasi yg diperjuangkan.

    Lihat saja bagaimana percaturan permainan 'line-up' di peringkat AMK dan Wanita. Juga tak ketinggalan di peringkat Timbalan dan Naib. Perkara ni juga menular di peringkat MPP.

    Siapa tak tau yg pd mulanya Fuziah Salleh ingin bertanding jawatan Ketua Wanita. Namun hasrat tersebut dpt dihidu oleh YB Zuraida dan telah mula membuat 'side deal'. YB Fuziah diminta melupakan kerusi Ketua Wanita dan bertanding atas tiket Naib Presiden. Sebagai balasan, seluruh kepimpinan Wanita Pusat akan memberikan sokongan padu pd YB Fuziah di atas pencalonan itu.

    Tapi di tengah keyakinan yg tinggi setelah mendapat cukup byk pencalonan bg YB Fuziah, tiba2 mereka terkedu setelah YB Nurul Izzah tiba2 menyatakan hasrat beliau untuk turut bertanding di atas tiket Naib Presiden.

    YB Fuziah tak berpuas hati setelah jaminan YB Zuraida yg mengatakan keseluruhan kepimpinan Wanita Pusat menyokong pencalonan Fuziah tidak menjadi kenyataan.

    Bermula dari detik itulah permainan propaganda menyerang YB Nurul mula kedengaran. Ini sudah pasti datangnya dari kem YB Zuraida bersama2 YB Fuziah bg melemahkan lawannya YB Nurul dengan cara yang paling tidak demokratik.

    Apa2 pun pilihan di tangan seluruh ahli di Malaysia. Pilihlah dengan bijaksana bg menyelamatkan parti dari permainan politikus kotor seperti ini. "Pembersihan' harus dilakukan oleh ahli bg menyingkirkan pengaruh politik suku ini drp terus mendapat tempat di dalam parti.

    BalasPadam
  4. Komen mcm ni tak payahlah..beri pandangan yg positif dan berfakta...bukan andaian macm blogers UMNO

    BalasPadam
  5. YB Fauziah memang sombong dan selalu ingat orang lain bodoh..dia je yg pandai.

    BalasPadam
  6. anon 10;53;00

    YB Fauziah memang antara yg terbaik bukan saja dikalangan YB Pakatan,malahan antara YB keseluruhannya.Jadi kalau tak mampu ikut rentak YB Fauziah,ertinya standard sdr masih jauh kebelakang.

    BalasPadam
  7. bekas penyokong tegar PKRRabu, Oktober 27, 2010 4:38:00 PTG

    aku sokong anon 10.53, Fu Zi Ah ni mmg jenih sombong dan angkuh, dia lupa sudah pada pengundinya di parlimen ktn, kau tau la nasib kau PRU 13 ni...

    BalasPadam
  8. Rakyat atau pengundi adalah hakim paling baik menilai ahli politik..lebih lebih lagi pengundi yang di wakilinya...

    jangan pandang ringan ya...

    BalasPadam
  9. Kalau setakat FU ZI AH, lepas ni memang confirm "bungkus" kat Parlimen Kuantan. Berita terkini parlimen kuantan akan di ambilalih oleh UMNO semula. Sumber2 dr MT umno yg baru bersidang.

    Kalau menang pun naib presiden tapi kalah parlimen memang tak guna..... Aku sebagai ORG KUANTAN dah meluat dgn dia ni...

    Muka tak pernah nampak kt bdr kuantan pun... Dato Seri Najib boleh kata tiap2 minggu balik ke Pekan... Aku rasa FU Zi AH ni lagi SIBUK dr PM malaysia.... Sibuk APA???? SIbuk KIPAS DSAI.... Tu je yg dia pandai......

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Tegur Pemimpin Tukar Pendirian Ikut Musim, Pelarian Masuk Atas Dasar Kemanusian Kini Berani Kemuka Pelbagai Tuntutan

KUALA LIPIS: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan kebimbangan terhadap sikap pihak tertentu yang sanggup meniup a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.