script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Himpunan 'Bantahan Lynas' Pagi Tadi Sekali Lagi Kecoh Oleh 'Provokasi' Dari Penyokong Kerajaan !

KUANTAN, 31 Mei - Himpunan Bantahan Lynas yang diadakan di pantai Teluk Chempedak hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali. Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang berkelah di pantai itu. Mereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis Save Malaysia beredar kerana didakwa mencemarkan pantai. 'Selamatkan Malaysia' mengadakan bantahan pagi ini di pantai peranginan Teluk Cempaka, lokasi di mana sembilan anggota panel IAEA yang mengkaji kesesuaian pembinaan kilang itu menginap. Ia juga lokasi rundingan awam dijalankan. Kumpulan 20 orang itu kemudiannya dilihat mahu menyuraikan Save Malaysia dengan kasar tetapi dihalang pihak polis. Bagaimanapun, perkara itu terus mengundang kemarahan pihak itu yang mendakwa penunjuk perasaan itu bukan orang tempatan. "Kami memang daripada Kuantan, ini Tanah Melayu!" kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Azman Attar ketika ditanya sama ada mereka mewakili mana-mana kumpulan. Save Malaysia pimpinan pengerusinya Tan Boon Teet kemudiannya hanya duduk dan menunggu di penjuru pantai dan meninggalkan tempat itu jam 9.30 pagi. Sementara kumpulan sokong Lynas masih tetap berada di kawasan itu.

[Antara yang dilihat berada disitu ialah beberapa orang ADUN BN seperti Dato' Safri (Ibam), Zaili Besar (Panching) dan lain-lain pemimpin seperti Dato' Sam (Setiausaha Politik MB Pahang), Dato' Zul (Dewan Perniagaan Melelayu Malaysia Pahang), Dato' Jamal Nasir (Bekas ADUN Beserah) serta lain-lain pemimpin UMNO Pahang. Turut kelihatan beberapa orang pemimpin NGO yang kononnya menyokong Lynas. Mereka berdiri di depan KFC berhampiran Hotel Hyatt. Beberapa orang anggota polis kelihatan minum di kawasan McDonald. Suasana agak tenang kerana ramai peserta demontrasi telah meninggalkan kawasan terbabit akibat dihalau oleh penyokong kerajaan. Hanya yang tinggal beberapa kerat ahli Save Malaysia Stop Lynas yang minum di sekitar kawasan tersebut. Apapun keadaaan terkawal dan tidak ada sebarang bentuk kekecohan yang berlaku lagi pada ketika itu].
Share:

11 ulasan:

  1. wat pe la bangang sgt. terbaru german akan hentikan kilang tenaga nuklearnya pd thn 2022, tapi kita yang baru nak maju ni nak sangat dengan sisa2 radioaktif ni. woi, ktepikn politik, utamakan udara segar yang kita perlukan tiap saat. jgn nnti kita dpersalahkn anak cucu sndiri, bangang tak bertempat!!

    BalasPadam
  2. Salam...tumpang tanyer...ade x info teknikal yg mengatakan radioaktif di lynas itu melebihi radioaktif yg kiter terdedah pada setiap hari?

    sy bkn penyokong umporno...tp nak tau betul ke ape yg diberitakan pkr skrg?

    takut jugak menjadi sebahagian drpd penyebar fitnah tanpa disedari..

    BalasPadam
  3. Dalang utamanya adalah firaun kecil dalam PR. Mereka memperalatkan rakyat untuk buat demo murahan. GO AHEAD LYNAS!

    BalasPadam
  4. yg membangkang 2, jawablah pertanyaan kat atas...xbleh jawap ke?...baek kome duk diam je la...menyokong bulat2, xde prinsip hidup..org kate itu follow, org kate ini follow...
    ...xmenkaji dulu...xpasal2 jd penyebar fitnah...kita pun tau politik ni cmne kan...kotoq..so kaji la dulu sblm menuduh org macam2...sian kat org xbersalah geng

    BalasPadam
  5. Setuju...tunjukkan kaum melayu ni berilmu...berckp atas data yg mmg membuktikan ape yg kiter tuduh/ckp 2...ni duk gaduh sesama melayu...malu kawan2 bila cina india tgk...

    BalasPadam
  6. itu laporan teknikal yg dibuat oleh pakar yg diupah Umno?? Betul ke puak2 tu pakar??.. Pegi mampos pakar.. Persoalannya radioaktif and lynas tetap bahaya... Nanti aku kasi faktanya kenapa rare earth nih bahaya dan kenapa australia taknak buat kat kampung sendiri..

    BalasPadam
  7. Kasar betul...camne org nak percaya cakap korang...

    BalasPadam
  8. cmni la, korang suh fuziah hire...lynas xkesah kut klu cm2...lg untung de...data 2 br boley bg tau krg lynas ni ok ke x...br puas ht...tp sggp ke pkr nk bayar?so pk2 la isu nie...

    BalasPadam
  9. Spesis UMNO Pandykutty ni jenis malas nak study dan malas buat kajian, cuma dengar dari ketua dia yg pandykutty jugak kemudian baca blog2 UMNO Pandykutty dan Utusan Malaysia Pandykutty. Tu pasal minda pun sempit senget sebelah.

    BalasPadam
  10. anon 1.47..

    lebih baik daripada menjadi pak sanggup dan pak turut yang hanya berdemo dan membantah tanpa memikirkan apa yang didemokannya. sedangkan ia melibatkan keselamatan.

    Itu sebabnya Kebanyakkan melayu tak maju kerana kurang berani dan kurang berfikir demi keluarga dan masyarakat mereka. Sebagai contoh paling banyak masuk skim cepat kaya, sapa? melayu sebab nak cepat kaya tanpa memikirkan kerugian sedangkan dari segi teknikalnya tiada kekayaan tanpa usaha!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.