KUALA LUMPUR, 26 Mei - Hasil kajian panel pakar bebas mengenai aspek keselamatan dan kesihatan terhadap pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dijangka diketahui hujung bulan depan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed (foto) berkata panel pakar itu akan menjalankan kajian secara menyeluruh mengenai projek itu dan juga perbincangan dengan pihak berkepentingan. Beliau menjelaskan panel pakar itu terdiri daripada empat pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan lima pakar dunia dalam bidang berkenaan. "Panel pakar ini akan menjalankan kajian bermula 29 Mei sehingga 3 Jun ini," katanya pada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Agensi di Kuala Lumpur, Khamis. Skop kajian yang akan dilakukan panel pakar itu meliputi pengangkutan, radiasi, perlindungan penilaian keselamatan, sisa buangan dan menutup kilang dan memulihkan alam sekitar. Mustapa berharap sesetengah pihak tidak mempolitikkan isu pembinaan kilang itu sehingga hasil kajian diketahui. "Saya harap isu ini tidak dipolitikkan dan harap pihak tertentu tidak membuat andaian mengenai hasil kajian oleh panel pakar terbabit kerana mereka pakar dalam bidang masing-masing," katanya.
[Mustapa juga menjemput orang ramai yang mempunyai pendapat mengenai projek itu untuk menghantar pandangan masing-masing melalui e-mail dan surat bertulis kepada kementeriannya. Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai. Soalannya, apakah cukup dengan menghantar email dan surat bertulis sahaja?. Kenapa tidak dibuat sessi dialog agar rakyat boleh bertanya terus kepada pakar-pakar yang berkenaan. Ini kerana yang takutkan isu tersebut ialah rakyat Kuantan. Semua panel terbabit akan balik ke negara masing-masing selepas ini. Bukankah yang akan menanggung risiko ialah rakyat. Maka itu, apakah kita boleh percaya dengan kenyataan pakar-pakar terbabit].

Kalau kumpulan pakar itu kata 'OK' go ahead... pasti ada yang tuduh 'oh ini mesti ada konspirasi'...
BalasPadamapa kurangnya pakar jepun langau??.. Pun bocor jugak.. Jgn ingat malaysia ni takde gempa..
BalasPadamApa kata kau sewa sebijik rumah kat gebeng tu.. Dgn jarak kurang setengah km dr kilang lynas tu dan kau duduk kat sana.. Tak mampu bayar sewa.. Aku bayarkan.. Dgn syarat kau dgn anak2 bini kau tinggal sama.. Ada berani??
kah kah kah... Pakar kepala bana.. Pakar yg telah disiapkan skripnya.. Ayuh warga malaysia khasnya org kuantan.. Teruskan bantahan anda.. Radioaktif tetap bahaya.. Lihat bukit merah.. Sampai sekarang impaknya masih ada.. Ramai yg cacat..
BalasPadampakar pun masyuuuuukkkkkk...
BalasPadamLynas selamat. OK go ahead.
BalasPadamx payah kaji ok ke tak...
BalasPadamkaji je mcmn nk tutup...
yelah...kasi tutup jer..pas2 biar malaysia bankrap kene bayar pampasan berbilion2 sbb tutup kilang yg sebenarnye xde masalah pun...bg malaysia byk hutang pun ok
BalasPadamWahai PKR dan PAS..
BalasPadamTeruskanlah 'persebadanan' dan 'persetubuhan' haram dengan DAP.
bro 11.01
BalasPadampk pki otak la..PAS ke UMNO bro????
Wahai DAP...
BalasPadamTeruskan GAMES dengan lembu2 PKR dan PAS.