script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Speaker Selangor Gesa PM Najib Dan UMNO Tidak Main Taktik Kotor Untuk Rampas Negeri Selangor Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Yang Akan Datang

SHAH ALAM, 6 Mei - Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Datuk Teng Chang Khim (foto) mengalu-alukan Perdana Menteri Malaysia menggesa UMNO Selangor supaya bekerja keras merampas semula negeri ini dari tangan Pakatan Rakyat. Teng bagaimanapun mengingatkan Perdana Menteri itu bahawa beliau boleh menggunakan apa jua 'senjata' atau cara yang di mahukan, namun ia haruslah dilakukan dengan cara yang betul dan bukannya menggunakan politik wang ketika rampasan kuasa di Perak dua tahun lalu. "Setiap parti memang berhak untuk bertanding bagi mendapatkan kuasa tapi saya berharap pihak BN gunakan cara yang mengikut peraturan, undang-undang, cara yang bersih, jangan menggunakan cara yang kotor dengan menfitnah dan tidak menggunakan cara yang tidak direstui agama bagi mencapai matlamat tersebut," katanya. Menurut Teng, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kekhuatiran tidak perlu wujud ketika menjelang pilihan raya kerana kuasa adalah di tangan rakyat. Justeru, beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertindak zalim terhadap rakyat sedangkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mendapat sambutan baik dari masyarakat di negeri ini. Ia ujar Teng hanyalah strategi terdesak UMNO-BN untuk meraih kembali sokongan rakyat kepada parti itu. "Kita mengakui kalau ada kelemahan, tidak ada manusia dan sistem yang sempurna tapi kalau kita membandingkan program dan juga dasar yang dilaksanakan oleh PR dan BN, sudah jelas ketara perbezaannya dimana program PR memang meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan", tambah Teng.

PM Najib Di Gesa Supaya Tidak Main Taktik Kotor

Jelas beliau contoh paling ketara yang dilakukan kerajaan negeri adalah dengan memberi air percuma, di mana Pakatan Rakyat mampu melakukannya pada tahun pertama memerintah sedangkan Barisan Nasional yang memerintah selama 50 tahun namun tidak membantu meringankan beban rakyat. Malah katanya lagi baru-baru ini kerajaan negeri telah menubuhkan Kumpulan Wang Tabung Warisan Bencana Alam sebagai langkah menghadapi bencana yang tidak pernah difikirkan UMNO-BN sebelum ini. Najib malam tadi menggesa UMNO Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional dapat merampas kembali negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 yang disifatkannya “sudah hampir tiba.” Presiden UMNO itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga UMNO Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka. "Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah UMNO Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lalu). "Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya. tvsnews
[Kerakusan UMNO BN untu berkuasa jelas sekali bakal menjerat diri mereka sendiri sebenarnya. Apa yang berlaku di Perak harus dijadikan ikhtibar oleh Najib, yang dipercayai menjadi "mastermind" dalam kes itu ketika dia menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perak. Mereka boleh merampas kuasa secara paksa, namun rakyat yang tidak berdosa melihat semua ini dengan mata kepala mereka. Maka itulah, harapan besar untuk melihat Tsunami melanda sekali lagi di Perak bakal tercapai. Soalnya, apakah tempias itu bakal terkena negeri Selangor. Harus diingat, Selangor merupakan sebuah negeri kaya dan mempunyai banyak wang dalam menjana pembangunan negeri itu. Oleh itu, sudah pasti rakyat akan melihat beza berada dalam Pakatan Rakyat dengan lebih 50 tahun bersama UMNO BN. Mereka pasti akan membuat pilihan yang terbaik demi masa depan anak cucu dan generasi akan datang. Tindakan Najib untuk mengugut akan menggunakan segala senjata bagi merampas kembali Selangor adalah satu kenyataan biadap yang tidak wajar dikeluarkan oleh pemimpin besar seperti itu. Soalnya, apakah rakyat mahu terus berubah atau kembali kepada UMNO BN selepas PRU13 nanti. Inilah yang menggusarkan Najib Razak dan juak-juak mereka sekarang ini].
Share:

6 ulasan:

  1. Tak usah Teng Chang Khim berlagak pandai mengajar orang jangan MAIN KOTOR...
    Sebaiknya Teng Chang Khim terlebih dahulu menasihati Anwar supaya jangan terus MAIN JUBUR.

    BalasPadam
  2. dulu umno sekarang pkrJumaat, Mei 06, 2011 5:42:00 PTG

    dah ramai penyokong umno sokong kerajaan selangor sekarang ni, cuma kami diam je nanti boss kami marah.

    kami sangat2 selesa semenjak pkr memerintah selangor, rakyat pahang tak payah le jeles kat kami diselangor ni.

    BalasPadam
  3. kami dah selesa dgn negeri PR. sorila ek UMNgok the time has come for u to berambus.

    BalasPadam
  4. "Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan"

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

    BalasPadam
  5. Apa hal takut dengan Najib, dia cuma berucap je. Ramai betul yang melenting, Najib tu berucap ditujukan dengan UMNO Selangor yang masih tak bekerja kuat untuk menang, dia memberi semangat untuk UMNO Selangor.

    Dia tak de memburukan Pakatan langsung, lain lah kalau ketua pakatan tu berucap, mesti nama Najib dikaitkan dengan semua skandal dia.

    BalasPadam
  6. Dia tak payah nak burukkan pakatan.
    Kenapa?
    Sebab PAKATAN memang BURUK dn BUSUK.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.