RAUB, 11 Okt [10.22 am] - Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memboikot akhbar arus perdana Utusan Malaysia tidak wajar sama sekali. Malah katanya, beliau sendiri tidak pernah tahu bahawa PKR ada mengeluarkan arahan untuk memboikot akhbar terbabit. "Saya tak tau parti boikot Utusan Malaysia, bagi saya sebelum ini Presiden PAS Hj.Hadi dan Naib Presidennya Salahuddin Ayub pernah ditemubual oleh akhbar terbabit. Maka tiada salahnya saya memberikan kenyataan saya kepada media itu. bagi saya wartawan yang datang berjumpa saya harus dilayan kerena mereka bekerja untuk mencari rezeki. Malah saya hanya memberi pandangan dan politiking terhadap akhbar terbabit. Malah bagi saya jika utusan berminat untuk memuji parti kita, ia harus diterima biarpun esoknya mereka menghentam. Jika semuanya kita mahu boikot, maka akhirnya kita yang rugi. Ada masanya kita perlu juga bergantung kepada media terbabit", katanya kepada beberapa orang pemimpin PKR Pahang dalam satu pertemuan ringkasnya di Kg.Ulu Gali dekat sini petang semalam.
Contohi Kaedah SPR Uruskan Pusat Pemilihan
Zaid juga menjelaskan bahawa soal kewangan dalam parti tidak wajar disalah ertikan. "Sepatutnya pusat yang perlu sediakan belanja untuk pemilihan. Kalau calon bagi duit dia kata rasuah, kalau bagi sumbangan kata beli undi. Maka akhirnya parti tidak dapat buat perubahan apa-apa, sedangkan setiap pergerakan ahli termasuk untuk mengundi memerlukan belanja. Tambahan pula bagi ahli yang jaraknya jauh dari pusat pusat pengundian yang telah ditetapkan. Pada masa ini, hanya ada satu pusat pengundian. Maka, mana mungkin majoriti dapat hadir terutamanya bagi cabang-cabang yang mempunyai kawasan yang luas seperti di Sabah dan Sarawak. Akhirnya kehadiran ke MATC amat tidak menggalakkan atas faktor kewangan terbabit. Parti perlu rasional dengan mengikuti apa yang dilakukan oleh SPR dalam hal tempat mengundi. Lebih banyak pusat pengundian perlu diwujudkan bagi memberi keselesaan kepada setiap ahli untuk memilih", kata Zaid lagi.
Perbetulkan Masalah Parti Bukanlah Politiking
Bercakap soal politiking yang hangat diperkatakan oleh media sekarang ini, Zaid menegaskan bahawa beliau tidak mengamalkan politiking. Katanya beliau hanya menjelaskan isu dan masalah parti semata-mata. "Jelaskan masalah dan perbetulkan parti adalah tanggungjawab. Kadang-kadang orang ingat saya lawan tokey (Anwar). Orang salah tafsir dengan kenyataan saya. Bagi saya Presiden parti (Wan Azizah) tidak ada kuasa kerana suaminya Ketua Umum (Anwar) yang lebih berkuasa menentukan hala tuju parti. Maknanya Presiden hanya mengikut arahan Ketua Umum. Parti kita kecil dan ahli tidak ramai. Kita mahu ke Putrajaya sebab itu saya suka berterus terang dalam sesentengah hal. Mungkin ada yang tidak dapat menerima kenyataan saya dan menganggap saya kurang ajar. Namun hakikatnya saya amat sayangkan parti dan mahu meneruskan agenda perubahan itu sama seperti pemimpin yang lain", tambah Zaid lagi. Beliau turut berkata, yang dia tiada niat untuk memecah belahkan PKR. Hasratnya untuk bertanding adalah murni dan demi masa depan parti. "Pernah dengar tak saya kutuk calon yang layak bertanding?. Siapa yang politiking?. Saya bercakap hal parti dan bukan calon. Malah saya tidak sentuh peribadi Azmin Ali, Tan Sri Khalid, Mustafa Kamil dan lain-lain calon. Saya berniat untuk memperbetulkan apa yang tidak betul. Ahli kena bersedia terima kenyataan, jika tidak bagaimana harus kita sampai ke Putrajaya?", katanya mengulas kononnya dikatakan orang baru yang akan memecah belahkan parti PKR atas hasratnya untuk bertanding itu .
