script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lawyers For Liberty, Keputusan Hakim Menerima Bulat-Bulat 'Segala Bukti' Pendakwaraya Sungguh Memalukan Dan Tidak Ada Kreadibiliti Langsung!

SHAH ALAM 16 Mei - Keputusan hakim Mahkamah Tinggi menerima bulat-bulat segala bukti pendakwaraya menzahirkan bahawa perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah “memalukan dan tidak mempunyai kredibliti langsung,” kata sekumpulan peguam hari ini . Pertubuhan Lawyers for Liberty (LFL) atau Peguam Untuk Kebebasan hari ini berkata keputusan hakim Mohamad Zaibidin Mohamad Diah menyifatkan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebagai seorang berwibawa yang memberi keterangan benar sebagai tidak masuk akal. Saiful jelas “memberikan keterangan yang mencurigakan, malah mengadakan hubungan sulit dengan seorang daripada pendakwaraya dalam kes ini,” kata LFL dalam satu kenyataan. “Malah beliau mengaku berjumpa dengan pengawai kanan polis dan pimpinan Umno termasuk Perdana Menteri Najib Razak sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. Bukankah ini saja cukup untuk mencurigainya keterangannya,” tambah LFL. Pertubuhan itu yang dianggotai oleh ramai peguam aktivis juga merujuk kepada laporan pemeriksaan awal doktor ke atas Saiful yang mendapati tidak ada sebarang tanda-tanda tusukan pada dubur beliau yang menunjukkan dirinya diliwat. “Hanya di Malaysia, laporan perubatan sebegini akan ditolak. Sebaliknya yang digunakan (oleh hakim) adalah keterangan doktor yang memberi keterangan bercanggah semata-mata untuk mensabitkan Anwar Ibrahim,’ tambah kenyataan itu lagi.


LFL berkata sejak dari permulaan kes, peguambela Anwar dikekang oleh pendakwaraya dan hakim sendiri bagi mendapatkan dokumen-dokumen penting bagi menyediakan pembelaan yang tuntas. Perbicaraan Anwar sekali lagi menunjukkan bagaimana badan kehakiman, Polis, Pejabat Peguam Negara dan agensi berkaitan bersekongkol untuk memastikan Anwar disabitkan atas tuduhan fitnah. “Jika kes ini tidak membabitkan Anwar atau pun jika beliau di dakwa di mana-mana negara lain yang mempunyai sistem perundangan berwibawa, kes ini telah lama dibuang. Pihak yang mendalangi konspirasi pertuduhan sedemikian pula akan menerima padah mereka di mahkamah, kata LFL. “Perbicaraan memalukan ini dan taktik jijik lain terhadap Anwar termasuk penggunan video lucah fitnah bertujuan mengekang penyertaan Anwar dalam pilihanraya umum akan datang,” tambah kenyataan itu. “Kes Anwar sekali lagi menzahirkan azam Umno-BN untuk berbuat apa sahaja bagi menghancurkan musuh politik utamanya iaitu Anwar dan Pakatan Rakyat walaupun ia membawa kepada kemusnahan negara dan sistem undang-undang negara,” tambah LFL. tvsnews

[Apabila hukum dan undang-undang dipermainkan, maka akhirnya rakyat akan mentertawakan apa yang dilakukan oleh hakim-hakim kita. Amatlah tidak masuk dek akal, seorang individu seperti Saiful dikhabarkan saksi yang berwibawa. Sedangkan berbagai fakta bercanggah yang sering dikeluarkan oleh Saiful sendiri dan saksi-saksi yang dipanggil ke mahkamah ketika prosiding perbicaraan dijalankan. Malahan, banyak kemusykilan yang masih belum terjawab sebenarnya. Misalnya, laporan perubatan Hospital Pusrawi tidak dirujuk malahan doktor terbabit juga tidak dipanggil sebagai saksi utama. Sedangkan beliau adalah orang terawal yang memeriksa Saiful ketika kejadian. Semua ini menggundang seribu persoalan dan kemusykilan yang mencetuskan kontroversi sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa Hakim begitu "bangang" mengatakan Saiful saksi berwibawa sedangkan perjalanan kes sendiri penuh dengan kekalutan. Apakah rakyat boleh terima hukuman yang bakal dibuat ini?].
Share:

