script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Biar Pun Teruk 'Di Fitnah', Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang Pada 15 Mei Lalu Terus Mendapat Sokongan Padu Dari Kalangan Rakyat !

KUANTAN, 17 Mei - Biar pun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) kini semakin kontroversi dengan berbagai fitnah. Namun, kunjungan beliau ke Negeri Pahang baru-baru ini ternyata masih mendapat sambutan dari kalangan rakyat terutamanya penyokong pembangkang sendiri. Inilah yang menyebabkan Kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak bagaikan "cacing kepanasan" sekarang ini. Apa tidaknya, mereka menyangka isu liwat dan video seks yang dimainkan pasti akan membuatkan pengaruh Anwar meluntur dihati rakyat. Namun, jangkaan itu meleset sama sekali. Malah, kunjungan Anwar ke Pahang pada 15 Mei lalu nyata masih berbisa dan terus mendapat sokongan padu rakyat. Beliau yang hadir untuk menjayakan Seminar Maqasid Shari'ah dan Masyarakat Majmuk di Kuantan telah mendapat sambutan hangat daripada semua pihak. Malah, kehadiran Anwar dinantikan untuk rakyat mengetahui info terkini kemelut yang melanda dirinya. Paling menarik seminar yang sepatutnya khas untuk orang Islam itu telah disertai juga oleh rakan-rakan berbangsa Cina dan India. Ini sesuatu yang sungguh menakjubkan dan mengejutkan semua pihak sebenarnya. Malahan, program ceramah Anwar di Markas PAS Felda Purun, Bera di sebelah malamnya juga turut mendapat sambutan luar biasa. Malah, para peneroka Felda sudah berani untuk tampil memberi sokongan kepada parti pembangkang biar pun ada beberapa demontrasi anjuran Felda yang memprotes kehadiran mantan TPM itu ke kawasan terbabit dua hari sebelum program berkenaan. Semua itu tidak mematahkan langsung semangat rakyat untuk hadir mendengar penjelasan terus dari mulut beliau tentang segala isu dan kontroversi yang melanda.


Antara orang ramai yang hadir dalam ceramah Anwar dekat Felda Purun

Ceramah Anwar tetap dapat sambutan (Lagi info & foto klik PKR Pahang)
[Apapun, syabas buat rakyat Pahang yang kini semakin bersemangat untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Masanya sudah tiba untuk rakyat buat perubahan jika tidak mahu nasib mereka terus diperjudikan oleh kerajaan UMNO BN buat selamanya. Turut berceramah di Markas PAS Felda Purun malam itu ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang) dan Saudara Mazlan Aliman (Presiden ANAK & Bekas Calon Parlimen Bera PRU-12). Khabarnya semasa rombongan Anwar tiba dilokasi terbabit, terdapat sabotaj oleh beberapa orang pemuda upahan UMNO di situ. Mereka mengejek dan melontarkan objek ke arah kenderaan yang membawa Ketua Umum PKR itu. Apa yang jelas, ini membuktikan betapa takutnya puak-puak UMNO BN untuk berhadapan dengan kebangkitan suara rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-12 akan datang. Mereka sanggup lakukan apa saja demi kuasa. Rakyat hanya mahu diberikan maklumat satu hala dari media arus perdana. Sedangkan mana-mana pihak yang cuba menjawabnya menerusi pentas ceramah dan sebagainya, pasti akan dihalang mereka. Inilah dia amalan demokrasi malang ala Malaysia].
Share:

26 ulasan:

  1. Dalam kempen PRN10 Sarawak bebaru ni pun ceramah DSAI mendapat sambutan luar biasa..tapi hasilnya kenapa PKR boleh 'hilang deposit'???

    BalasPadam
  2. anon;508 takpa,tapi BN hilang 8kerusi...hehehe100x

    BalasPadam
  3. yg dtg...puak bodoh memang sepatutnya diperbodohkan oleh peliwat tegar

    BalasPadam
  4. yg ko tu,diperbobohkan oleh pemimpin2 bangang,yg suka rembat harta rakyat,ko tak sedar pulak...

