script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Majlis Dialog NGO Bantah Lynas Telah Di Adakan Di GC Curry House Dekat Jalan Air Putih Kuantan

KUANTAN, 29 Mei - Program Majlis Dialog NGO Tempatan (Negeri) "Hentikan Lynas" telah diadakan di GC Curry House, Jalan Air Putih Kuantan petang semalam. Progam anjuran Save Malaysia, Stop Lynas ini berakhir dengan dialog terbuka antara orang ramai yang hadir dengan wakil NGO yang diundang. Agak menarik bila beberapa orang wakil dari Pemuda MCA Indera Mahkota turut dilihat hadir memberi sokongan. Ternyata ini memberi gambaran bahawa bantahan Lynas bukanlah isu yang sengaja dimainkan oleh parti pembangkang, tetapi ia adalah isu rakyat secara keseluruhannya. Majlis yang bermula jam 3.00 petang itu berakhir kira-kiran jam 5.00 petang selepas sessi dialog. Banyak komen dan pandangan yang diberikan. Apapun secara keseluruhannya, majlis tersebut dilihat berjaya dan menyemarakkkan sokongan rakyat terhadap perjuangan membantah Lynas. Difahamkan, Jumaat lalu satu program edaran "Tie Ribbon" berwarna hitam dan kuning untuk diikat pada areal keenderaan telah dijalankan oleh Save Malaysia Stop Lynas. Program diadakan di Jalan Hj.Abd Aziz itu telah berjaya mendapat sambutan hangat dari kalangan orang ramai. Sesungguhnya, majoriti rakyat Kuantan tetap mahu Lynas dinyah keluar dari Gebeng dalam apa jua keadaan sekali pun. Sokongan terus meningkat dalam kebanyakkan program yang diadakan. Ia menggambarkan bahawa, isu ini adalah isu rakyat dan isu nasional yang perlu ditangani secara berhemah oleh kerajaan. Jika tidak, sudah pasti majoriti rakyat akan menolak UMNO BN dalam PRU akan datang pastinya.


Pimpinan NGO Save Malaysia Stop Lynas yang semakin aktif sekarang ini

Empat ahli panel yang diundang bersama NGO Save Malaysia Stop Lynas

Antara pimpinan NGO Save Malaysia Stop Lynas yang bersama semalam

Saudara Siew bertanya soalan tentang isu Lynas kepada pengerusi majlis

Dua orang peserta yang banyak bertanya soalan dan berikan pandangan

Orang ramai yang hadir asyik mendengar penerangan daripada ahli panel

Antara pimpinan PKR dan NGO Save Malaysia Stop Lynas yang hadir sama

Antara orang ramai yang mendengar dari awal hingga ke akhir program

Ini bukti, wakil daripada Pemuda MCA Indera Mahkota juga turut bersama


Program pada hari Jumaat, edaran tie ribbon di Jalan Hj.Abd Aziz Kuantan
Orang ramai gembira memasang Tie Ribbon pada kereta masing-masing

Wakil Pemuda MCA Indera Mahkota (Mr.David) turut hadir bersama-sama

[Nampaknya, Save Malaysia Stop Lynas semakin aktif menjalankan berbagai aktiviti untuk menyedarkan rakyat tentang bahayanya pembinaan kilang memproses rare earth di Gebeng. Kini sokongan rakyat semakin bertambah, malah bukan sahaja golongan profresional mengambil peranan masing-masing. Malahan, wakil parti politik komponen BN itu sendiri mula berani menyatakan sokongan mereka. Ini dibuktikan dengan kehadiran beberapa orang pemimpin Pemuda MCA Indera Mahkota ke program bantah Lynas sejak akhir-akhir ini. Secara tidak langsung, apa yang dilihat ini bakal menidakkan tanggapan kerajaan bahawa isu ini hanya dimainkan oleh parti pembangkang untuk tujuan politik semata-mata. Walhal, itu Lynas adalah isu rakyat yang perlu ditangani secara berhemah oleh pihak terbabit sebenarnya. Jika mereka tersilap langkah, maka isu Lynas akan menjadi petanda kejatuhan BN di Pahang dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun syabas kepada semua pihak yang terlibat !!].
Share:

13 ulasan:

  1. MCA ni memang kuang ajor, patut keluarkan ajer dari BN sebab memang tak membantu langsung...selama ni pun sebab undi org melayu yg memenangkan calon mca ni....elok ler MCA gabung jer dengan DAPIGS, senang kita nak samak beramai-ramai....cina takleh pakai!

