Perkasa Adalah Alat UMNO Hina Rakyat Malaysia
Sesi bersama Anwar yang dikendalikan Editor Yahoo News Malaysia itu mendapat sambutan hangat daripada warga Internet sehingga terpaksa dilanjutkan 15 minit lebih daripada sejam yang dijadualkan. Anwar menjawab soalan yang kebanyakan berkisar kepada kemelut politik negara dan harapan rakyat terhadap situasi politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum tidak lama lagi. Menurut Anwar, Pakatan Rakyat telahpun bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal dilakukan UMNO. "Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat!," kata Anwar. Menurut Anwar, politik perkauman UMNO sudah tidak lagi relevan dalam kancah politik negara. Malah menjawab pertanyaan, Anwar menyatakan beliau tidak akan menyertai UMNO kembali walau ditawarkan jawatan Perdana Menteri. "Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah," kata beliau. "Adalah amat dikesali pemimpin parti itu sekarang menggunakan taktik kotor politik dan pornografi. Saya dianggap membahaya kerana komitment saya kepada reformasi dan membanteras rasuah serta kronisme," tambah beliau. Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja UMNO dan Perkasa. "(Perkasa) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat UMNO untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum. "Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya UMNO dan Perkasa terdesak mengguna isu perkauman," tegas Anwar. Dalam wawancara maya itu, Anwar turut mengiktiraf sokongan sahabat yang masih setia kepada perjuangan beliau untuk mengubah Malaysia "Sahabat setia dan saya terharu. Teman lama ini berjuang kerana yakin dengan prinsip. Ini berbeda dengan juak-juak baru yang tuntut saham dan dana. Jazakumullah khairan buat sahabat setia," kata Anwar. tvsnews[Jika benar dakwaan Anwar ini, maka ternyata amatlah malang sekali buat rakyat Malaysia jika teurs menyokong kerajaan UMNO BN ini sebenarnya. Ternyata mereka kini berada dalam ketakutan dan gusar dengan kebangkitan suara rakyat untuk melakukan perubahan. Mereka takut kehilangan kuasa, kerana mereka tahu sudah pasti segala dosa-dosa yang dilakukan akan dibongkarkan oleh kerajaan baru yang memerintah. Maka jalan terbaik, ialah mencari jua jalan untuk menghalang kebangkitan rakyat termausuklah mengharamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Soalnya, apakah rakyat boleh berdiam diri dengan tindakan "bodoh" ini?. Mereka takut sebelum turun gelanggang. Selepas menggunakan kuasa SPR, Polis, Media untuk berperang dengan pembangkang dalam pilihanraya kini mereka mencari jalan pula untuk menggagalkan hasrat PKR sertai pilihanraya umum pada kali ini. Bukankah ini satu strategi orang yang "bacul dan pengecut". Sungguh memalukan melihat adengan ini].






Batalkan pendaftaran PKR yang ternyata tiada bermenfaat apa-apa malah menyusah, menyukarkan hidup dan mengajar rakyat menjadi pembohong dan penipu. PKR lahir di jalanan. Ia wujud kerana adanya manusia gila yang rakus ingin dan tak sedar diri kemaruk nak jadi PM.BATALKAN PKR! Haramkan PKR!
BalasPadamMelayu memang mudah di tipu
BalasPadamMelayu mudah ditipu kerana adanya manusia gila seperti DSAI!
BalasPadamMelayu mana yg dulu jadi penipu makcik pakcik felda
BalasPadam