    BalasPadam
  5. Bila orang berkuasa kaya berdarjay berpangkat konon nya kau lah 'pendengar yang bagus'. Bila Anwar dihina dicaci dimaki makan kawan mana rakan. Akhirat engkau jawab lah

    BalasPadam
  6. goodlistener konon, pi mampus la

    BalasPadam
  7. goodlistener... mak ko merancuk dgn babi ke...bodoh sgt

    BalasPadam
  8. biar jer dia org ni melalak.. Aku suka sangat kes DSAI tu dibicara biar terbongkar semuanya.. Di situ nanti rakyat akan tau sapa betul dan sapa salah.. Dan aku juga setuju si Najib dan suaminya Rosmah di panggil.. Aku nak tengok rambut gebu rosmah menceracak.. Agak2 korang Najib & suami dia berani tak??

    BalasPadam
  9. Tahniah kepada Hakim Zabidin dengan keputusannya mengarahkah DSAI membela diri. Ini akan memberi peluang seluas2nya untuk peguam2 bela DSAI mengheret Najib, Rosmah, Mumtaz, Musa Hasan dan Gani Patail ke muka pengadilan. Tindakan Hakim Zabidin juga menyebabkan Najib dan Rosmah terpaksa lari mencari ketenangan di Arab SAudi. Keputusan Hakim Zabidin merupakan bom jangka buat Najib dan kuncu2 tegarnya.

    BalasPadam
  10. Aku skluarga doakn ksjahteraan DSAI skluarga. Moga beliau tabah. Doakan selalu agar komplot pemfitnah mndapat balasan Tuhan. Amin Ya Allah, tunjukkan kebesaran-Mu.

    BalasPadam
  11. Lupa nk ulas sikit psal PRN Sarawak. Aku rakyat Sarawak bgitu teruja dgan ketokohan DSAI. Kalau bukan krana rasuah n usaha divert undi post, sbnarnya BN kalah besar. Cntoh, lbih 3,000 undi pos kem Penrissen di Kota Sentosa di "divert" ke Muara Tuang sbab kalau ke Kota Sntosa confirm Bn kalah kat DAP. Amin ya ALLAH, tguhkn PR!

    BalasPadam
  12. Kalau kita tengok baik-baik video sex tu memang agak jelas macam muka Anwar.Tapi ramai juga yg msih tak percaya yg Anwar buat kerja tu.Ini tandanya,cakap Umno memang dah tak laku sama seperti apa yg dialami dalam kesah gembala kambing yang meneriakan 'serigala serigala..'oleh keran selalu menipu,akhirnya kambing beliau hbis di baham serigala,kerana bila dia meneriakan 'serigala,serigala' tak ada orang kampung yg sudi menolong nya kerana menyangka gembala tersebut menipu seperti biasa,walau pun serigala memang benar ada kali ini.

    Ini lah nasib yg menimpa Umno,tak ada orang lagi yg mahu mempercayai apa juga cakap mereka.Ertinya disini,masa Umno sudah hampir berakhir,buat lah apa pun, mejoriti rakyat sudah tertanam rasa curiga di hati mereka. Nampaknya Umno tetap berkubur juga.Apa nak buat nasib Umno ,masa dah sampai.Mampus.

    BalasPadam
  13. Harap Orang Pekan tidak buta mata!!! Aku tngok banyak kali langsung bukan gerak Anwar. Knp masih cakap macam Anwar? Jgn sebar fitnah lg. Ckup, ckuplah...

    BalasPadam
  14. Salam,apa khabar rakyat pahang.Sebagai bekas wartawan di Pahang saya kagum dengan langkah positif anda semua.Tunaikan peranan dan tanggungjawab anda semua untuk perjuangkan KEBENARAN,KEJUJURAN DAN YANG HAK.Ingat semua ini dituntut oleh Islam dan agama-agama lain.Kibar bendera PAKATAN disetiap inci bumi Pahang.Teruskan perjuangan anda semua hingga kematlamatnya.

    BalasPadam
  15. amoi.....mantap siottttttt

    BalasPadam
  16. DIa yang sedap buat semua orang pening (Fuck OF the Century)

    BalasPadam
  17. PERHATIKAN BETUL BETUL MUKA SI NUAR JUBURIN DALAM POTRET DI ATAS...apa yg anda nampak? Aku cuma nampak wajah seorang desprado, takder nur langsung....ASTGHFIRULLAH!

