PETALING JAYA 19 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi notis memansuhkan parti itu sebagai kemuncak penindasan terhadap parti-parti pembangkang oleh Umno-Barisan Nasional (BN). Justeru, kepimpinan PKR menuntut Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan agenda kerajaan bersabit serangan bertali arus PKR sejak ia ditubuhkan pada tahun 1999. Naib Presiden PKR, Tian Chua (foto) dalam kenyataannya hari ini mendakwa Umno-BN membelakangkan persaingan sihat antara parti politik semata-mata untuk terus kekal berkuasa sehingga sanggup menindas parti-parti pembangkang dengan memperkudakan institusi-insititusi kerajaan. "Kini datang dengan satu surat yang tidak ada kene mengena dengan prosedur yang betul. Kita tidak melihat ini perkara yang kecil, kesilapan pegawai dan sebagainya. "Tapi saya mencabar ini memang satu rancangan yang datang dari atas. Menteri KDN harus jawab sama ada ini perancangan yang teliti yang ditujukan kepada PKR," ujar beliau kepada media sebentar tadi. PKR mendedahkan notis yang dikeluarkan oleh ROS kepada parti itu bertarikh 9 Mei 2011 menggunakan peruntukan perlembagaan PKR yang tidak wujud. ROS mendakwa PKR memecat ahli bernama A.Rajagopal tanpa merujuknya kepada Jawatankuasa Displin namun sekali lagi badan itu melakukan kesilapan. Ahli yang dipecat ialah A.Jayagopal yang dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihanraya kecil Bukit Selambau tahun 2009.
"Saya nampak perkara ini harus dijawab oleh Menteri Dalam Negeri (Hishammuddin) dan Perdana Menteri harus memberi penjelasan samada kerajaan mempunyai rancangan untuk mengenepikan dan menindas parti-parti pembangkang," ujar beliau. Tian membidas serangan terbaru terhadap PKR yang menyusul kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diikuti video lucah fitnah selain intimidasi jenayah mengugut beliau untuk berundur daripada arena politik. Sebelum ini KDN turut membatalkan permit lidah rasmi parti itu iaitu Suara Keadilan. Anwar, timbalannya Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Sivarasa Rasiah turut digantung enam bulan dari menghadiri Parlimen. Seterusnya beliau berkata ancaman nyawa turut berlaku apabile kereta Mercedes Benz yang dinaiki Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikatakan disabotaj dan Nurul Izzah menerima ugutan anaknya akan diculik jika terus menyokong Anwar. Kepimpinan parti itu turut dihalang daripada adakan ceramah di negeri Johor selain permit yang tidak dikeluarkan oleh polis, kata Tian. tvsnews
[Apa yang jelas dapat dilihat sekarang ialah, semua ini menandakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 pasti akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Lantaran itulah kita tidak hairan Kerajaan UMNO BN sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan Putrajaya terus berada ditangan mereka. Namun, permainan taktik kotor sebegini jelas sekali melanggar prinsip demokrasi yang sepatutnya diamalkan di negera kita sebenarnya. Amatlah tidak logik dan masuk dek akal apabila pemimpin pembangkang dan parti yang didokongnya dikekang sedemikian rupa. Ini membuktikan kepada kita bahawa PM Najib Razak terlalu takut dan gusar kemaraan rakyat yang terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka juga hairan, dengan berbagai isu seks yang dimainkan rakyat tetap juga tidak percaya malahan mereka terus bersemangat untuk menolak kerajaan UMNO BN].

BN mmg pengecut,belum apa2 dah takut.....malulah...
BalasPadammana ada keadilan dalam BN, yg ada keadilah untuk kroni..
BalasPadamBatalkan pendaftaran PKR yang tiada bermenfaat apa-apa untuk rakyat. PKR lahir di jalanan. Ia wujud kerana adanya manusia gila yang rakus ingin dan tak sedar diri kemaruk nak jadi PM.BATALKAN PKR!
BalasPadamDasar AMK PKR spesis penakut.., bacul…, dan tak ada telor!
BalasPadamKunuunnya mahukan publisiti murahan. Pakar menangguk di air yang keroh, pantang terhidang sedikit ruang dalam kepanasan mana mana isu politik semua mahu ditambah garap politik untuk agenda peribadi.
Rancangan AMK PKR yang mahu adakan Demo dihadapan pejabat Utusan Malaysia sebelum menyerahkan Memorandum Tin Kosong yang tidak berfaedah mereka dikhabarkan TELAH DIBATALKAN…!!!
Sms yang mula diedarkan lewat malam tadi dikalangan AMK PKR serta penjilat penjilat tegar tukang basuh berak Anwar Ibrahim mengarahkan mereka tidak menuju ke pejabat Utusan Malaysia petang nanti..
“ Salam media. Mohon maaf. Dimaklumkan himpunan depan Utusan Malaysia Jln Chan Sow Lin ditunda ke tarikh lain. AMK akan adakan sidang media khas beri penjelasan Jumaat 20 Mei di Rest Pandan Kari Kepala Ikan Jln Yap Kwan Seng jam 12.30 tghari. Tksh. “
Jelaslah bahawa AMK PKR yang ada hanya jagoan kampung! Hanya berani tunjuk hero sekiranya tidak ada tentangan dari pihak lawan… sepertimana yang mereka lakonkan dalam masjid di Sentul sewaktu Datuk Eskay mahu lakukan Sumpah Laknat.
Batu( telor) mahu letak mana ha
BalasPadam