script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jenayah: Suspek Meminum Racun Selepas Bunuh Tunangnya Kelmarin Di Sahkan Meninggal Dunia Di Hospital Seberang Jaya Jam 11.45 Malam Tadi !!

BUKIT MERTAJAM, 6 Mei - Suspek yang dipercayai meminum racun selepas menikam tunangnya sehingga mati di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, kelmarin, disahkan meninggal dunia. Shahimi Ismail, 37, yang masih bujang, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ), jam 11.45 malam, selepas 12 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob, mengesahkan lelaki itu yang juga suspek utama kes pembunuhan berkenaan, meninggal dunia, dipercayai meminum racun paraquat. Katanya, walaupun lelaki terbabit sudah meninggal dunia, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Kami masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat lelaki itu,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sebelum ini kita media melaporkan berita Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak. Wanita terbabit yang dipercayai seorang janda Karimah Jusuh, 25, ditemui mati oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak tersebut pada pukul 8 pagi. Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan dan dipercaya ia bermotifkan cemburu. Selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan kemudian meminum racun.


Bila nafsu syaitan sudah menguasai diri, maka jenayah akhirnya terjadi

[Kejadian jenayah kini dilihat semakin menjadi-jadi. Benarkah kenyataan menteri berkaitan bahawa indeks jenayah di selruuh negara telah menurun?. Kejadian yang berlaku di Pulau Pinang ini jelas membuktikan rakyat sudah tidak takut lagi untuk terlibat dengan jenayah. Mereka tidak takut lagi dengan undang-undang serta hukuman yang bakal diterima. Ini kerana mereka tahu, undang-undang dunia hanyalah ciptaan manusia. Lantaran itulah hukuman Allah perlu ditegakkan di atas muka bumi ini supaya manusia itu takut untuk bertindak zalim kepada manusia lain. Ambillah ikhtibar atas apa yang berlaku ini. Bayangkan, gara-gara sikap cemburu buta seseoang itu boleh mengambil keputusan drastik untuk membunuh tunangannya sendiri. Bukankah ini sesuatu yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Kita mahu negara Malaysia yang lebih aman dan selamat untuk terus dinikmati oleh generasi akan datang].
Share:

3 ulasan:

  1. jenazah beliau perlu dikebumikan dihujung kawasan kubur, sbb bunuh diri

    BalasPadam
  2. "kerja' umno/BN ke?

    BalasPadam
  3. apa yg berlaku biarlah jadi teladan bagi kita yg masih hidup... Allah yg maha berkuasa, apa yg belaku di sebaliknya tiada yg mengetahui...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.