script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemilihan 2010: Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Tn Hj.Suhaimi Said Nafi Dia Terlibat Konspirasi Untuk Menjatuhkan Kepimpinan Dato' Fauzi !!

KUANTAN, 12 Okt [10.00 am] - "Saya tidak pernah terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Dato' Fauzi", kata Ketua Cabang Kuala Krau, Hj.Suhaimi Said (foto). Kenyataan itu dipaparkan dalam laman sosial Facebooknya mutakhir ini. Beliau bertindak demikian bagi menjawab beberapa tuduhan dan fitnah yang kononnya beliau berkomplot untuk menjatuhkan Dato' Fauzi Abdul Rahman dari jawatan (MPN) PKR Pahang. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri "Saya kecewa dengan tuduhan tersebut yang jelas bertujuan untuk memecah belahkan PKR di negeri ini. Saya dah Dato' Fauzi tiada halangan untuk berkerjasama, malah saya menghormati ketokohan beliau sebagai Pengerusi PKR Negeri. Saya juga banyak terlibat dengan aktiviti secara bersama untuk membantu menaikkan prestasi PKR di Pahang. Maka, mana mungkin saya berhasrat untuk menjatuhkan beliau", tambahnya lagi. Beberapa hari lalu, banyak posting dalan Facebooknya yang mengatakan kemungkinan besar berlaku rombakan kepimpinan negeri andainya Azmin Ali menang jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan 2010 ini. Individu yang menggunakan username "Tok Gajah" dipercayai telah menghentam beliau secara agreasif. Ini menyebabkan Hj.Suhaimi merasa terkilan dan tidak berpuas hati. Antara posting individu terbabit mengatakanan Hj.Suhaimi akan dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengerusi Negeri, sementara itu Zakaria Abd Hamid (Ketua Cabang Lipis) akan kembali menggalas tanggungjawabnya sebagai Pengerusi PKR Pahang.


Kemesraan terpancar antara Dato' Fauzi dan Hj.Suhaimi dalam foto ini
Malah, individu terbabit juga menyatakan nama-nama seperti Dato' Fauzi, Zaidi Ahmad, Razali Alias, Nizam Hamid, Adnan Md Lazim, Hj.Zahari Mamat, Md.Nor Jaafar dan ramai lagi akan disingkirkan. Kononnya mereka semua adalah penyokong kuat Datuk Zaid Ibrahim. Malah, katanya nama-nama seperti Azan Ismail, Fuziah Salleh, Man Kadir serta ramai lagi termasuk Cikgu Zul (PRM) akan diangkat sebagai pimpinan baru di Pahang. Semua perancangan ini bakal terlaksana sekiranya Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden. Kenyataan inilah yang menyebabkan Hj.Suhaimi melenting dan menanggap semua itu adalah tohmahann liar untuk menghuru-harakan PKR Pahang. Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan individu yang mengeluarkan kenyataan itu adalah "tali barut UMNO BN" yang menyusup ke dalam PKR Pahang atas tujuan untuk memecah belahkan parti itu. Justeru itu, beliau berharap ahli dan pimpinan PKR Pahang tidak terpedaya dengan kenyataan tersebut. "Saya menghormati kepimpinan Dato' Fauzi, malah saya juga lebih mengenali Zaid sejak dulu lagi. Kadang-kadang ada benda yang tidak sehaluan, tapi tidak bermakna kita membenci atau bermusuh", kata Hj.Suhaimi. Beliau turut nasihatkan "Tok Gajah" agar tidak terus cuba memecah belahkan Parti Keadilan Rakyat Pahang.

[Kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat di Pahang, diminta berhati-hati dengan berbagai usaha yang dilakukan oleh musuh dalam memecahbelahkan parti di negeri itu. Sememangnya disaat bahang pemilihan yang semakin terasa ini, maka lebih banyak tindakan yang bakal meruntuhkan parti itu sebenarnya. Oleh itu, saranan Dato' Fauzi agar semua pihak berwaspada dan anggap pemilihan ini umpana anak beranak dapat dititik beratkan. Semuanya ini adalah satu petanda agar masing-masing tidak terlalu agreasif dalam membuat tindakan. Unsur-unsur negatif seperti kata mengata, caci mencaci, kutuk mengutuk seharusnya dielakkan. Masing-masing perlu menawarkan manofesto untuk disokong oleh ahli untuk memilih. Semoga tidak akan wujud sesuatu yang tidak diingini sepanjang tempoh kempen pemilihan PKR 2010 ini hendaknya].
Share:

4 ulasan:

  1. Menuduh org tertentu 'tali barut Umno' adalah jalan untuk cuci tangan,soalnya sekarang,yg memburuk sesama PKR di FB bukan org lain pun,memang tokoh2 PKR sendiri yg dikenali ramai..muhasabahlah sikit.jangan jadi rakyat muak dengan telatah PKR.malu lah sikit dengan rakan PR yang lain.

    Tengok saja ceramah di Bentong,Azmin Ali boleh naik pentas ceramah PAS,berkempen untuk mendapat undi dengan janjijanji manis kalau dia menang...sama macam Umno jer..padahal YB Salagudin sudah pesan pada dia jangan berkempen di ceramah terbuka..buat malu jer

    BalasPadam
  2. Sila baca dlm blog http://lubokkawah.blogspot.com mengenai tajuk : Pandangan Lohor Dato Fauzi Abdul Rahman

    BalasPadam
  3. Cuba baca juga dlm http://lubokkawah.blogspot.com atas tajuk : Pokok Sawit Pandai Bercakap.

    BalasPadam
  4. Tuan Hj.

    Jangan terlalu sensitif dgn itu semua,saya sendiri merasa tuan haji memang layak memegang jawatan tinggi.Tuan hj kuat kerja,hanya masalahnya ramai yg tak mampu ikut cara tuan hj buat kerja.Saya tengok pun cukup penat dgn cara thj kerja.

    Saya setuju kalau tuan hj jadi Tim,malahan ketua pun,asalkan sesekali tuan hj kenalah tolak ansur dgn anak buah yg keletihan.DF meneraju Pahang tak ada yg istimewa pun sekadarkan dia boleh cari sponser utk aktiviti PKR Phg ,tidak seperti masa Zakaria yg banyak pakai duit sendiri je dan bantuan rakan rakan terdekat.

    Saya sependapat dgn Tok gajah(walau pun saya tak kenal siapa tgajah)kalau Azmin menang timbalan Pres. rombakan besar akan berlaku di pahang.DSAI mungkin dah tahu apa yg berlaku di Pahang.Kalau saya rapat dgn Azmin,saya pun jolok dia supaya rombak PKR neg Pahang,tendang je kaki bodek dan mereka yg cakap besar di keliling DF tu.Mereka tu jadi orang kuat DF buat macam pkr Pahang dia orang punya.Semua org dah tahu puak ni bersingkokol dgn 'kaki kacau' yg ikut suka dia ala Zul Nordin tu,dah lah gitu tabur rm sana sini lak tu.

    Sorry Tn hj. ini bukan nak mengapi-api tapi ikhlas,pasal nak tengok PKR maju.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

AMK Bera Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Kaitkan Ketua Cabang Itu Dengan Isu Ceroboh Hutan Simpan Kawasan Orang Asli Tasek Bera

BERA : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bera telah membuat laporan polis berhubung satu hantaran fitnah di TikTok yang mengaitkan Parti Keadilan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.