script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Modus Operandi 'Sama', Selepas Kes Pejabat Dato' Fauzi Serta PAS Pahang Di Ceroboh Kini Isu Yang Serupa Berlaku Terhadap ADUN Kuala Semantan

TEMERLOH, 13 Mei - Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan, masuk kali ini ia adalah kali ketiga pejabat pemimpin Pakatan Rakyat di Pahang telah diceroboh dengan menggunakan modus operandi yang sama oleh penjenayah. Hujung tahun lalu pejabat Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi PKR Pahang di Bukit Sekilau, Kuantan telah diceroboh. Kemudian diikuti Pejabat Perhubungan PAS Pahang di Jalan Dato' Bahaman dekat sini. Terbaru semalam, ialah Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuala Semantan iaitu YB Syed Hamid Syed Mohamad (foto). Difahamkan kejadian yang berlaku kepada pejabat ADUN itu yang terletak di Damai Court mula disedari sekitar tengahari oleh Pengarah MTD Kuala Semantan, Ahmad Zuber Omar. Persoalannya, kenapa cara dan kaedah yang sama digunakan oleh penceroboh terhadap ketiga-tiga pejabat terbabit?. Siapakah mereka dan kenapa pihak polis masih gagal mengesankan kejadian pertama dan kedua sebelum ini?. Penceroboh dipercayai memecahkan atap genting dan masuk melalui siling di tingkat atas pejabat berkenaan dan kemudian menggeledah di tempat yang seolah-olah diketahui strategik atau menyimpan maklumat parti. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Apakah ini satu usaha yang dinaungi oleh parti politik tertentu dalam memastikan negeri Pahang tidak jatuh ke tangan pembangkang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang agaknya?.

[Pihak polis seharusnya melakukan siasatan dengan adil dan saksama terhadap kes seperti ini. Mana mungkin berlaku tiga kejadian yang modus operandinya sama kepada tiga lokasi yang bebeza. Malahan penceroboh juga tidak mengambil barang-barang berharga, sebaliknya hanya mahu mendapatkan maklumat strategik parti pembangkang semata-mata. Bukankah ini sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Justeru itu, bolehlah dikatakan bahawa ketiga-tiga kes ini adalah bermotifkan politik dalam usaha pihak-pihak tertentu melemahkan jentera pakatan rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang. Jika ia benar begitu, siapakah penceroboh terbabit?. Apakah mereka itu dibayar untuk melakukan kerja itu atau secara sukarela?. Semua ini kini bermain difikiran rakyat, kerana nampak benar penceroboh berkenaan hanya pakar melalu jalan yang sama iaitu membuka bumbung dan kemudian masuk melalui syiling bangunan terbabit. Agaknya siapakah yang terlibat dan siapa pula yang mengarahkan jenayah ini berlaku?. Persepsi seperti ini mula bermain difikiran rakyat !].
Share:

1 ulasan:

  1. Pecah pejabat pembangkang dan pencerobahan jenayah bukan dilakukan oleh penjenayah. Dia nak cari apa. Bukan ada apa. Bukan ada wang juta2. Jangan jadi bodoh. Fikir positif. Ini pencerobohan oleh oleh SB yang bertungkus lumus cari maklumat untuk disampaikan kepada gerombolan. Semua pejabat pembangkang wajib guna CCTV.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.