script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Lynas: Fuziah Salleh, "Menteri Besar Pahang" Tidak Peduli Kepada Rayuan Rakyat Bila Berdiam Diri Dalam Pemilihan Pakar Kaji Projek Tersebut !

KUANTAN, 18 Mei - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak peduli kepada rayuan orang Pahang apabila mengambil sikap berdiam diri sahaja dalam pemilihan pakar yang menganggotai panel penilai loji memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang. Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) yang juga merupakan Naib Presiden PKR. Fuziah mempersoalkan sikap Adnan yang pada mulanya bersetuju panel itu sepatutnya membariskan pakar dari pelbagai disiplin tetapi kini berdiam diri sahaja apabila panel itu tidak langsung membariskan jurutera alam sekitar, pakar toksikologi alam, pakar kesihatan awam, dan juga pakar sains sosial. Malah, panel itu juga tidak membariskan mana-mana pakar yang mengkaji kesan pendedahan radiasi tahap rendah dalam jangka masa panjang. “Pakar-pakar dalam dalam bidang ilmu yang saya sebutkan itu tiada dalam panel itu tetapi amat mustahak dalam menentukan keselamatan orang Kuantan,” kata Fuziah. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pakar yang dipilih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sebenarnya terdiri daripada pakar yang sememangnya mengambil pendirian pro-nuklear. “Saya tidak nafikan kepakaran mereka tetapi panel itu perlu dibarisi oleh pakar dari bidang ilmu yang betul,” katanya. Beliau turut kesal apabila Adnan kini hanya meminta orang ramai menunggu hasil siasatan panel itu. Fuziah seterusnya menggesa agar Adnan tidak melakukan kesilapan lagi apabila mengambil sikap berdiam diri kali ini. "Kita harap beliau tidak melakukan satu lagi kesilapan kali ini. MB Pahang sudah melakukan kesilapan kali pertama bila berikan Lynas lesen premis untuk beroperasi tanpa rujuk kepada orang ramai terlebih dahulu,” kata Fuziah.

[Orang Pahang kini memerhatikan dengan teliti tindakan kerajaan BN Pahang jika benar mereka mahu membantu menangani kerisauan penduduk Pahang berhubung isu pembinaan loji memproses nadir bumi ini, kata Fuziah. Loji itu yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan negeri Pahang kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar. Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri malah empat peserta perhimpunan aman membantah loji itu pula ditangkap polis 15 Mei lalu. Usaha membantah loji itu kini giat digerakkan di peringkat nasional dan antarabangsa oleh Ahli Parlimen Kuantan. Soalnya kenapakah Menteri Besar Pahang itu terus membisu?].
Share:

4 ulasan:

  1. ALHAMDULILLAH.. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir kini dalam keadaan stabil setelah dimasukkan di IJN akibat Jangkitan Kuman di dada. Tun M mula mengesan penyakit beliau setelah demam serta batuk teruk selama 2 hari tanpa henti. Melayu CinDia mendapat berita tersebut ketika sedang minum pagi bersama rakan di sebuah kedai Mamak sekitar KL. Terdapat beberapa orang ramai sekitar kedai makan tersebut mengetahui perkara ini. Namun, Melayu CinDia agak sakit hati apabila terdapat sekumpulan puak totok2 Anwar yang turut berada di kawasan sempat bergurau dan mendoakan Tun M segera mati agar Malaysia kembali aman. "Larrr... apsal tak mati2 lagi. Bapak aku cakap orang banyak dosa ni memang liat nak mati. Aku tiap kali de Program Solat Hajat macam baru2 ni, salah satu Hajat aku mohon Mahathir capat mampos. Dia ni Raja Diktator. Dia punca Pak Sheikh diseksa sampai hari ni." Pak Sheikh itu merujuk kepada gelaran Anwar Ibrahim. Agak biadab totok2 Anwar ini bercakap mengikut hawa nafsu dan dendam kesumat. Walaupun berpakaian segak dan ada di kalangan mereka memiliki kereta mewah BMW, ternyata pemikiran mereka mereng sama seperti Pak Sheikh mereka. Tak mengapa. Allah Maha Besar. Mereka hanya tahu melaung Allahu Akbar. Namun mereka tidak kenal apa maksud tersirat di sebalik laungan tersebut. Semoga Allah memelihara kesihatan Tun Mahathir Mohamad.

    BalasPadam
  2. PENTING ! Siap Sedia Depan Komputer Anda Jam 11.15 Pagi Esok
    Dipetik dari : http://anwaribrahimblog.com

    Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan rakyat Malaysia yang pertama dijemput sebagai panelis segmen interaktif Yahoo! Malaysia ‘Question Time. Segmen tersebut akan bermula pada hari Khamis 19hb Mei 2011 pada jam 11.30 pagi. Dato’ Seri Anwar akan meluangkan masa hampir 1 jam bersama warga cyber menerusi platform “Cover It Live” di mana warga cyber dapat berkomunikasi dengan Dato’ Seri Anwar secara langsung. Editor Yahoo! Malaysia akan bertindak sebagai fasilitator.

    Sila klik di sini untuk ke platform Cover It Live: http://my.news.yahoo.com/questiontime/
    Apa lagi wahai rakan-rakan blogger, facebooker dan twitter, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Esok jam 11.15 pagi siap siaga depan komputer masing-masing. Mula saja sesi komunikasi dengan Anwar, ambillah kesempatan itu sebaik mungkin untuk kita bertanya soalan-soalan mengenai liwat, dna, video seks, sumpah laknat dan jam omega.

    Bukan itu sahaja, jangan lupa tanya dia pasal saham-saham semasa dia menjadi menteri kewangan. Paling jangan lupa sekali,kita tanya dia pasal hubungan dia dengan Shamsidar serta mengenai Afifa.

    Saya difahamkan Umi Hafilda dan Datuk Eskay juga akan bersama-sama kita dalam sesi berkomunikasi dengan Anwar esok, dan ada seorang wanita, nama saya tak boleh sebut. Wanita ini kenal Anwar Ibrahim dan Anwar juga sangat-sangat mengenalinya akan turut serta dalam program esok. Nantikan kejutan dari wanita berkenaan.....

    BalasPadam
  3. kpd YB Fuziah Salleh & YB Mahfuz Omar..henti2 kan la fitnah dan dusta yg kamu bawakan kpd rakyat yg xtau ape2 tu..ape2 kte cerita must be based on facts & figure if you consider urself as a professional..tQ

    Radiation Protection Officer (RPO,
    at one of Independent Power Producer(IPP) in Malaysia

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.