script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

'Save Malaysia Stop Lynas' Anjurkan Demontrasi Aman Di Pantai Teluk Chempedak Pagi Ini Untuk Nyatakan Bantahan Terhadap Panel Pakar IAEA

KUANTAN, 30 Mei - NGO "Save Malaysia Stop Lynas", akan mengadakan demonstrasi aman jam 8.00 pagi ini di pantai Teluk Chempedak. Program akan diadakan berhadapan dengan Balkoni Cafe Hotel Hyatt (mengadap pantai). Tindakan tersebut dibuat bagi membolehkan panel pakar luar negara untuk mengkaji Lynas yang dipercayai menginap dan akan bersarapan pagi di hotel itu melihat sendiri bantahan rakyat Kuantan terhadap isu ini. Difahamkan tindakan tersebut terpaksa dibuat oleh pihak berkenaan kerana panel pakar terbabit yang dijemput oleh kerajaan dikatakan tidak mahu mengadakan sessi pertemuan dengan NGO terbabit. Perhimpunan aman terbabit dijangka akan disertai oleh beberapa orang aktivis yang akan memakan baju T-Shirt hitam Save Malaysia. Berdasarkan memo yang dihantar oleh pihak terbabit menerusi SMS dan Facebook Group Pahang Don't Need "Hazardous" Project juga menyatakan agar semua yang hadir turut membawa kain rentang dan poster bantahan Lynas. Sementara itu, difahamkan juga sebelah petangnya NGO terbabit bersama Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh akan menghantar borang petisyen yang sudah ditangani rakyat kepada pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkenaan. Petisyen yang dipercayai sudah ditandatangani oleh lebih 60 ribu rakyat itu bagi membuktikan bahawa warga Kuantan tidak mahu Lynas berada di kawasan ini. Malah mereka mahu Lynas dibawa balik ke negara asalnya Australia. Pakar-Pakar IAEA yang dijemput khas oleh Kerajaan Malaysia untuk mengkaji tahap keselamatan projek Lynas dijangka akan berada beberapa hari di sini. Mereka akan dibawa melawat kilang Lynas dan membuat kajian berdasarkan kepakaran masing-masing. Tempoh sebulan diberikan kepada mereka menyiapkan hasil kajian itu.

Soalnya, siapakah yang menanggung segala kos yang berkaitan?. Adakah Kerajaan Malaysia atau Lynas Corporation itu sendiri. Inilah yang menimbulkan keraguan sebenarnya. Jika kerajaan Malaysia yang menanggungnya, apakah pakar terbabit berani mengatakan sesuatu yang negatif terhadap projek tersebut?. Begitu juga jika Lynas sendiri yang menanggung kos mereka, apakah pakar-pakar itu berani keluarkan kenyataan yang berpihak kepada rakyat?. Maknanya disini, sehebat mana pakar yang dibawa jika segalanya sudah diragui maka sampai bila pun projek berkenaan akan tetap dipertikaikan. Malahan rakyat sebenarnya mahu Lynas dibatalkan operasinya bukannya diteruskan atas nasihat pakar itu nanti. Apakah pakar-pakar terbbait akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini 20 tahun akan datang?. Mereka bukannya terus bermastautin di sini, maka itu kehadiran mereka sebenarnya tidak ubah hanya melancong dan makan angin semata-mata].

Share:

13 ulasan:

  1. tunggu aje..satu suaraberbunyi aje...maka terhapus lah LYnas.Sape SUARA itu....

    BalasPadam
  2. geng...klu cm2...fuziah kenelah taja panel2 berkenaan...baru betul...ckap saja xguna...klu goverment or lynas nak bayar...sape lagi????
    sy past lynas akan mengalu2kan sesiapa yg nak byar panel2 berkenaan...buat perabih duit je klu de da tau kilang ok tp nak bayar orang cek lg

    BalasPadam
  3. ni gomen susah sangat ker nak explen kat rakyat ape cite ni alahai..please la gomen weh..jgn lembap sangt..rakyat marah sbb korang tak jelaskan ketidakfahaman mereka..kalau lynas ok kasi detail mcm mane yang ok tu kat rakyat jelata ni yang tak jelas..tv.paper.radio sume broadcast ade alahai guna la..bila dgr radioaktif sape tak takut weii

    BalasPadam
  4. PDO!!!!
    ko baca tak pasal lumba basikal Pahang dlm peper pgni.
    Buat malu org Pahang je Majlis Sukan (Miskin) Negeri Pahang.
    Meh kita tolong anak anak kita ,kot kot bleh pahala sket!!

    BalasPadam
  5. AKU ADALAH BEKAS AHLI PKR KUANTAN BAWAH FUZIAH SALLEH..KALAU PASAL DUIT KAU PERGI CARI FAUZIAH LAIN LA..JANGAN SALLEH...

    BalasPadam
  6. pastu kenapa berani pertikai siapa yg nak taja...mane pergi akal fikiran...ade badan laen ke yg nak taja panel berkenaan klu bukan goverment atau lynas sendiri?

