BERA, 9 Mei - Dewan Ulamak PAS Pahang mendapat ketua yang baru apabila Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang sesi lalu, Ustaz Moktar Senik (foto), dipilih dengan undi majoriti dalam pertandingan empat penjuru. Dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pahang di Darul Hikmah Kerdau semalam, Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulamak PAS Pusat sejak tahun 2009 menang menggantikan ketuanya Ustaz Abu Kasim Manaf yang sebelum ini memegang jawatan berkenaan sejak 1999. Mokhtar mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 42 undi berbanding Abu Kasim, (31), Mohd Baki Osman (2) dan Mohd Nafiri Toazi (1). Naib Ketua sebelum ini, Ustaz Nafiri Toazi dipilih sebagai Timbalan Ketua dan Ustaz Arifin Abdullah menang sebagai Naib Ketua dewan tersebut. Nafiri ialah Ketua Urusan Ulamak (KUU) Kuala Krau sementara Arifin merupakan KUU PAS Temerloh. Muktamar dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan dihadiri lebih 100 perwakilan dari seluruh Pahang. Dalam pertandingan secara pencalonan terbuka pada pada waktu muktamar itu, 10 AJK muka lama kekal iaitu Ahmad Nazmi Abdul Rahim, Mohd Redha, Jauhari ishak, Zakaria Omar, Fadhli Ibrahim, Zakaria Khalid, Khairul Azmi Ismail, Zakaria Da, Zaid Daud dan Che Zuhar Haron. Tujuh orang AJK akan dipilih kemudian. selamatkanpahang
[Pahang Daily Online mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ustaz Mokhtar Senik atas kejayaan ini. Semoga perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di bumi Pahang ini akan lebih bersemarak lagi dengan perubahan kepimpinan yang berlaku ini. Perjuangan untuk mengambil alih kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang harus menjadi fokus utama sekarang, tambahan pula menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Semoga PAS akan berjaya membawa kesedaran agama yang lebih tinggi kepada umat Islam di negeri ini hendaknya. Ustaz Mokhtar Senik memang amat disegani oleh kawan serta lawan sejak sekian lama].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan