script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Gara-Gara Papar Berita Sampah, Akhirnya Saham Utusan Di Bursa Malaysia Alami Kerugian RM6.893 Bagi Suku Pertama Berakhir 31 Mac 2011!

SHAH ALAM 19 Mei - Gara-gara memaparkan bahan lucah dan cerita sampah yang hanya sesuai dibaca oleh "binatang" (foto), akhirnya saham Utusan Melayu (M) Bhd mengalami kerugian sebanyak RM6.893 juta untuk suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2011. Itu makluman terbaru yang diterima dari Bursa Malaysia hari ini. Kejatuhan saham utusan sememangnya telah dijangka oleh seluruh rakyat Malaysia. Tambahan pula, akhbar terbabit masih menjadi "tali barut" kerajaan UMNO BN untuk menyebarkan dakyah-dakyah songsang kepada rakyat. Anehnya pihak Utusan mendakwa kerugian itu disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus. Ia berkata perolehan bagaimana pun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya. Itu alasan orang yang sudah tiada idea, walhal sebenarnya pembaca akhbar terbabit semakin menyusut dari masa ke semasa akibat kebiadapan laporan yang dikeluarkan oleh akhbar itu mutakhir ini. Malah, Utusan bukan sahaja menyajikan berita fitnah malah sanggup pula menyajikan bahan lucah berunsur seks buat tatapan rakyat Malaysia. Makanya kejatuhan saham Utusan diharap menjadi pengajaran buat pihak terbabit agar lebih profesional dalam memaparkan berita mereka. Usahlah menjadi akhbar sampah yang hanya sesuai untuk dijadikan bahan alas tempat duduk semata-mata. Utusan perlu mengambil ikhtibar dengan senario ini, dikala semua saham akhbar lain meningkat mendadak sekarang. Mereka perlu lakukan perubahan jika ingin terus kekal berwibawa di negara ini.

[Utusan Malaysia harus benar-benar jadi penyebar fikiran rakyat jika mahu terus kekal relevan sebenarnya. Jika apa yang disajikan hari ini dijadikan alasan, sememangnya kreadibiliti Utusan lebih teruk daripada akhbar tabloid mingguan yang terdapat di negara ini. Mana pergi profesionalisme mereka selama ini. Malah, berita yang dipaparkan lebih teruk dari akhbar Mingguan Misteri, Warta Perdana, Bacaria dan yang lainnya. Terkadang kasihan kita melihat sahabat-sahabat dan saudara mara kita yang kini bertugas dengan akhbar terbabit. Mereka kini merasa malu untuk menceritakan tempar kerja mereka jika ditanya oleh rakan-rakan yang lain. Ini semua kerana merasakan akhbar itu sendiri telah merosakkan imej mereka. Paparan berita fitnah dan seks yang keterlaluan bakal menjanamkan terus Utusan Malaysia dari hati rakyat pada masa yang akan datang. Apakah ini yang dimahukan oleh utusan itu agaknya?].
Share:

14 ulasan:

  1. Sebenarnya penjualan akhbar Utusan Malaysia jauh lebih rendah seperti yang didakwa. Sebagai cara untuk menunjukkan akhbar itu laku dan ramai pembaca kebanyakkan ia dilonggokkan secara percuma di sekolah-sekolah dan institusi tertentu dengan tujuan mengkaburi masyarakat kononnya akbar tersebut ramai pembeli dan pembaca. Kalau tidak percaya pergilah lihat dekat sekolah-sekolah berhampiran....

    BalasPadam
  2. utusan fitnah ..sudah dibawar cash didunia lagi..

    BalasPadam
  3. berita sonsang yang menjadi tarikan kepada mereka yang sonsang..

    BalasPadam
  4. buku doremon lagi laku dari utusan meloya neh

    BalasPadam
  5. taka ada kerja haram yg menguntungkan bahkan mengundang bala dan celaka .Inilah akibat berbohong menabur dakyah adudomba dan fitnah.Utusan akan lenyap lepas PRU13.Dosa menipu utusan dimakan jadi rezki oleh kakitangan utusan menjadikan ianya haram dan jelek. sabda nabi seketul daging yg tumbuh dari hasil yg haram maka haram masuk syurga.(kecuali dia bertaubat).mudaha mudahan puak 2 ni akan insaf dan menerima hukuman 13 tahun menghina Anwar.

    BalasPadam
  6. koi klau utusan la,bagi percuma pun koi xandak awok eh!boleh sakit jiwa di buatnya

    BalasPadam
  7. Kalau Utusan Malaysia naik harga hingga Rm3 pun rakyat Malaysia masih nak beli. Yang paling banyak beli dan baca Utusan Malaysia adalah ahli-ahli PKR dan pencacai tegar Anwar sendiri.
    Kenapa?
    Kerana hanya melalui utusan Malaysia mereka mendapat maklumat dan benar dan tepat tentang keburukan dan salah laku Anwar. kalau nak harapkan Suara Keadilan atau harakah, PANNDIKUTTY semua tentang Anwar adalah baik dan manis hatta najis, air kencing dan kahak pekar Anwar adalah harum dan berkhasiat!

    Ada bantahan?

    BalasPadam
  8. Kepada Anos 7:49 di atas. Saya rasa awak merupakan spesis umno yang paling dangkal pemikiran dan bodoh. Buat pengetahuan awak saya bukan ahli PKR, PAS ataupun DAP tetapi saya tidak membaca dan mempercayai Utusan Malaysia kerana ia cuba membodohkan orang melayu dengan gaya pemberitaan yang meloyakan. Sekarang saya tidak membeli Utusan Malaysia bahkan saya mengharamkannya masuk dalam rumah saya sekalipun sebagai bungkusan nasi lemak atau pengesat tahi kucing. Bagi saya utusan hanya layak dibaca bagi orang bodoh seperti awak..... (maaf)

    BalasPadam
  9. Betul-betul....saya sangat bersetuju dengan San.

    BalasPadam
  10. Betul sangat.... utusan malaysia hanya layak dibaca oleh spesis umno yang bodoh. Orang PKR beli dan baca Utusan ?????. Saya harap anos 7:49 perlu pergi hospital dan suruh doktor periksa otak kerana sedara telah hilang rasional membuat andaian dan kenyataan yang tidak logik.

    BalasPadam
  11. Kepada para pengampu dan pencacai anwar:
    Masa untuk bermimpi memang sentiasa ada.
    Maka teruskanlah bermimpi.

    BalasPadam
  12. Marah nampak anos 10:00am. Sebab itulah kalau nak hantar comment biarlah mengunakan analisis yang logik dan bukan berdasarkan andaian macam orang bodoh. Sebab itulah pelbagaikan bahan bacaan dan jangan berdasarkan semata-mata maklumat dalam utusan saje. Selamat membaca

    BalasPadam
  13. Kau orang semua tak baca utusan tapi macamana tahu utusan asyik membuat fitnah kat pemimpin kau orang semua, ni yang musykil.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.