
TEMERLOH, 27 Mei - Orang ramai di sekitar kawasan Temerloh dan yang berdekatan, dijemput hadir ke Majlis Minum Petang bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) petang esok (Sabtu, 28 Mei 2011). Program bermula jam 5.00 hingga 7.00 petang itu akan diadakan di Restoran Ekonomi Mee Loon, Kg.Baru Cina bersebelahan bangunan lama HSBC dekat sini. Sementara itu di sebelah malamnya pula beliau dijangka akan berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang dekat Kerdau bersama Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mat Sabu Mohamed dan Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail. Mereka berada disitu sempena Himpunan kebangkitan warga Felda Pahang mulai hari ini dan esok.