19 ulasan:

  1. LFL la pulak dimintak membela, dah puak pas tak mampu nak back up. LFL tu sebenarnya cuma boneka dan memang dianggotai oleh kaki belit semuanya. Paling paling pun carilah alasan teknikal kes.......sudah sudah la tuu.....!

    sebaiknya mintak ustaz ustz pas tarbiah je nuar tu, ajak bertaubat sebelum terlambat....skrg jam dah lebih 12, si nuar juburin masih lom tidor mikirkan helah seterusnya...

    BalasPadam
  2. APA YANG TERKANDUNG DI DALAM AL QURAN TIDAK MAHU DIJADIKAN TELADAN. ORANG YANG BERKUASA DIBIARKAN BERKUASA SEHINGGA MEREKA MERASAKAN TIADA YANG BOLEH MENGHALANG MEREKA. ITULAH YANG TERJADI KEPADA FIRAUN DAN NAMRUD. BILA KEADAAN DAH TERSANGAT MELAMPAU BARULAH ALLAH SWT MENGHUKUM MEREKA SEHINGGA TIADA SEORANG PUN YANG DAPAT MENOLONG MEREKA LAGI. BERTAUBATLAH UMNO.

    BalasPadam
  3. Anon 12:09:00 AM,
    Bravo! Aku sokong ko 1000%!

    BalasPadam
  4. heran aku. hakim suruh bela diri, bukan suruh pegi sungai buluh. jgn buat tindakan bodoh dgn mempertikai hakim. asal hakim tidak memihak pd ko, hakim x adil. bila hakim memihak ko, "inilah sistem keadilan yg sepatutnya di msia". ko ingat hakim suka2 buat keputusan bela diri tu? hujah pendakwa tiada kredibeliti ke? keterangan pakar tiada kredibeliti ke? siapa yg berbohong sebenarnya. ketua peguambela sebenarnya tahu siapa berbohong. paling pembelit adalah ketua peguambela. dialah kepala penyangak yg menyebabkan berjuta duit rakyat dibazirkan kerana kes anwar ini. dia tahu, tp kerana bayaran guaman, diapun dh terpusing. aku bukan peduli sgt pasal najib-anwar ni, tp dh cukup bosan kes ini menyebabkan keharmonian hidup banyak terjejas. buat pdo, dh setel ke kes saman saiful yg tuduh korang pemfitnah dulu?

    BalasPadam
  5. Dalam kes ini sekurang-kurangnya ada 2 (dua) fakta yang tidak boleh disangkal atau dinafikan.

    Fakta Pertama: Pasukan pembelaan memang tahu (TAHU) dan sedar siapa yang berbohong. Tapi demi kerana kepentingan-kepentingan tertentu mereka sanggup menjadi raja pembelit dan menafikan kebenaran.

    Fakta Kedua: Individu atau pihak-pihak yang mempertikaikan keputusan hakim itu adalah makhluk manusia yang paling tidak bertanggungjawab dan sebacul-bacul diulang, SEBACUL-BACUL manusia.

    BalasPadam
  6. Nak tambah fakta kepada Anon di atas.
    Ini fakta yang lagilah tak dapat disangkal: Di mata rakyat, Anwar kini tak lebih daripada seorang selebriti murahan yang sudah kehilangan dan ketirisan populariti.

    BalasPadam
  7. woi anon kat atas tu..mu rasa sistem kehakiman kita ni adil ker..cube2 pikir kes2 yang lain tu..buat sikit research..anak pak menteri kroni2 umngok wpon ade kes last2 senyap..korang tak pikir ker..tgk kes scandal bill clinton..tup2 kene tindakan..tp kat malaysia tak berlaku.tak de ape yang pelik kat malaysia..ni yang membuatkan rakyat tak percaya..correct correct correct

    BalasPadam
  8. Anon 10.35, kau rasa hakim tu tak pergi sekolah ya, tak cukup bijak nak buat keputusan berdasarkan bukti sahih, jujur dan telus, aku cadangkan cuba kau mohon kerja jadi hakim, boleh diterima tak?

