script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Kes Tanah Runtuh, Dua Belas Terbunuh, Sembilan 'Berjaya Di Selamatkan' Dan Empat Lagi Mangsa Masih Hilang Serta Tertimbus Setakat Ini

KAJANG, 22 Mei - Sebanyak 12 mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Sebanyak empat mangsa lagi masih tertimbus dalam runtuhan itu setakat ini. Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Dalam insiden malang itu, sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa. Tambahnya, kesemua penghuni rumah tersebut adalah lelaki.

[Sementara itu seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat dikeluarkan dengan selamat. Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam tadi. Dalam pada itu seorang lagi mangsa tanah runtuh terbabit dipercayai telah meninggal dunia di Hospital Ampang malam tadi. Kami sekali lagi mengucapkan salam takziah buat semua yang terlibat dan terselamat dalam insiden yang mengerikan ini hendaknya].

Share:

2 ulasan:

  1. Sepatutnya rumah kediaman anwar yang runtuh, biar dia sedar sikit bahawa hidup ini bukan dia yang menentukan.

    BalasPadam
  2. tak lama lagi lah tuu...tunggu jer

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.