script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Memalukan: Ramai "Terkilan" Jabatan Belia Dan Sukan Pahang Pinggirkan NGO Belia Untuk Kaut Untung Sambutan Hari Belia Negara Di Kuantan!

KUANTAN, 19 Mei - Biar pun sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang sudah pun berakhir pada hujung minggu yang lalu. Namun, kini banyak kedengaran suara-suara "terkilan" berkenaan penganjuran acara berkenaan. Ramai yang tidak berpuas hati dengan sambutan tersebut, tambahan pula bagi NGO-NGO Belia yang khabarnya "dianaktirikan" oleh Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Acara yang diadakan di Padang MPK 2 dekat sini bermula dari 13 hingga 15 Mei lalu jelas sekali dilihat gagal mencapai matlamatnya. Apatah lagi dengan kehadiran orang ramai yang sangat mendukacitakan. Sambutan yang kononnya gah pada nama itu sebenarnya telah memalukan Hari Belia itu sendiri. Difahamkan sambutan dingin orang ramai terhadap program tersebut disebatkan pengisiannya yang bercelaru dan haru-biru. Bayangkan, ada pihak yang telah melawat ke tapak lokasi pada 13 dan 14 Mei untuk menyaksikan acara atau pameran yang diadakan, namun hanya yang ada ialah khemah-khemah kosong yang tidak berpenghuni. Sedangkan hebahan media dibuat kononnya acara berkenaan bermula dari 13 Mei, tapi hakikatnya tiada apa yang boleh disaksikan pada tarikh tersebut. Hanya yang ada beberapa petugas kontrak memasang khemah sahaja yang sedang membuat kerja. Maknya, tarikh yang diwar-warkan program bermula 13-14 Mei adalah tidak benar, kerana acara di padang itu hanya benar-benar wujud pada petang hingga malam 24 Mei dan perasmiannya pada 15 Mei sahaja. Kami cuba menyiasat dan membongkarkan kenapakan Hari Belia itu nampak hambar dan tidak bertenaga langsung. Rupa-rupanya ada banyak rahsia yang tersembunyi dan perlu didedahkan untuk tatapan umum di sini. Ternyata ada pihak yang "menangguk di air yang keruh" dan membolot segalanya untuk kepentingan mereka dan bukannya menjaga kebajikan para NGO belia itu.

Hari Belia Negara Sudah Jadi 'Hari Jabatan Belia'

Ramai yang mungkin terkejut dengan pendedahan ini. Namun hakikatnya perlu ditelan oleh Pengarah dan Kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Pahang sendiri. Ternyata mereka rupanya kemaruk dan tamak untuk "membolot" sumber bajet Hari Belia Negara yang diluluskan oleh pusat. Khabarnya semua kerja dan tugas mengendalikan acara tersebut telah diambil alih oleh kakitangan JBS sendiri. Mereka tidak mengagih-agihkan kepada NGO-NGO Belia yang sepatutnya dipertanggungjawabkan merencana dan melaksanakan program berkenaan. Bayangkan dana sebanyak RM300,000 (Tiga Ratus Ribu) untuk program berkenaan hanya dimonolpoli dan berlegar dikalangan kakitangan jabatan berkenaan semata-mata. Sedangkan NGO belia terpaksa "melopong" dan "berputih mata" tanpa ada sebarang peruntukan atau projek yang diberikan. Mereka melalukan semua tugas yang sepatutnya diagihkan kepada NGO Belia yang terbabit. Ini menyebabkan NGO Belia seolah-olah "macam tunggul", mereka hanya diarahkan membawa seberapa ramai belia dari segenap pelusuk negeri untuk hadir beramai-ramai pada hari perasmian (15 Mei) sahaja. Itu pun peruntukan RM3,000 diagihkan kepada Jabatan Belia Dan Sukan Daerah masing-masing dan bukannya kepada NGO Belia yang berkenaan. Akhirnya banyak kelemahan yang berlaku dan memalukan. Antaranya masalah "jamuan makan rakyat" yang diwar-warkan tidak ada dan berbagai lagi. Malahan perkara ini sendiri telah ditegur oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dalam ucapannya. Kenapa ini terjadi?, Sedangkan wang peruntukkan ratusan ribu mereka sapu, tiba-tiba para beliau yang hadir tidak diberi makan dan minum seperti yang dijanjikan. Hanya para tetamu dan dif jemputan terhormat sahaja yang diberi kemudahan itu. Ini menimbulkan kemarahan sebahagian besar belia yang diarahakan hadir pada hari tersebut sebenarnya.

