script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Chegubard Masih Lagi Bersama PKR, Tapi Akui Dirinya Kini Amat Tidak Disenangi Oleh Sesetengah Pemimpin Tertinggi Parti Itu Sendiri !!

SHAH ALAM 8 Mei - Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin (foto) menegaskan beliau masih ahli seumur hidup PKR tetapi secara terbuka mengakui dirinya "tidak disenangi beberapa pemuka" dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) itu. Meskipun mengakui beliau ahli seumur hidup PKR namun Badrul Hisham tidak menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya banyak pihak sama ada akan keluar PKR untuk menyertai gagasan Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS atau DAP. Malah tegas Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard”, ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepadanya dan mungkin ada yang seronok dan mengharapkan beliau benar-benar meninggalkan PKR. “Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Katanya, mereka yang pro-BN sudah tentu kecewa dan “saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita saya keluar parti, namun ternyata mereka makan hati bila dengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR", kata beliau lagi.

Keluar PKR Tetapi Masih Bersama Pakatan Rakyat

Semalam The Malaysian Insider melaporkan Badrul Hisham yang hujung tahun lalu tewas pemilihan jawatan ketua Angkatan Muda PKR disebut-sebut kemungkinan akan keluar PKR, dan jikapun keluar akan menyertai DAP atau PAS. Pemimpin-pemimpin sayap muda DAP dan PAS pula menjelaskan mereka tidak tahu-menahu mengenai desas-desus itu. Dalam penjelasannya hari ini, Badrul Hisham menambah, ketika ramai meninggalkan parti semasa tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih satu dekad lalu, “saya melihat suasana kosong yang mendesak, maka saya telah melangkah sepenuh masa bersama perjuangan ini.”“Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat?” kata beliau lagi. Badrul Hisham juga berkata, beliau tidak menafikan beliau berdepan dengan pelbagai masalah pascapemilihan selepas mendesak keadilan dan ketelusan. “Tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan diselesaikan dengan langsung saya tak dipanggil menghadap mana-mana jawatankuasa terbabit,” kata beliau.

Beliau Mahu Terus Menggasak Untuk Perubahan


Namun katanya, beliau tetap bersabar kerana ada agenda besar menumbangkan BN dan mendesak perubahan dalam negara. Badrul Hisham juga berkata, pergerakannya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki, termasuk program Solidariti Anak Muda Malaysia (foto) berbentuk karnival yang diadakan Febuari lalu mahu dibatal oleh sesetengah pihak dalam PKR dengan menemui Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan “kami tak dibantu atau dibatal lesen.” “Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. “Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PKR sebagai NGO mendekati anak muda,” katanya yang juga pengerusi SAMM. Kata Badrul, jika beliau mahukan jawatan banyak cara yang boleh digunakan untuk memperolehinya, malah “saya pernah menolak tawaran pun.” Badrul Hisham menolak pelantikannya sebagai penolong setiausaha agung selepas tewas pemilihan pusat tahun lalu. “Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu,” kata Chegubard lagi. tvsnews

[Ke mana hala tuju Chegubard selepas ini hanya akan diketahui dalam masa terdekat ini. Itu pun jika pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil jalan "berani" untuk menyelesaikan segala laporan dan aduan yang dibuat olehnya ketika Pemilihan parti tahun lalu. Memang agak memusykilkan apabila kepincangan yang berlaku dikatakan sudah selesai, sedangkan tiada pun keputusan dan beliau sendiri dipanggil mengadap jawatankuasa terbabit untuk memberikan kenyataan. Inilah yang menyebabkan, ramai dikalangan penyokong kuat Chegubard mengesyaki ada campurtangan pihak atasan parti hingga menyebabkan beliau sendiri akhirnya dihalang dari menjalankan aktivitinya. Perkara ini amatlah tidak wajar sebenarnya, tambahan pula Chegubard masih lagi setia dengan perjuangan PKR biarpun dia tewas secara "misteri" kepada Samsul Iskandar semasa perebutan jawatan Ketua AMK tahun lalu. Tindakan kebudak-budakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti amatlah memalukan, tambahan pula dalam setiap ceramahnya Chegubard langsung tidak menyentuh kemelut dalaman yang melanda PKR itu sendiri sebenarnya. Maka, kenapakah beliau dihalang sebegitu rupa?].
Share:

3 ulasan:

  1. Dia nak tinggalkan PKR..
    Agaknya kenapa?
    Sebab Chegubard bukan manusia bodoh.
    Chegubard bukan makhluk jenis lembu yang berwajah manusia.

    BalasPadam
  2. bior le Chegubard belah.... aku dah menyampah dgn dia ni....buat susah PKR ni...dah kalah buat le kalah..kalu nak berjuang bukan jawatan yg dicari....tapi pengorbanan...

    BalasPadam
  3. macam main bola juga.............siapa yang offer lebih...dia join la...kah kah kah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.