script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Sukan: Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona Tewaskan Manchester United 3-1 Awal Pagi Tadi !!

LONDON, 29 Mei - Barcelona yang gemilang, dengan inspirasi bintang mereka Lionel Messi, mempamerkan aksi menakjubkan untuk menundukkan gergasi England Manchester United (MU) 3-1 bagi menjuarai Liga Juara dan menjulang piala Eropah itu buat kali keempat (awal pagi tadi, waktu Malaysia). Gol disumbat yang oleh Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan David Villa menggambarkan penguasaan pasukan Sepanyol itu terhadap MU, yang baru-baru ini dimahkotakan Liga Perdana Inggeris buat musim ke-19. Pasukan itu turut mengatasi MU pada pertemuan akhir dua tahun lalu di Itali. Meskipun Wayne Rooney dapat menjaringkan gol persamaan di separuh masa pertama tetapi gagal menghalang Barca daripada memperoleh kemenangan ketiga piala Eropah itu dalam enam tahun. “Mereka yang menonton boleh melihat bahawa kami bukan sahaja menang tetapi menunjukkan permainan sungguh cemerlang,” kata jurulatih Barcelona Pep Guardiola. “Kami sangat gembira tetapi untuk menang satu Liga Juara memaksa kami memperlihatkan usaha mendalam,” katanya. Pengurus MU Alex Ferguson pula berkata: “Kami ditewaskan oleh pasukan hebat tetapi saya (sebenarnya) telah mengharapkan untuk melakukan usaha yang lebih baik.” “Tetapi pada akhirnya kami perlu mengakui bahawa kami ditewaskan oleh sebuah pasukan hebat. Saya merasakan ia adalah pasukan terbaik kami pernah hadapi,” katanya lagi. Permulaan perlawanan kelihatan berulangnya pertemuan 2009 di mana Manchester United merampas setiap gerakan tetapi akhirnya seperti di Rom juga, Barcelona akhirnya menguasai gelanggang. Rodriguez menjaringkan gol pertama Barcelona pada minit ke-27 sebelum disamakan oleh Rooney tujuh minit kemudian. Dua gol kemenangan Barcelona disumbangkan oleh Messi dan Villa pada minit ke-54 dan ke-69.

[Biar pun bergembira menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah antara Barcelona dengan Manchester United awal pagi tadi, namun rakyat Pahang terus berdukacita apabila pasukan negeri ini ditewaskan 1-0 oleh pasukan Kelantan dalam Liga Super semalam. Kemenangan Barcelona 3-1 ke atas Manchester diharap menjadi pengubat kedukaan penyokong Pahang. Sampai bilakah mutu bolasepak negeri ini akan terus merundum. Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan semua imej dan maruah bolasepak negeri ini. Tambahan pula Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga adalah dari negeri Pahang. Agak malang, ketika pasukan negara menjuang Pingat Emas di sukan SEA dulu juga, tiada seorang pun anak Pahang dipilih dalam senarai 22 pemain negara. Apakah fenomena ini harus dibiarkan berterusan?. Kenapa masih dikekalkan jurulatih dan pengurus sedia ada, sedangkan tahap keupayaan mereka sudah terbukti jelas gagal!].

Share:

4 ulasan:

  1. TEKA TEKI:

    Tisu jenis apakah yg digunakan oleh nuar pandikutty selepas memanchutkan air maninya dalam pepek amoi?

    BalasPadam
  2. JAwapan mudah sgt weh..

    Tisu UMPORNO

    BalasPadam
  3. Tisu cap Syaitan made in UMNO.

    BalasPadam
  4. Semua jawapan di atas adalah salah. Jawapan yg sebenarnya akan kita dengar di mahkamah kelak. Terima kasih.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.