    BalasPadam
  9. jangan jadi bodoh piang,
    hakim dibawah kuasa menteri,menteri dibawah PM.
    bila ada kes yang boleh menjejaskan kedudukan mereka ingat mereka akan biar begitu saja tampa mengarahkan pehak kehakiman membuat sesuatu untok memihak kepada mereka.
    kalau kamu orang sebagai bos takan nak biarkan orang bawahan kamu orang cuba menggugatkan kedudukan kamu sebagai bos,itu pun tak boleh pikiar ka...jangan cuba nak kelentong ingat semua orang bodoh macam kamu orang ka....,melainkan hakim dibawah kuasa yang dipertuan agong ketika itu puak2 pemimpin umporno tidak ada kuasa untok mengarah tok2 hakim kat malaysia ini.

    BalasPadam
  10. Tak payah nak bergaduh lagi, kita serahkan saja kepada Allah yang maha esa. Yang benar, tetap benar, Tuhan akan tunjuk di atas mukabumi ni lagi!

    BalasPadam
  11. Kepada para pelahap najis dan kahak pekat Anwar: Kenapa tak nak set lagi solat hajat bebanyak biar lebih jelas bukti Tuhan tunjukkan? Dah bosan ke? Atau lu orang takut...bimbang UMNO/BN 'berkonspirasi' dengan Tuhan. Atau lu orang takut Tuhan tidak adil?

    BalasPadam
  12. ooi anom . ko ckp pandai tapi otak bodoh. agaknya tahap darjah satu agaknya. kajian sikit lah bro bodoh. hakim sorang ni memamg bangang. tapi ko lagi bangang. tak ada ilmu, baiklah kerja angkat tong taik lah

    BalasPadam
  13. Untuk anon2 diatas : Sistem kehakiman di Malaysia memang dah rosak teruk sejak zaman Mahathir / Maha Firaun lagi. Untuk mendapat keadilan sewajarnya kembali lah kepada Alquran. Bawa ke Mahkamah Syariah. Tapi kenapa puak2 ni takut sangat bila sebut Mahkamah Syariah? Jadi fikir2 kah lah.

    BalasPadam
  14. Tahniah kepada Hakim Zabidin dengan keputusannya mengarahkah DSAI membela diri. Ini akan memberi peluang seluas2nya untuk peguam2 bela DSAI mengheret Najib, Rosmah, Mumtaz, Musa Hasan dan Gani Patail ke muka pengadilan. Tindakan Hakim Zabidin juga menyebabkan Najib dan Rosmah terpaksa lari mencari ketenangan di Arab SAudi. Keputusan Hakim Zabidin merupakan bom jangka buat Najib dan kuncu2 tegarnya.

    BalasPadam
  15. Kepada para pelahap najis dan kahak pekat Anwar: Kenapa tak nak set lagi solat hajat bebanyak biar lebih jelas bukti Tuhan tunjukkan? Dah bosan ke? Atau lu orang takut...bimbang UMNO/BN 'berkonspirasi' dengan Tuhan. Atau lu orang takut Tuhan tidak adil?

    BalasPadam
  16. Kepada UMNOpurno kafir lahanatullah. kamu UMNOpurno patut digelar kafir. Kalau kamu seorang ISLAM kamu tak akan melakukan atau melontarkan perkataan yang biadap terhadap saudara islam kamu. Kamu kafir lahanat akan akan mendapat balasan yang setimpalnya dari ALLAH. Amin..

    BalasPadam
  17. yea yea...nuar kaki liwat

    BalasPadam
  18. Kekadang saya terfikir juga kalaulah DSAI tu bukan sesiapa atau pun org biasa macam kita adakah dia akan dituduh dgn berbagai tuduhan sebegitu.?..mungkin tidak.

    BalasPadam
  19. org biasa takder angan angan nak mimpin umat!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tiada Perancangan Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Untuk Memberi Laluan Kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Setakat Ini

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tiada perancangan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.