    BalasPadam
  2. Yang menyokong 'PERSETUBUHAN' dan PERSEBADANAN' haram PAS/PKR/DAP adalah pengkhianat bangsa dan agama yang sebanrnya. Tiada maaf buat pengkhianat ini.

    BalasPadam
  3. wahai orang pahang yg gampang! Cuba perhatikan hadirin semasa protes Lynas, lebih 80% adalah cina, pasai apa Cina? Cuba fikir sikit guna kepala hotak, jgn gunakan tisu yg dah digunakan nuar pandikutty...ni lah jadinya....

    KENAPA CINA YG BERIYA-IYA? PASAI APA?

    BalasPadam
  4. Anon 2:28:00 PM...
    Gua ini Cina..
    Tapi gua sokong lu full 100%
    PASAI APA?
    Pigi tanya sama itu ANUAR laaa...

    BalasPadam
  5. Isu ni bukan isu bangsa. Ni isu keselamatan dan masa depan rakyat di Kuantan khususnya.

    UMNO jangan terlalu taksub dengan sentimen perkauman sempit mereka. Nanti makin banyak kerusi hilang dlm PRU akan datang.

    BalasPadam
  6. PR jangan terlalu taksub dengan 'insan istimewa anugerah tuhan', Anwar si badut sasau dan selebriti murahan itu. Usah juga terlalu taksub dengan ulama 'penyongsang arus' dalam PAS. Akibatnya nanti kisah sedih PRK Galas, Tenang, Kerdau, Merlimau dan fakta pahit PRN10 Sarawak bakal berulang dalam PRU13 nanti.

    BalasPadam
  7. orang cha ya nun alip jer yang paham bahaya lynas kot..syabas aku ucapkan dari segi kesedaran bahaya lynas..mane melayu yang lain pun aku tatau..paper,tv news tentang lynas tadak pun aku tgk..mcmmane rakyak nak paham.benda dah lama ni.dah jadi barah jgn menyesal la pulak.tlg la kerajaan negeri..pelik la malaysia..hal ni pon tak mampu nak manage..adoil aaa..kesian1000x

    BalasPadam
  8. politician melayu umno memang tak tahu nak membezakan isu rakyat yang sebenar2nya perlu diperjuangkan tampa mengira faktor kaum.

    Melayu UMNO hanya nak memperjuangkan isu yang hanya mampu memberi pulangan kepada parti UMNO sahaja! Itu yang UMNO penang contohnya dok sibuk memperjuangkan kenapa majlis tempatan pulau pinang roboh warung x ada lesen, letak meja kat kaki lima dll...menyusahkan majlis tempatan aje buat kerja. Siap masuk TV3 lagi tu...2-3 hari pulak tu isu2 remeh temeh macam tu...hanya berdinding dengan helah Memperjuangkan Nasib Orang Melayu.

    tu belum kira lagi perjuangan UMNO Selangor...huhhhh, kalau tgk TV3, hari2 dok kondem Penang & Selangor.

    Tapi this year, Tan Sri Ambrin Buang, dlm Lapuran Audit Negara...hanya anugerahkan Penang, Selangor & Sabah sebagai negeri2 yang ditakbirkan dengan baik dari sudut Pengurusan, Pulangan Pelaburan dsb.

    TuTan Sri Ambrin Buang tuuuu yg bagi endorsement!!!

    Pahang??...he.he.he..malu nak cerita...org2 UMNO semua pandai cerita pasal kenapa budget defisit pahang OK...no problem!!!

    Ni bila ada isu yang lebih parah seperti LYNAS, diam membisu aje..KENAPA. Buat penat aje aku berkahwan dengan org2 UMNO semuanya....geram3.

