Beberapa hari selepas minyak RON97 dinaikkan, maka Kerajaan UMNO BN sekali lagi "mendahulukan rakyat" apabila mengumumkan harga gula akan dinaikkan sebanyak 20 sen mulai hari ini. Ini bermakna harga baru gula sekilogram dipasaran menjadi RM2.30 berkuatkuasa 10 Mei 2011. Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh kerajaan kenaikan itu akan menyebabkan kerajaan dapat berjimat sebanyak RM116.6 juta. Malah, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. "Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain. Paling mendukacitakan, seperti biasa apabila isu kenaikan harga barangan berbunyi maka jawapan yang sama akan diumumkan. Jika minyak naik, harga minyak di negara kita lebih murah dari negara luar. Jika harga gas naik, ia lebih murah dari negara luar. Begitulah juga bila harga gula naik, sama juga jawapannya adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Itulah perbandingan yang dibuat oleh Kerajaan UMNO BN sejak sekian lama. Alasan yang sama dimainkan oleh mereka untuk mengaburi mata rakyat. Apakah mereka fikir rakyat terlalu bodoh untuk dipermainkan sedemikian rupa?. Maka itulah, rakyat perlu bangkit berjuang untuk meneruskan agenda perubahan. Kerajaan BN @ Barang Naik ini perlu diturunkan segera secara terhormat pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Pastikan perubahan ini jika tidak mahu mereka terus diperkotak-katikkan.[Sekarang ini sudah terbukti, slogan "rakyat didahulukan" itu sebenarnya hanya retorik politik puak-puak UMNO semata-mata. Sedangkan hakikatnya, mereka memang mendahulukan untuk menipu rakyat buat selama-lamanya. Oleh itu, apakah rakyat akan terus tertipu dan sanggup ditipu lagi agaknya?. Maka itu juga mereka harus buat tindakan segera untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang jelas menipu untuk kepentingan masing-masing. Dikala rakyat menderita dengan berbagai masalah ekonomi yang mencengkam jiwa mereka, tiba-tiba minyak dinaikkan dan kini gula pula terus dinaikkan. Alasan yang sama diberika untuk terus memperbodohkan rakyat Malaysia sama seperti orang UMNO BN. Itu pun masih ada mereka yang tidak sedar dan terkinja-kinja beri sokongan kepada kerajaan 1Malaysia. Inilah yang amat menghairankan kita sebenarnya. Jiwa yang sudah karat dan sebati itu menerima apa saja yang dilakukan oleh kerajaan sedangkan mereka turut sama akan menderita!. Inilah yang perlu diperbetulkan].






Tak kan nak turun...
BalasPadamnaikkan........biar sama rasa.......kah kah kah
BalasPadamSalam,buat rakyat Malaysia.Skrip dah siap alasan barangan naik kerana harga di negara ini jauh lebih rendah.Kita ada power,gunakannya dengan penuh tanggung jawab.Allah mengetahui apa yang kita lakukan.Insaallah akan membantu golongan yang dizalimi.
BalasPadamPadan muka orang-orang kampung yang bongok dan mudah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UNMO.
BalasPadamTerima kasih kerana RAKYAT DIDAHULUKAN,PRESTASI DIUTAMAKAN..kerajaan BARANG NAIK telah mengotakan selogan untuk kita NIKMATI..RAKYAT diperkenakan dulu sampailah kita jadi macam rkayat INDON dan THAI.Hahahahaha padan muke korang yg x cerdik diluar sana tuh.
BalasPadam"Tujuan kerajaan naikkan harga gula adalah untuk mengurangkan kencing manis di kalangan rakyat Malaysia..." demikian kata seorang menteri UMporNO yang bijak pandai.
BalasPadam"Betul tu... kerajaan kita memang bijak mengurus negara" kata seorang penyokong UMporNO.
"Kalau harga minyak naik, kita hendaklah berjimat cermat contohnya menggunakan kenderaan awam atau menaiki basikal ke pejabat." Kata seorang menteri UMNO sambil melambai-lambai tangan daripada Mercedes Benznya.
KALAU HARGA BARANG TURUN BERMAKNA BN KENA TUKAR PARTI PKR, DAP ATAU PAS
BalasPadamtak sabar rasanya nak tunggu RON95 naik sampai jadi RM2.50 seliter..
BalasPadamdulu kete aku guna RON97, tapi bila dah jadi RM2.90 seliter habis duit gaji aku RM500 sebulan bayar minyak je. apapun impian aku bagi kerjaan BN ni ialah seperti berikut :
gula sekilo : RM3.00
tepung gandum sekilo RM3.00
RON95 seliter RM2.50
RON97 seliter RM3.00
Minyak masak plastik seliter : RM3.00
secara automatik susu tepung Dumex anak aku akan naik jadi RM20 bagi pek 650gram
Susu pekat jadi RM3.00 setin sederhana. dan lain2 lagi..
masa2 pakat ramai2 kita g keje naik basikal.
tahniah kerajaan BN
( selagi ada BN selagi tu ada judi dan maksiat )
Apa pun yang berlaku di bawah pemerintahan UMNO BN, penjilatnya akan tetap menjilat selahap-lahapnya, terutama bloggers UMNO.
BalasPadamJijik aku tengok org yg takde hati perut macam ni.
Dari segi ekonomi rumah tangga ini jumlah yg kecil saja dan boleh di atasi.Caranya, kurangkan sedikit pembelian gula bulanan kita,misalnya dari 5 kg kepada 4.5 kg.Tak banyak mana juga hilang manisnya. Kalau kita buat begini,kita juga dapat memberi kesan kepada pemonopoli peborong gula Pak Syed kroni Umno.Kalau Pak Syed kurang untung,kuranglah jumlah yg akan di beri kepada tabung Umno.
BalasPadamKenaikan haga gula mungkin di rasakan sebagai beban kepada kita ,namun kita kena bijak,beban tersebut kita jadikan kebaikan kepada kita dan beban pula kepada musuh kita.
Kenaikan harga gula tak dirasakan sangat oleh pemimpin UMNO sebab mereka tak berapa minum teh-o kopi-o air sirap ni semua. Diorang cuma minum air pening-pening tu je.
BalasPadamdah cakap banyak kali bn tu barang naik ....tak kan tak reti2 lg....
BalasPadamtapi org umno suke lerrrr...beli dgn harge murah...klau tak takkan sokong bagai nk rak...ttak gitu kiteeee....
lg satu harge gule dinegara WANGmesia nihh masih yg termurah klau dibandingkan dgn amerika britain ,norway dan negara2 eropah yg lain....
Bagus le naik, pokcik&mokcik d felda tak kesah, petrol naik = guna minyak sawit je,gula naik = pakat tanam tebu, ayam naik pakat = bela ikan keli, tol naik pakai = jalang lame je...pakoh..jangang dok pakoh..KE GUANE..?
BalasPadamBarang Naik,sape yang susah???patut ler slogan RAKYAT DIDAHULUKAN....bijak2.
BalasPadamselaras je..bukannya 5 laras..ternganga orang kampong yang setia kpd lambang dacing purba..
BalasPadam