    BalasPadam
  18. ALLAHSWT telah menunaikan sebahagian doa jemaah yang sebahyang hajat dengan menutupi hati2 mereka yang melakukan fitnah dan mereka yang setuju denganya dari menerima kebenaran yang ALLAHSWT turunkan kepada rasulnya saw, inilah bala ALLAHSWT turunkan kepada mereka atas perbuatan fitnah yang mereka laku sedang mereka tidak sedikit pun sedar dengan bala itu. NAUZUBILLAHIMINZALIK.

    BalasPadam
  19. Jangan terpengaruh 'drama' Anwar

    KUALA LUMPUR 17 Mei - Rakyat digesa supaya tidak mudah tertipu dengan 'drama' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menafikan dakwaan penglibatannya dalam kes liwat dan perlakuan seks haram.

    Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad berkata, sepanjang siri jelajahnya itu, Anwar akan membawa ahli keluarganya termasuk Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi mencetuskan emosi simpati rakyat terhadapnya.

    Menurut beliau, Anwar juga bertindak dangkal apabila mudah meletakkan segala yang berlaku terhadapnya termasuk dakwaan penglibatan dalam rakaman video aksi seks adalah hasil kerja UMNO.

    "Seperkara lain, Anwar kini dilihat sudah mula mencetuskan kembali gerakan reformasi dan mengheret rakyat melakukan demonstrasi jalanan.

    "Bibit-bibit itu sudah ada dan buktinya hari ini apabila sebilangan penyokongnya berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta sambil melaungkan reformasi serta provokasi.

    "Saya dahulu pernah terpengaruh dengan reformasi yang dilaungkan Anwar. Tetapi itu dahulu dan selepas mendapat petunjuk, saya tinggalkan PKR pada 2000," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

    Dalam keputusan mahkamah semalam, Anwar diperintahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

    Mengulas lanjut, Nordin yang juga Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia berkata, atas segala yang berlaku dan dilakukan Anwar sebelum ini, rakyat perlu sedar siapa lelaki itu sebenarnya.

    "Saya sendiri telah nampak kebenaran itu di hadapan mata sendiri," jelasnya.

    Ditanya tentang dakwaan bahawa kebanyakan bekas pemimpin PKR ditawarkan sejumlah wang oleh UMNO untuk meninggalkan parti itu, katanya, itu hanyalah permainan pembangkang.

    "Dengan nama Allah, saya tidak dapat walau satu sen pun daripada mana-mana pihak. Saya sendiri dengan rela hati keluar PKR," tambahnya

    BalasPadam
  20. itu ko punya pasal la.ada aku kisah

    BalasPadam
  21. tak payah main nama allah,orang2umno ni suka sngt bersumpah dgn nm allah,

    BalasPadam
  22. kita boleh tengok bahasa yang digunakan oleh umnopurno pandi kutty, kita boleh tahu dia orang ni tiada didikan ugama islam. kesian aku tengok. tujuan hanya satu nak menjatuhkan maruah DSAI. kesian.........ALLAH dah tutup pintu hati mereka semua untuk melihat kebenaran. tak sempat nak minta maaf ngan DSAI. Kalau mati nanti sebagai munafiq.....Kesian

    BalasPadam
  23. aku cuba melupakannya, tapi tak mampu....kertas kertas tisu itu masih terbayang jelas dalam ingatan...

    BalasPadam
  24. kpd talibarut dan penyokong UMPORNO..ingin saya lontarkan satu persoalan..jika berlakulah kes dan isu sepertimana apa yg menimpa DSAI kpd pimpinan UMPORNO,,,najib ker, TDRM dan muhyidin ker..agak2 dpt sambutan hebat jgk mcm DSAI ker..atau en nordin ahmad yg alkataki tu..adaer org cara dan simpati ker kat dia..sudah la juak2 UMporno ni..betul kan diri awak dulu la..

    BalasPadam
  25. Aku juga masih tak boleh lupakannya.bila nak demo ni.Lama tak main polis sentri.

    BalasPadam
  26. kalau aku kluar pkr pun tak akan aku sokong kerajaan Bn yg menzalimi rakyat. Aku lebih rela berdiam diri atau buat kerja amal. Stakat ini, alhamdulilah PR yg terbaik utk bangsa Malaysia!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.