    Kejap lagi dema2 semua tengoklah pejuang2 bangsa ni akan turun padang memberi penerangan kenapa tariff elektrik perlu dinaikkan, betapa baiknya kerajaan barisan nasional yang tidak menaikkan harga RON95, dsb.

    Jangan nak marahkan kami rakyat2 biasa yang bi-partisan, tidak memakai lencana dacing, lambang satu malaysia, tiada sticker bulan & roket di kereta. Kami boleh nampak ketelusan perjuangan parti2 politik dimalaysia ini. Kami tak pelikkan nuar ibrahim, ibrahim ali, lim guan eng, mat sabu dll.

    Mata kami celik, telinga kami mendengar & kini kamu semua tahu yang kami juga boleh bersuara!

    PAS, DAP, PR dll yang ride on Lynas issue also should not be big headed with this fight. We know you jumped on the bandwagon because it is politically & strategically the right thing to do. We just hope you are doing it for the right pricipal & not merely the right thing to do now only.

    Terlalu banyak perkara yang parti2 politik di pahang ni boleh FIGHT!

    1. Kenapa konsesi pembalakan dibenarkan disekitar empangan Chereh...siap potong sampai gigi air disesetengah kawasan tasik sedangkan Chereh adalah kawasan tadahan air utk Kuantan!! tak payah nak memperjuangkan hutan tadahan di kelantan, kat tempat kita pun dah se'eh dah nih!!

    2. Kenapa konsesi balak yg dapat dek UMNO, tiba2 problem & akhirnya kerajaan negeri yang nak kena bayor...brp juta dah sekarang?? RM60j...RM80j??? tu belum tanya guane nak bayor atau kenapa LA pahang teruk benor menguruskan kes tu...macam tak nak lawan kat mahkamah aje...takut cerita2 sebenarnya terbongkar ke??

    3. Rumah murah utk rakyat2 MISKIN terbengkalai kat Pandan??

    4. Rumah untuk Nelayan yang terbengkalai di Bunut Rendang?? Ya Allah, cuba pergi tengok, guane gaya boleh lulus buat rumah kat situ?? Masyaallah...ajaib sungguh. Contraktor jugak yg kaya...rumah dah jadi hutan sekarang!!!

    5. Kos 'infrastruktur' tg.agas buat jalan, api & air aje dah dilapurkan dlm surat kabor dah melebihi RM650J?????? amboiiii, tak ade pulok org UMNO nak bincang?

    ehhhh...byk sgt lah lagi isu2 di Pahang ni...buka mata lah sikit

    BalasPadam
  9. 10:28am umnopurno baghal ni mana dia fikir pasal tu semua, dapat 50 ringgit sekali sekala macam dapat 50 juta ringgit, otak bebal hari hari ingat seks, liwat, seks, tisu, liwat, mati nanti pun ayat tu dok di ucap kesian aku tengok ......hati dah tertutup

    BalasPadam
  10. kat gebeng byk jual tisu...

    BalasPadam
  11. xpyhla nk tulis pjg2...dokrok ambe nk baca!!!gi kat parlimen r bro.baru leh ckp banyak2.hehehe...dok kira r pas ke umno ker.pkr ker dap,tgu jela ape result IAEA tu.kita dok pakar dlm bidang tu.let them handle.ape2 keputusan,kita terima dgn hati terbuka.pape keptusan,INSYA ALLAH ada rhmat dr.ALLAH SWT sebab hanya Dia yg Maha Mengetahui.NOT US!!!

    BalasPadam
  12. kenapa Perdana Menteri sekarang merapatkan hubungan dengan Negara China, rakyat perlu paham, China sekarang menjadi kuasa besar dalam ekonomi.

    nak tak nak, orang melayu masih ketinggal dalam banyak perkara, semenjak merdeka, bangsa china terus membina empayar mereka sendiri, kita tidak bolih menafikan fakta yg sebenar, bahawa kita memerlu bangsa ini untuk memperkukuhkan ekonomi kita.

    bangunan2 diseluruh negeri, kebanyakan milik saudagar2 china, ini membukti kita masih jauh ketinggalan.

    BalasPadam
  13. dan nuar brahim turut meningkatkan populariti bangsa cina.....huhuuu, tisu oh tisu!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.