script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Air: Penduduk Kuantan Di Arahkan Bersabar, Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang Berjanji Untuk Menyelesaikan Masalah Itu Selewatnya Malam Ini

KUANTAN, 25 Mei - Penduduk di bandar ini yang sedang berdukacita akibat masalah gangguan air sejak semalam, diminta bersabar buat seketika. Ini kerana pihak kami mendapat maklumat panas, selepas isu ini di siarkan dalam Pahang Daily Online (PDO) Pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang telah dihubungi bertalu-talu oleh rakyat yang mahukan maklumat terkini. Antara jawapan yang diterima daripada pihak JBA Pahang setakt ini ialah masalah tersebut sedang diatasi dan dijangka akan selesai selewat-lewatnya malam ini. Namun, tidak dapat dipastikan pukul berapa ia akan berakhir. Difahamkan kini pihak JBA terpaksa memberikan berbagai alasan kepada mereka yang menghubungi jabatan terbabit. Operator JBA diarahkan menjawab perkara yang sama tanpa memberi waktu yang tepat. Mereka yang mahu mendapatkan info terkini bolehlah menghubungi talian 09-5121040. Anehnya bila ada yang mahu bercakap dengan pegawai yang berkenaan, tiada jawapan yang diterima. Malahan pihak JBA juga bagai menyembunyikan sesuatu apabila tidak dapat memaklumkan siapakah pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ini. Semua pegawai Operator JBA Kuantan dan JBA Pahang diarahkan menjawab "Pegawai cuma beritahu air akan pulih malam ini", tetapi merahsiakan nama pegawai terbabit. Tinjauan kami ke bandar Kuantan tengahari tadi mendapati banyak restoran popular menutup perniagaan mereka hari ini. Jika ada yang buka sekali pun, mereka terpaksa menggunakan pinggan "polystrin" dan cawan "plastik". Orang ramai yang ditemui kecewa dengan senario yang berlaku, tambahan pula ramai diantara mereka tidak dapat bersiap sedia untuk menyimpan air kerana tiada notis awal yang dikeluarkan oleh JBA.
[Maklumat daripada Pejabat Menteri Besar Pahang, juga mahu rakyat bersabar dan mereka akan selesaikan segera. Keadaan yang berlaku ini bukan sahaja menyusahkan rakyat biasa, malahan mereka yang bekerja di jabatan kerajaan dan swasta. Akibat ketiada air, menyebabkan alat penghawa dingin tidak dapat berfungsi seperti biasa. Diharapkan, janji JBA Pahang untuk selesaikan masalah ini sehingga malam nanti dapat ditunaikan. Jika ia berlarutan hingga esok hari, mungkin ramai lagi akan menjadi mangsa. Sesungguhnya apa yang berlaku ini harus dijadikan ikhtibar agar masing-masing "sediakan payung sebelum hujan". Jika berlaku masalah teknikal seperti ini, akhirnya ia menyusahkan kita yang tidak bersedia sebenarnya. Namun masalah ini bukanlah perkara biasa yang berlaku, namun ia cukup memeritkan kepada mereka yang punyai anak ramai atau mahu mengadakan majlis keramaian dan kenduri].
Share:

9 ulasan:

  1. Macam mana nak basuh berak niiii...

    BalasPadam
  2. Berak boleh la kesat dengan kertas. Aku ni nak buat projek ngan laki aku pun tak bole, tak dak air nak buat mandi wajib. Kesian kat dia, dah lah keje jauh, balik rumah 3 minggu sekali, dia punya dah naik kat kepala. Kesian dia...

    BalasPadam
  3. Jangan marah bro.Selama ni dh dapat air. sekali sekala x ada air kena sabar dan jangan jadi isu politik.Kalau berlaku di Selangor/PP/Kedah and kelantan kena jadi isu politik.heheheh
    nasib baik orang melayu masih banyak bodoh boleh kena tipu

    BalasPadam
  4. Astagfirullah..apa2 komen gni teruknya bahasa..islam ke ni..malu la melayu islam mcm ni..komen 1 teruk, komen 2 multiple teruknya, kesian betul perempuan tu,x sopan..ckp biarlah berlapik..kita ada agama kn..

    BalasPadam
  5. uiii....sabaq dah terlampau tu...

    BalasPadam
  6. ITU BARU PAIP AIR YANG PECAH, HURU-HARA 1 KUANTAN, KALAU SISA RADIOAKTIF LYNAS PECAH???

    BalasPadam
  7. takde la menda lain puaka2 ni nak tulis selain mencarut dan menghina org lain.. Sebenarnya korang ni yang BABI sebenarnya..

    BalasPadam
  8. Babi yg sebenar adalah anon 8:16, anon 8:17 dan anon 8:20.... sebenarnya orang... eh babi yg sama suka buat kecoh kat blog ni.

    BalasPadam
  9. orang yg suka maki orang ni bolih disebabkan tak ada air nak mandi junub la, keluar spesis yg dok suka maki orang.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.