[Difahamkan antara pemimpin PKR Pahang yang berada dalam majlis berkenaan ialah Ustaz Kamaruddin (Ketua Cabang Raub), Md.Nor Jaafar (Ketua Cabang Jerantut), Md Nor Hassan (Ketua Cabang Bentong), Wak Rabidin (Ketua Cabang Rompin), Hj.Adnan Md Lazim (Bendahari PKR Pahang), Zaidi Ahmad (Sekretariat PKR Pahang), Razali Alias (Setiausaha Perhubungan PKR Pahang) serta lain-lain pemimpin. Sessi dialog turut diadakan bersama Datuk Zaid Ibrahim. Difahamkan di sebelah paginya Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang telah diadakan, sebelum semua pemimpin meraikan majlis perkahwinan anak bekas Ketua Cabang Raub (Abang Ali dan Kak Zainun) pada hari itu. Kehadiran Zaid telah memberi suntikan semangat kepada semua pihak. Malah ada yang terkilan dengan beberapa tuduhan kononnya mereka yang menyokong Zaid akan dianggap sebagai pengkhianat dan memecah belahkan parti, sedangkan itu adalah demokrasi yang perlu disuburkan sebenarnya. Berbagai tohmahan yang tidak sepatutnya perlulah dielakkan].

Aku memang amat tertarik dengan prinsip yang diperjuangkan oleh Zaid. Bagi aku, beliau memang seorang yang amat berpegang pd prinsip baik ketika beliau di dalam UMNO mahupun PKR. Pandangan beliau perlu dihormati oleh semua pihak. Sungguhpun beliau masih baru di dalam PKR, namun beliau sudah cukup matang dengan permainan politik ini. Jangan dilupa bahawa beliau adalah bekas menteri sebelum meninggalkan parti UMNO untuk bersama PKR.
BalasPadamUntuk kebaikan parti PKR di peringkat nasional dan negeri Pahang khasnya, amatlah wajar untuk beliau diangkat sekurang-kurangnya untuk jawatan TIMBALAN PRESIDEN.
Ahli PKR sepatutnya bersedia mendengar pandangan juga nasihat seperti Datuk Zahid Ibrahim yang berpengalaman dan mempunyai idea bernas untuk membina kekukuhan parti serta menyatukan ahlinya yang berbilang kaum dan berbeza idealogi.
BalasPadamSiapa yang mencipta kewujudan parti dan siapa paling lama dalam parti tidak penting. Tapi siapa yang sepatutnya membina kekuatan dan menggerakkan jentera parti itu yang penting.
Berebut untuk menjawat sesuatu jawatan dalam parti adalah pekara biasa. Tapi tunjukkan kemampuan diri seiringan dengan jawatan yang ditandingi agar ahli boleh menentukan kelayakannya.
Jangan ikut perangai pemimpin parti lain... siapa banyak duit boleh beli undi yang membolehkan mereka menang dalam pertandingan sedangkan mereka itu bodoh serta tidak mampu dalam pengurusan ahli dan parti.
Ketika ini kita mendengar desas desus mengatakan orang yang mencalonkan diri untuk sesuatu jawatan telah mencipta berbagai jenis fitnah dan provokasi terhadap lawan mereka. Tujuannya adalah untuk mempengaruhi ahli agar memberi undi kemenangan pada mereka.
Tindakan seperti ini sebenarnya bacul dan pengecut. Biarpun dalam politik persepsi lebih berpengaruh dari fakta sebenar. Namun untuk menjadi seorang pemimpin, kita kena tunjukkan tauladan baik kepada ahli keseluruhannya bahawa kita mampu memimpin.... bukan mampu cakap tak serupa bikin....!
Mencari pengaruh melalui fitnah dan provokasi tidak akan bertahan lama. Apabila ahli tahu kedudukan sebenar... sokongan akan berkurangan dan ini akan mengakibatkan laluan bagi orang yang melakukannya bertambah sukar untuk mendapatkan jawatan yang diingini. Akibatnya nanti orang ini akan jadi pengkhianat... sabotaj parti.
