script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sikap Profesional OCPD Kuantan Dan Anak-Anak Buahnya Dalam 'Memantau Kempen' Membantah Lynas Di Teluk Chempedak Sewajarnya Di Hargai!

Laporan portal rakyat, Malaysiakini yang bertajuk "Polis Baik, Benarkan Perhimpunan Anti - Lynas" sesungguhnya amat menggembirakan rakyat Kuantan sebenarnya. Ramai yang tidak menafikan sikap "bertimbangrasa" anggota polis dalam memantau program "1,000 Ibu Mengandung Bantah Rare Earth" di Pantai Teluk Chempedak semalam. Rata-rata mereka berpendapat jika beginilah caranya pihak polis menjalankan tugas mereka, maka rakyat akan merasa lebih terjamin dan selamat sebenarnya. Malah, rakyat juga merasa lebih "dihormati dan menghormati" pihak polis itu sendiri. Inilah yang dimahukan mereka selama ini. Polis diharapkan tidak terus menjadi alat dan perkakas kepada parti pemerintah semata-mata. Adalah lebih elok pihak polis bertindak adil kepada semua pihak demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Kuantan, OCPD Mohd Jasmani Yusof (foto) atas sikap profesional beliau dan anak buahnya memantau program himpunan rakyat itu semalam. Biar pun ada yang berkata, polis tidak bertindak atau berlembut kerana kawasan itu (Teluk Chempedak) adalah "public area" dan merupakan kawasan tumpuan pelancing dari dalam dan luar negara. Namun, harus diingat bahawa ia bergantung juga kepada sikap pihak polis itu sendiri. Anda mereka mahu mengambil tindakan maka mereka sebenarnya boleh melakukan. Makanya kita harus menghargai sikap mereka yang lebih berkhemah itu. Semoga apa yang dilakukan ini akan memberi contoh kepada anggota polis lain di seluruh negara pada masa yang akan datang. Ingatlah, kerajaan boleh bertukar-tukar bila-bila masa tetapi rakyat tetap sama. Maka itu hargailah dan hormatilah rakyat dan pulihkan kembali integriti polis yang sedikit tercemar akibat beberapa tindakan yang kononnya "zalim terhadap rakyat" selama ini.


Keratan portal Malaysiakini yang memaparkan sikap polis Kuantan itu

[Senario yang berlaku di Kuantan ini adalah satu perkembangan sihat yang dijangka akan memulihkan kembali persepsi negatif rakyat kepada pihak polis selama ini. Dengan syaratnya, polis perlu melakukan kerja dan tanggungjawab berdasarkan keutaman untuk rakyat dan bukannya pemimpin parti politik tertentu. Pihak polis diharap dapat melakukan yang terbaik untuk mengangkat kembali imej dan integriti mereka yang sedikit tercemar selama ini. Apa yang pasti, memang rakyat tahu ramai anggota polis yang sudah pencen akan kembali bersama rakyat dan mengakui kesilapan di masa lampau. Mereka mengaku terpaksa buat kerja ikut arahan bos tanpa membantah, hatta perkara yang jelas bertentangan dengan kehendak rakyat itu sendiri. Inilah fenomena yang berlaku di Malaysia sebenarnya. Justeru itu, rakyat amatlah berharap dan berdoa agar institusi polis ini akan kembali dipersada kegemilangannya. Semoga apa yang berlaku di Kuantan ini dapat jadi tauladan berguna untuk semua].
Share:

5 ulasan:

  1. SAlam,
    Tahniah to Tuan Jas dan kawan kawan yg menyertai nya!!!Jika kita paham peranan masing masing,negara ini akan aman damai, TAHNIAH SEMUA!!!

    BalasPadam
  2. Terima kasih dan syabas polis. Rakyat dan penyokong pembangkang bukannya ganas atau nak bergaduh... cuma nak menyuarakan hak.

    BalasPadam
  3. Terima kasih polis. Kalau keadaan ini berterusan insyallah persepsi negatif rakyat tehadap PDRM akan dapat dikurangkan.Semoga kalian diberikan keberkatan oleh Allah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Namun kami tahu, tindakan sebegini tidak disenangi oleh UMNO.Namun kami harap polis akan mempertahankan keprofesionalan ini.

    BalasPadam
  4. Terima Kasih Pihak Polis Pahang....anda kebanggan kami...Allahuakbar!

    BalasPadam
  5. ~ i was there..and saya nampak sendiri polis2 tu semua ada sekali dalam kelompok manusia tu semua utk mengawasi keadaan..sgt teratur ..
    tq police..~

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.