script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Perintah Bela Diri Kes Liwat Si Saiful, Ketua Umum PKR Lahirkan Rasa Terkejut Kerana Hakim Zabidin Jatuhkan Hukuman Terlalu Awal !

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) yang diperintahkan untuk membela diri dalam kes fitnah II semalam melahirkan rasa terkejut kerana hakim telah menjatuhkan hukuman awal. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, hakim Datuk Mohd Zabidin seolah-olah terikat dengan hujah pendakwaan. “Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata beliau kepada pemberita di perkarangan mahkamah selepas selesai mendengar keputusan hakim. Hakim Mohd Zabidin semalam berkata, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Anwar telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”. Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya. Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara. “Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas,” katanya yang juga ketua pembangkang di parlimen. Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful. Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat di peringkat untuk bela diri.

[Bukan sahaja Anwar selaku yang tertuduh terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh hakim ini. Malahan seluruh pengamal undang-undang dunia pasti akan mentertawakan amalan undang-undang rimba yang terus diamalkan di Malaysia hari ini. Mahkamah gagal memanggil saksi-saksi yang relevan seperti Dr.Osman (Pusrawi) dan pemilik kondominium yang dikatakan menjadi lokasi kejadian. Soalnya, jika perbicaraan ini telus kenapa kedua individu penting seperti itu tidak dipanggil menjadi saksi ke mahkamah?. Inilah yang menimbulkan keraguan sebenarnya. Mahkamah hanya menjatuhkan pertuduhan berasaskan kepada DNA yang diambil daripada tuala good morning, berus gigi dan air mineral yang dibekalkan kepada Anwar ketika dia ditahan lokap selepas kes ini dibongkarakan dulu. Jika inilah caranya undang-undang, maka selepa ini pasti ramai rakyat Malaysia yang akan menjadi mangsa kekejaman kerajaan UMNO BN ini sebenarnya. Oleh itu, marilah kita melakukan perubahan mulai sekarang!!].
Share:

14 ulasan:

  1. Kita serahkan saja kepada Allah yang maha esa. Kalau kita berada dipihak yang benar, insyaalah Tuhan akan tolong kita.

    BalasPadam
  2. Doa orang yang teraniaya, insyaalah Tuhan akan makbulkan.

    BalasPadam
  3. ...yang teraniaya sebenarnya ialah kertas kertas tisu yang hancur berselipit dikeliling batang nuar tu....kesian tisu..

    BalasPadam
  4. Hahahahaha....kesian kertas tisu tu ye tak fasal-fasal jadi mangsa....

    BalasPadam
  5. Kepada para pelahap najis dan kahak pekat Anwar: Kenapa tak nak set lagi solat hajat bebanyak biar lebih jelas bukti Tuhan tunjukkan? Dah bosan ke? Atau lu orang takut...bimbang UMNO/BN 'berkonspirasi' dengan Tuhan. Atau lu orang takut Tuhan tidak adil?

    Jawab jangan tak jawab...

    BalasPadam
  6. HANYA ALLAH YG AMAT MENGETAHUINYA...SESUNGGUHNYA PEMFITNAH2 INI PASTI AKAN DI HUKUM ALLAH TERMASUKLAH PENYOKONG2 UMNO FASIK....TUNGGULAH KEDATANGANNYA JANJI2 ALLAH ITU... INI ADALAH SEMATA2 FITNAH YG SUDAH PUN NABI SEBUT BAHAWASANYA FITNAH2 AKAN MELANDA UMATKU DI AKHIR ZAMAN...SUDAH PUN TERANG LAGI BERSULOH KATA2 NABI ITU...TUNGGULAH PELAHAB2 FASIK UMNO

    BalasPadam
  7. bersabarlah dato seri annuar....sesungguhnya kebenaran itu pasti akan datang marilah kita sama2 berdoa supaya penyokong2 umno yg fasik ini dipanjangkan umur supaya mereka dapat melihat kebenaran yg nyata,setiap apa yg mereka sokong itu pasti akan di soalkan di hadapan ALLAH nanti.....

    BalasPadam
  8. anon;424 aku rasa ko salahlah bro..penyokong2 umno dlm blog ni sebenarnya adalah kafir lahanat sebenarnya,tiada satu pun artikal2 diorang ni menunjukan diorang ni orang islam,klau islam pun islam munafik,diorang ni klau mati,terus masuk neraka jahanam je,hidup buat dosa mati masuk neraka tempatnya..

    BalasPadam
  9. susah nak cari org umno yg benar2 beriman..yang beriman pun geng cari makan...yg lain2 tu akhlak serupa abu jahal;

    BalasPadam
  10. Dgn atau tanpa Anuar PRU13 menjadi titik tolak terakhir buat BN.

    BalasPadam
  11. Kontroversi: Perintah Bela Diri Kes Liwat Si Saiful, Ketua Umum PKR Lahirkan Rasa Terkejut Kerana Hakim Zabidin Jatuhkan Hukuman Terlalu Awal !-hakim 1 malaysia!!

    BalasPadam
  12. aku berani bet......nuar memang ke dalam..huahuahua

    BalasPadam
  13. saorg yg membuat sumpah laknat seprti saiful adalah org fasik yg tak bolih menjadi saksi dan wali,tapi tidak pd mahkamah dunia, Walaupun Anwar di penjara waima di bunuh sekalipun rancangan kaputrajaya tak pernah hilang,
    Awas PRU13,walaupun diadakan esok lusa bulan depan tahun depan aku dah bertekad untuk menghantar BN keneraka.
    Kalau berani aku minta pencacai BN tlg beritahu Najib utk bubarkan Parlimen.
    Ada berani?

    BalasPadam
  14. hehehe...ada hati nak ke putrajaya pulak tuuu....geli teman dengornye. Lu cermin lah diri dulu, lu kira la kerusi dulu, lu kiralah berapa penyokong parti jubur tu dulu ada berapa kerat....ciss!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.