    BalasPadam
  7. nie..aku gelak dgn cucumatkilau (CMK) cita cita nak jadi wakil rakyat..bagus la cita cita tu tp kwn pun hairan krn nama CMK dah kena blacklist dgn Bank Negara Malaysia sebab tak bayar kereta....maknanya Pakatan Rakyat terpaksalah tubuh tabung SELAMATKAN CMK sbnya nanti CMK akan umumkan keluar dari PAKATAN RAKYAT..hahaha....skrg dah umumkan keluar dari PKR sb tak dapat bertanding AMK....

    BalasPadam
  8. Pembangkang 'pucat lesi', cemburui Himpunan Sejuta Belia



    TANYALAH sesiapa sahaja. Mereka yang pergi, singgah ataupun merentasi Putrajaya sejak Jumaat hingga Ahad lepas pastinya akan 'tabik' dengan komitmen Kementerian Belia dan Sukan kerana berjaya menghimpunkan lebih sejuta belia di sana. Dengan program bercampur-baur, berkonsepkan kerohanian, keagamaan, hiburan dan pelbagai lagi, sambutan hangat diterima daripada pengunjung dari segenap ceruk.

    Tetapi ada pihak lain yang tidak senang malah begitu gusar dengan perkembangan ini. Sehinggakan jumlah hadirin disanggah mereka. Kata mereka ini, kalau dikirakan 'bayang' seorang hadirin pun, ia tidak akan mencecah sejuta.

    Namun sesiapa yang sudah pergi ke Pusat Pentadbiran Persekutuan itu dalam tempoh tiga hari tersebut akur dengan angka ini. Itu belum lagi termasuksambutan hebat yang diterima dalam Kejohanan Rentap Futsal 2 Kosmo!.

    Hakikatnya, program Himpunan Sejuta Belia itu merentap ego pembangkang. Di sana sini pembangkang bercerita perkara itu. Di Kerdau, Pahang pada Sabtu malam lepas, Anwar Ibrahim juga membawa program itu dalam ceramahnya.

    Dakwanya, kerajaan 'tersilap' membaca isi hati belia sebaliknya dia mendesak pula golongan muda supaya membawa perubahan dengan menukar kerajaan sedia ada. Sekali lagi Ahad lepas, Penasihat PKR itu membawakan program Himpunan Sejuta Belia itu dalam satu majlis dihadirinya di Petaling Jaya.

    Dan tidak sukar sebenarnya membaca isi hati Anwar yang ketika ini memang cukup resah dengan kerja keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merencana, menggerak serta menjayakan projek-projek berkepentingan rakyat dalam pelan pentadbirannya.

    Sejak beberapa bulan lepas, pembangkang sering mempergunakan gerakan menjatuhkan kerajaan di beberapa negara Asia Barat dan utara Afrika dalam usaha mempengaruhi dan membakar sentimen rakyat negara untuk menentang kerajaan. Dalam dua pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau sebelum ini, ia diperhebatkan. Namun, ia menemui titik noktah selepas kemenangan cemerlang BN.

    Cuma di Sarawak April lepas, sentimen itu sekali lagi cuba 'disegarkan' tetapi nampaknya kempen perkauman DAP lebih menonjol - meninggalkan PKR dan Pas terkontang-kanting dengan isu sebegitu.

    Orang muda terutama belia amat penting bukan sahaja untuk menjayakan program transformasi kerajaan tetapi juga untuk menjamin mandat kerajaan sedia ada disambung pada Pilihan Raya Umum ke-13.

    Ini penting untuk memastikan program transformasi itu tidak terencat. Kalau dikira, para belia mewakili 4,520,456 orang atau 38.28 peratus daripada keseluruhan 11,811,452 orang pengundi berdaftar yang disahkan SPR setakat Disember lepas. Malah, terdapat 3,939,247 orang lagi yang melepasi had kelayakan umur 21 tahun belum lagi mendaftarkan diri.

    Dengan pengundi berusia lebih 50 tahun kini tidak lagi ramai, maka sudah tentulah kita memahami mengapa pembangkang khususnya Anwar cukup 'pucat lesi' apabila mendengar dan menyaksikan kelibat sejuta belia berkumpul di Putrajaya tempoh hari.

    Sabtu lepas, Perdana Menteri mahukan sambutan yang lebih hebat lagi di Putrajaya tahun depan dengan sasaran belia yang berkumpul nanti mencecah dua juta orang.

    Pastinya 'pucat lesi' pembangkang akan bertukar menjadi raut wajah yang kusam.

    BalasPadam
  9. Takde sapa cemburu dengan kerajaan sebab buat himpunan belia dengan program konsert dan hiburan begitu. Tapi kita bersyukur sgt2 kalau kerajaan boleh bawak sejuta belia dengar ceramah agama, solat tahajud atau solat subuh berjemaah.

    BalasPadam
  10. Setuju sangat2 kalau nan adakan lagi solat hajat agar lebih luar mata dan minda rakyat untuk melihat dengan lebih jelas akan SIUNG, TARING, EKOR dan TANDUK Anwar, si peliwat, penzina, penipu dan pembohong nombor 1 negara itu.

    BalasPadam
  11. Radiasi di Kuantan bukanlah berpunca drp Lynas, tapi drp "OSTAD YG SUKA TOLONG BINI ORANG PUKUL 2 PAGI"!!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.