Semuga Datuk Zahid tidak kering idea demi memartabatkan PKR sebagai parti yang diterima oleh semua rakyat Malaysia.
Setuju!!! Zaid Ibrahim for VP!!!
BalasPadamKau orang kampungan apa tahu apa yg sebenarnya terjadi,dan apa sepak terajang politik orang yg kau anggap berperinsip ini.Kau orang cuba baca dalam MI,M'kini, MC kalau dulu komen yg di buat 90% menyokong Zaid sekarang sudah terbalik 90 % menentang Zaid,sebab orang dah meluat putar belit cakap dia,satu pun tak tetap berubah sokmo.Geng yg datang tu memang nampak kampungan tak boleh baca selain baca PDO je.2MN,Wak,Z,R,H N,ahh semuanya kita dah faham benar mereka ni.Siapa bayar gaji Z&R bukan ke DF minta SCW yg bayar.SCW di belakang ZI.Itu sebabnya geng ni sokong ZI,kalau tidak tak bergaji nanti.
BalasPadamDulu masa Zul Nordin buat hal semua orang marah,kononnya Zul tak ikut polisi dan prinsip parti,tapi sekarang bila Zaid tak ikut polisi parti,mengapa tak marah,ada apa-apa dapat ke?.Bukan saja tak marah sokong pulak,hipokrit.
Kalau aku dari pada sokong ZI baik lagi sokong TC,kalau TC bertanding.Sekurang-kurangnya TC selalu bersam masa di kejar FRU,sedangkan ZI masa tu enak-enak dlm Umno,sama le dgn DF tu.
Teguran Zaid ada benarnya. Daripada melenting tak tentu pasal dan menidakkan fakta, apa kata pimpinan PKR menerima kesalahan dan perbetulkan mana yang patut. Lebih baik begitu daripada kecewa di kemudian nanti.
BalasPadamMulai kali ini, kita tidak boleh lagi mengutuk SPR bila mana kita sendiri tahu sukarnya menguruskan proses pemilihan. Mengata SPR sama seperti meludah kelangit jatuh ke muka sendiri
Woii bro,SPR dah berapa lama di tubuhkan,berapa ramai kakitangan yg dia ada,berapa banyak sumber yg di bekalkan,tidak terhad.Kalau kau orang ikut cakap Zaid,memang macam tu kalau orang semuanya tak elok dia je yg bagus buat kerja.Tapi,tugas yg Pak Lah bagi dia tak boleh selesaikan dan terus merajuk .Kau orang memang otak udang tak boleh fikir itu semua,kalau akau kata kau orang bodoh mengaku je lah.Ikut je lah Zaid tu.
BalasPadamApapun antara ramai2 calon yg bertanding / akan bertanding untuk VP, aku tgk HANYA Zaid Ibrahim yang mempunyai kematangan, prinsip dan kaliber untuk jawatan tersebut. Yang lain lebih kepada 'perosak' parti. Kalau bab nak memecah belahkan ahli memang 'geng' yg satu lagi tu pandai. Kaki pukul, kaki baling kerusi, kaki upah gangster mmg 'geng' tu cekap. Orang macam tu nak dilantik jd VP. Jahanam parti wooo....Lgpun aku tgk ZI tak pernah pun hentam personal lawan dia. Tp biar aku yang tolong hentam.
BalasPadamNak ceta bekas UMNO, penasihat umum kita dari parti mana?? Matang la skit pemikiran tu, kawan. Jangan tau 'jilat', 'hisap' je.
Alahai anon 9:58:00
BalasPadamAzmin tu ada ke hentam personel dia,Mustafa ada ke hentam personel dia?Cakap di mana.Lu orang jgn berat sebelah.
Kemudian lagi satu tanya hati kecil kau orang rm 5000 tu betulbetul ada ke tak ada.Tanya 2 MNor,Tanya Wak,tanya Maran,tanya Raub dan beberapa yg lain lagi,(aku tau semua), ada ke tak ada benda tu?.Kalau ada itu budaya mana,budaya orang matang dan berperinsip ke?.Aku lebih dulu kenal SCW &ZI dari kau orang aku lebih dulu kenal HjN dan Z dari kau orang.Prinsip taik kucing semua tu.