script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Laporan "Meloyakan", Bukti Jelas Utusan Kini Semakin Biadap Dalam Merosakkan Fikiran Rakyat Demi "Kepentingan Politik" Kerajaan BN !

Ramai yang terkejut dengan tindakan lidah rasmi Kerajaan UMNO Barisan Nasional, Utusan Malaysia yang tiba-tiba sahaja memainkan isu perkauman dengan memaparkan tajuk utama "Kristian Agama Rasmi" di muka depan akhbar itu hari ini. Utusan seolah-olah sudah jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya. Motto "Pemangkin Fikiran Rakyat" seperti yang diwar-warkan nampaknya semakin "tempang" dan jelas "lari dari matlamat" asalnya. Malah, mereka langsung tidak belajar sejarah tentang perlembagaan sebelum menyiarkan artikel tersebut. Bukankah Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Makanya, apakah begitu muda Utusan menuduh DAP mahu jadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara kita?. Bukankah kita ada undang-undang untuk itu. Soalnya, kenapa Editor Utusan begitu "bangang" boleh melepaskan artikel tersebut di muka depan?. Bukankah ianya adalah arahan politik UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Utusan kini sudah menjadi "akhbar sampah" yang hanya sesuai untuk menjadi "alas tempat duduk" dan pembalut "nasi lemak" semata-mata. Utusan kini memang benar-benar "meloya" dan selayaknya menjadi akhbar "Utusan Meloya" selepas ini. Malah mottonya juga wajar ditukarkan kepada "Perosak Fikiran Rakyat". Ini kerana, semakin hari semakin jelas akhbar itu hanya mahu memenuhi agenda pemimpin UMNO BN semata-mata. Sedangkan ilmu dan informasi yang mahu diberikan kepada rakyat hanyalah "tempias" yang langsung tidak menjadi motif utama mereka. Kini Utusan lebih teruk dari akhbar tabloid mingguan, malah lebih dasyat dari akhbar hiburan yang memaparkan aksi seksi dan lucah artis tempatan. Apakah Utusan sanggup dihina rakyat sehingga begini. Soalnya kenapa mereka tergamak terus membiarkan "orang politik" terus campurtangan dan mempergunakan akhbar itu sesuka hati?.


Tajuk yang jelas biadap dan berbaur perkauman oleh Utusan Maloya
Jika inilah caranya, maka kami amat yakin Utusan Malaysia hanya akan "tinggal sejarah" dan diletakkan di "Arkib Negara" 10 atau dua puluh tahun dari sekarang. Akhirnya anak cucu kita dan generasi akan datang akan "meloya" tengok akhbar terbabit. Apakah ini yang mereka mahukan agaknya?. Hanya rakyat yang bijak dapat menilai setiap bahan berita "double standard" yang mereka sampaikan sahaja yang akan berfikir secara rasional isu yang dimainkan oleh Utusan sejak sekian lama. Namun, mereka tetap tidak mahu berubah biarpun mereka sebenarnya tahu yang rakyat kini mahukan perubahan.

[Justeru itu, Utusan tidak harus terkilan jika rakyat melancarkan kembali "Kempen Boikot Utusan" di seluruh negara selepas ini. Ia kerana mereka kini terus biadap dan lari dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk jadi penyebar fikiran rakyat. Apa yang jelas laporan muka depan Utusan itu menandakan Pilihanraya Umum Ke-13 kini kian hampir. UMNO BN pula semakin menggila untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap pembangkang sekarang ini. Selepas tawaran bergabung ditolak oleh PAS dan DAP, kini mereka terpaksa memainkan pula isu perkauman bagi menyemai benih kebencian rakyat kepada pembangkang. Kononnya bila Pakatan Rakyat memerintah maka DAP akan memaksa PAS dan PKR menerima kenyataan bahawa Kristian harus dijadikan agama rasmi negara kita. Ini akan menakutkan rakyat dan akhirnya tidak mengundi pembangkang dan terus memberi sokongan kepada UMNO BN yang kononnya lebih jujur dalam perjuangan. Inilah motif utama yang dimainkan utusan sebenarnya. Maka itu, marilah kita sama-sama boikot Utusan dulu, kini dan selamanya].
Share:

11 ulasan:

  1. Saya lama dah tak beli Utusan Malaysia ni.............

    BalasPadam
  2. jangan bermain api, nak membina memang susah, nak meruntuhkan amat mudah, mengapa berita begini bolih terlepas pandang. kenyataan ini bolih membuat rakyat keliru dan keharmonian rakyat jugak terganggu.

    BalasPadam
  3. Minta PDO dan anggota gabungan PR lancarkan program JOM BOIKOT UTUSAN MALAYSIA / BERITA HARIAN. Utusan Malaysia membawa agenda zionis dan mengancam keselamatan negara serta menggugat keharmonian kaum dalam negara.

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN dan mana-mana akhbar yang membuat laporan.

    BalasPadam
  5. Utusan Meloya gagal menaikan mertabat umat Islam dan khususnya orang Melayu,walhal kononnya Utusan Meloya pembela Melayu.Utusan hanya berkerja keras untuk menyelamatkan palaku rasuah dan penyalah guna kuasa yg bergelantayangan di dalam Umno,bukan untuk membela umat Islam Melayu yg lemah dan miskin.

