
KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (foto) percaya langkah Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang kerana bimbang akan kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13. Tegas Lim, langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api. “Pakatan Rakyat telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini. “Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung kerajaaan persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu tegas beliau, ada tiga alasan yang menyebabkan Putrajaya terpaksa berubah fikiran untuk tidak meneruskan cadangan menaikkan harga barang dan bahan api. “Pertama, Pakatan Rakyat berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP (penjana tenaga bebas) yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi. “Kedua, BN berhasrat untuk adakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi dan ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa Pakatan Rakyat sehingga BN takut untuk teruskan pemotongan subsidi yang hanya akan sebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,” tambah beliau.
[Bagaimanapun kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau menjangkakan kenaikan harga barang dan bahan api akan berlaku sekiranya BN kekal memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. “Bagaimanapun sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion tahun ini. “Selain itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob menolak untuk nyatakan berapa lama kerajaan akan kekalkan harga semasa. “Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang kerajaan BN untuk hapuskan subsidi dan naikkan harga barang,” katanya]. tvsnews
bn acah je nk naik tu...
BalasPadamspy kita ingat minyak naik..
bila umum x naik sume hepi...
padahal minyak patut TURUN...
Wahai PKR dan PAS..
BalasPadamTeruskanlah 'persebadanan' dan 'persetubuhan' haram dengan DAP.
Yang menyokong 'PERSETUBUHAN' dan PERSEBADANAN' haram PAS/PKR/DAP adalah pengkhianat bangsa dan agama yang sebanrnya. Tiada maaf buat pengkhianat ini.
BalasPadam'Assalamualaikum' 'khalifah' guan eng....
BalasPadam