KUALA LUMPUR 24 Mei - Mahkamah Rayuan semalam
menolak permohonan ahli parlimen Batu, Tian Chua (foto) untuk merayu hukuman
denda sebanyak RM2,000 atas kesalahan menghalang tugas polis yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini. Peguamnya
Amer Hamzah Arshad bagaimanapun berkata, Tian Chua yang juga
Naib Presiden PKR masi
h kekal sebagai Ahli Parlimen walaupun hukuman dan denda berkenaan dikekalkan oleh mahkamah rayuan. Bercakap kepada pemberita, Amer Hamzah berkata, status Tian Chua itu adalah berdasarkan keputusan
Mahkamah Tinggi pada Jun tahun lalu bahawa mahkamah tidak mahu satu pilihan raya kecil berlaku
. Mahkamah Rayuan menolak permohonan Tian Chua secara sebulat suara memandangkan notis itu lewat difailkan. Sebelum itu, mahkamah turut menerima bantahan daripada pendakwaan yang diketuai timbalan pendakwa raya
Mohd Hanafiah Zakaria dan
Ishak Mohd Yusof. Hakim Mahkamah Rayuan
Datuk Balia Yusuf Wahi ketika membacakan keputusan itu berkata, rayuan berkenaan ditolak kerana proses memfailkan rayuan itu dijalankan secara
"tidak cekap" Jelasnya,
Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos lalu telah membenarkan permohonan untuk mendengar hujah bagi rayuan tersebut. Bagaimanapun, pemohon berkenaan tidak memfailkan notis rayuan itu di pendaftar yang sepatutnya pada 6 September, 2010, kata Balia Yusuf lagi.
"Apabila diberitahu berhubung kesilapan itu oleh pendaftar mahkamah pada 5 Oktober, 2010, meraka memfailkan permohonan itu pada keesokan harinya," katanya.
[Dalam pada itu Tian Chua hari ini menegaskan beliau kekal sebagai ahli parlimen walaupun Mahkamah Rayuan menolak permohonan beliau. Tian menyatakan permohonan beliau di Mahkamah Rayuan itu langsung tidak menyentuh status beliau kerana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha sebelum ini adalah jelas dan bersandarkan autoritinya untuk mengelakkan pilihan raya kecil berlaku dan status ahli parlimennya dilucut. "Apa yang hakim Mahkamah (Tinggi) lakukan (sebelum ini) ialah kurangkan denda RM 3000 kepada RM 2000 dan tolak 6 bulan penjara dengan berikan tulisan bahawa niat beliau ialah untuk tidak adakan pilihan raya kecil kerana ikut pemahaman beliau hukuman (lucut status) adalah RM 2000 ke atas," kata Tian Chua di Ibu Pejabat PKR hari ini].
dia ni bukan setakat tak layak jadi mp, malahan tak layak jadi manusia....suruh dia buat sindiket edar tisu sudahla..
BalasPadambapa ayam.........hahahaha
BalasPadamdan ayam-ayam...
BalasPadamkekekekekeke....kiki..kiki...kiki...