    Sekarang ,untuk mengatsi kegagalan peranan nya dalam membangunkan minda Melayu Utusan Meloya mencetuskan pula memomokkan ancaman Kristian yg bersumberkan bloger upahan Umno.

    Kalau di halusi keadaan sekarang saya agak bersetuju bahawa Islam tercabar dek ugama Kristian,tapi ini bukan kesalahan mereka,ianya adalah kerana kesalahan umat Islam sendiri.Kedudukan umat Islam yg serba mundur dari segala segi menjadikan umat Islam sendiri pun tertanya-tanya betulkah Islam ini ugama yang benar?.Kalau di lihat keadaan umat Islam sekarang,ianya memberi gambaran di sebaliknya-mundur,lemah,miskin,ganas,sensitif,zalim,sentiasa kalah dalam persaingan dll .Semuanya menunjukan berada di tempat belakang.

    Ini semua bukan saja menyebabkan orang bukan Islam tidak meminati Islam,malahan orang Islam sendiri mula tertanya-tanya.Itulah sebabnya kita dapati ada umat Islam yg murtad dan meninggalkan Islam.Di akhirat nanti mungkin juga orang bukan Islam akan memberi alasan pada tuhan,mereka tak peluk Islam kerana melihat keadaan umat Islam yg teruk,macam mana mereka mahu mengikuti umat Islam,jadi jangan salahkan merka tapi salahkanlah umat Islam yg tidak taat pada Islam.

    BalasPadam
  6. Dalam konteks MALAYSIA, Utusan Malaysia masih boleh dilihat sebagai salah satu akhbar yang sangat releven. Tak tahulah kalau ada pihak/kumpulan tertentu yang melihat dan memandang lewat sudut yang sempit lalu terbuai dek rasa ketaksuban yang melampau terhadap sesuatu kumpulan, lalu cuba menyamakan situasi di Malaysia dengan Afghanistan dsb...

    BalasPadam
  7. releven ape ke jadah..

    BalasPadam
  8. Tiap hari asyik kempen jangan baca utusan, tapi tiap hari asyik komen apa utusan tulis, mana satu yang betul ni.

    BalasPadam
  9. aku dah 10tahun tak beli utusan ni, tapi yg aku heran tu, org tertinggi kat PR percaya lak tulisan kay utusan. Psl seingat aku, ada pemimpin PR ni melenting bila baca dlm utusan ada pemimpin PR lain yg komen @ kritik beliau....tak ke haru tu.... Tapi bila bab agama kritian jadi agama rasmi ni...KERAjaan umNOBRAIN cuti hujung minggu Jumaat ke Ahad? Kita sembahyang Jumaat ari Jumaat ke Ahad....

    BalasPadam
  10. KUALA LUMPUR 8 Mei - Para pemimpin pembangkang dari DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas disifatkan pendek akal dan fobia dengan laporan Utusan Malaysia apabila bertindak 'menghentam' akhbar itu secara berterusan sejak sekian lama.

    Terbaru, para pemimpin dari ketiga-tiga parti tersebut dilihat menyalahkan akhbar itu dengan sewenang-wenang ekoran laporan yang mempersoalkan kemungkinan terdapat usaha pihak tertentu untuk menukarkan Kristian sebagai agama Persekutuan bagi menggantikan Islam.

    Menurut portal berita Selangordaily, tindakan pemimpin seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu menunjukkan mereka fobia terhadap akhbar berkenaan serta 'pendek akal'.

    "Bagi mereka (pemimpin pembangkang), Utusan Malaysia adalah penghalang besar untuk mereka mencapai kuasa dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

    "Apa sahaja isu yang timbul tidak kira daripada mana puncanya, maka mereka akan putar belit untuk menyalahkan Utusan. Pada mereka Utusan harus dihentam habis-habisan sekarang kerana tidak mahu ia menjadi penghalang kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum akan datang," kata laporan itu.

    Portal tersebut menjelaskan, berita Utusan Malaysia mengenai isu itu hanyalah bersifat persoalan yang memetik laporan daripada dua blog iaitu 'BigDog' dan 'Marahku' mengenai perkara tersebut.

    Menurutnya, Utusan Malaysia juga bersikap adil dengan menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mengenai perkara tersebut pada peringkat awal berita itu.

    "Sepatutnya Utusan Malaysia dipuji kerana bertindak adil melaporkan berita dari kedua-dua belah pihak.

    "Jika benar Utusan hendak menimbulkan perasaan benci orang Islam kepada orang Kristian atau hendak meniupkan sentimen keagamaan, mereka tidak perlu menyiarkan apa yang dikatakan oleh Jeff Ooi dan tidak perlu untuk meletakkan tanda soal pada tajuk itu," kata portal tersebut.

    Untuk rekod, tajuk berita yang disiarkan muka depan akhbar ini semalam ialah "Kristian agama rasmi?"

    BalasPadam
  11. Kita tunggu laporan polis PKR Pahang terhadap utusan Malaysia yang rasis ini. Ada telor ke?

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.