script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Presiden PAS Dan Ketua Umum PKR Dijangkakan Hadir Ke Program Himpunan Kebangkitan Warga Felda Di "Kompleks PAS Kerdau" Pada 27 Mei Ini !

TEMERLOH, 23 Mei - Ribuan warga Felda dijangka menghadiri program Himpunan Kebangkitan Warga Felda anjuran Lajnah Peneroka PAS Negeri Pahang yang akan diadakan selama dua hari bermula 27 Mei ini yang turut membariskan pimpinan utama Pakatan Rakyat (PR) termasuk Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Pengarahnya, Roslan Zainal Al Ahmadi (foto) program himpunan warga Felda diadakan bertujuan untuk melahirkan kesedaran terhadap warga peneroka mengenai hak yang perlu diketahui dan dipertahankan mereka. Disamping itu kata Roslan dalam program tersebut PR akan mengemukan tawaran-tawaran baru kepada warga felda terutama kepada jenerasi kedua dan ketiga mengenai komitmen yang terkandung dalam Buku Jingga sekiranya PR diberikan peluang menguasai pemerintahan negara. "Kami telah membentuk sekretariat bagi menjayakan program. Program ini akan bermula dengan perasmiannya oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada malam 27 Mei ini di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau. Pada malam yang bersejarah ini pihak penganjur akan mengedarkan borang pendaftaran bagi penyertaan jenerasi kedua Felda untuk mengisi borang penyertaan sebagai peneroka di kawasan Felda plantation yang akan dibubarkan menjadi Felda berpeneroka jika PR mengambil alih tampuk pemerintahan negara kelak. "Kami telah menjemput tokoh-tokoh politik dan profesional termasuk peguam bagi mengendalikan slot-slot yang disediakan khas termasuk ceramah, dailog, aktiviti sosial dan sebagainya.

[Antara lain yang akan hadir ialah Presiden Anak, saudara Mazlan Aliman, Peguam Harris Abdullah, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Cikgu Normala Sudirman, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaikh Ismail, saudara Bob Lokman dan pimpinan PAS negeri Pahang. keterangan lanjut mengenai program boleh diperolehi dalam risalah yang diedarkan termasuk di iklan-iklan akhbar," katanya. Roslan turut mengingatkan warga Felda agar hadir beramai-ramai mengikuti program tersebut sebagai tanda sokongan terhadap usaha untuk pembelaan bagai masa depan mereka dan generasi mereka. "Walau pun kami telah mendapat maklum balas yang baik terhadap program ini namun suka kami menasihatkan warga felda dan jenerasinya supaya hadir beramai-rami dan mengambil kesempatan untuk berdailog serta mendapatkan penjelasan mengenai hak dan tuntutan bagi faedah mereka sendiri," katanya]. pahangkini

Share:

6 ulasan:

  1. Dimnta kepada warga Kerdau agar memberikan sambutan 'hangat' dengan laungan 'BOOOOOOOOOOOOOOOOO' kepada Anwar sebagaimana yang terjadi di Kota Belud.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Warga Malaysia yang siuman dan waras sepantasnya berasa malu apabila ada warga Malaysia seperti Anwar

    BalasPadam
  4. malaysiabaru.com said

    semoga PAS dan PKR berjaya

    jangan lupa umno si CANDU dah ketagih PAS dan DAP ...

    esok ahli umno umum ANWAR presiden baru untuk mengubat umno yang kerepot

    petikan
    malaysiabaru.com

    BalasPadam
  5. Hidup Anwar untuk selamatkan Malaysia dari dijahanam oleh UMNO dan anjing2 nya. Sesungguhnya puak21 UMNO inilah tentera2 Dajal yang akan merosakkan negara. Allah selamatkan Anwar untuk selamatkan negara. Takbir 3x.

    BalasPadam
  6. Kenapa Eskay masih bergerak bebas? Tidakkah ini menunjukkan ada tangan2 ghaib yg melindunginya. Buat apa Anwar nak menyerang Eskay? Janganlah duk bodoh sangat.
    Kami masih memrlukan Anwar dan W Azizah untuk memimpin dan menumbangkan BN. Kalau Najib anak jantan bubarkan parlimen sekarang.
    Ada Beranani?
    Kita tak perlu Bung Mokhtar dan Pencacai2 diatas itu untuk menghalau BN dri Putrajaya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.