Acara Hiburan Di Utamakan, Agama Di Pinggirkan

Paling mengejutkan ialah acara sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang kali ini lebih mengutamakan acara hibura semata-mata, sebaliknya acara berbentuk agama dipinggirkan. Jika pada tahun-tahun yang telah sudah, acara seperti Tahlil dan Forum Perdana mendapat tempat kini ia tiada lagi. Hanya yang ada acara Imam Muda, itu pun sekadar melengkapkan jadual dan mahu membolot bajet RM10,000 yang digunakan. Khabarnya acara terbabit diadakan di Hotel Shahzan Inn dan diuruskan juga oleh kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Pahang sendiri. Maknanya mereka membolot semua acara yang disediakan tanpa memberi ruang kepada NGO belia yang sepatutnya mengambil bahagian. Pihak penganjur lebih mengutamakan acara hiburan semata-mata, di mana buktinya mereka tergamak mengadakan acara Battle Of The Band iaitu program yang menghimpunkan kumpulan muzik belia untuk dipertandingkan secara live di pentas utama sambutan tersebut. Acara itu diadakan pada malam 14 Mei 2011 di Padang MPK2 dan disertai oleh band-band belia sekitar daerah Kuantan dan yang berhampiran. Biar pun acara itu jelas bertentangan dengan nilai dan budaya ketimuran apatah lagi keislaman namun ia tetap mendapat tempat utama pada sambutan tersebut. Malah kehadiran Exco Beliau Dan Sukan Pahang, Dato' Wan Adnan Wan Mamat, YB Norul Azali (Presiden Majlis Belia Negeri Pahang) dan YB Zaili Besar (ADUN Panching) jelas sekali menggalakkan lagi acara seperti itu. Malah, Exco terbabit juga difahamkan tanpa segan silu turut menyanyi pada malam itu. Beliau sanggup tunggu dari awal hingga ke akhir untuk menikmati acara sebegitu, sebaliknya acara agama diketepikan. Tidak cukup dengan itu, acara karaoke santai turut diadakan bagi mewarnai program berkenaan. Semuanya disokong pihak penganjur tanpa ada perasaan bersalah langsung. Sedangkan ia jelas bertentangan dengan hala tuju belia itu sendiri.


Inilah pemimpin belia Pahang yang hadir pada malam Battle Of The Band
baru-baru ini, Wan Adnan (kiri), Norul Azali (tengah) dan Zaili Besar (kanan)


Ramai yang terkejut dengan kehadiran pemimpin terbabit dalam program Battle Of The Band itu. Mereka semuanya pemimpin Melayu yang beragama Islam. Sepatutnya sedar bahawa acara itu adalah terkeluar dari lunas-lunas agama apatah lagi nilai budaya Melayu itu sendiri. Namun dek kerana leka dan tidak memahami ke mana hala tuju beliau mahu dibawa, maka tiga pemimpin yang bergelar exco dan wakil rakyat ini sanggup tunggu dari awal hingga ke larut malam semata-mata untuk memeriahkan dan memberi sokongan kepada acara berkenaan. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Apakah ini cara kehidupan belia yang mahu dibawa?. Apakah hiburan itu boleh dijadikan sebagai alat untuk membolehkan beliau itu lebih berwawasan dan diperkasakan agaknya?. Justeru itu, kegiatan seperti ini haruslah dipantau dan dihalang pada program yang sama pada masa akan datang. Ini kerana ia jelas sekali bertentangan dengan lunas-lunas agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri sebenarnya. Adalah lebih elok pentas digunakan untuk membawa kebaikan seperti ceramah motivasi serta program-program yang boleh menyedarkan beliau kepada tanggungjawab sebenar mereka. Usahlah mereka terus dibuai dengan hiburan yang akhirnya menyebabkan mereka terus lesu dan tidak bermaya.

NGO-NGO Belia Dinafikan Hak Oleh Jabatan Belia

Ramai pemimpin beliau yang ditemui merasa kecewa dengan senario yang berlaku. Mereka terkilan kerana Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang gagal memainkan peranan untuk berkerjasama atau membantu NGO Belia mengisi dana masing-masing dengan adanya acara seperti itu. Segalanya dimonopoli oleh kakitangan jabatan terbabit baik dari segi pengurusan acara, persembahan, alat siaraya, aturcara program, penyediaan khemah dan kanopi serta segalanya. NGO Belia hanya hadir sebagai pemerhati dan langsung tidak boleg memainkan peranan untuk bersama-sama menjayakan acara tersebut. Sudahlah Jabatan Belia Dan Sukan Pahang gagal mengadakan Konvensyen Belia peringkat negeri sejak dua tahun yang lalu. Kini mereka pula dinafikan hak untuk bersama-sama dalam program sehebat itu. Apa sudah jadi sebenarnya?. Kenapa ini berlaku dikala belia mahu diperkasakan oleh mereka. Soalnya kenapa peruntukan yang disalurkan oleh pusat terhadap program seperti ini gagal dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu kantung NGO Belia. Tenaga kerja mereka dinafikan, sedangkan hari belia itu sepatutnya untuk belia dan bukannya untuk kakitangan jabatan belia sendiri. Kenapa harus kakitangan jabatan terbabit membolot semua bajet tersebut sesama mereka. Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang, Tuan Rahim Tuan Bahru (foto) perlu menjawab semua ini dengan jujur. Sepatunya Jabatan Belia memberikan peruntukan tersebut untuk diagihkan kepada NGO Belia bagi tujuan perlaksanaannya. Namun aneh, lain pula jadinya. Kakitangan jabatan terbabit pula yang membolot semua peruntukan tersebut. Bukankah ini sungguh memalukan sebenarnya. Malah, difahamkan pihak terbabit hanya menggunakan nama Presiden Majlis Belia Negeri Pahang untuk penganjuran acara tersebut. Mereka berselindung disebalik Majli Belia, tetapi NGO terbabit tidak dapat apa-apa keuntungan hanya sekadar nama bagi lengkapkan mesyuarat semata-mata.

[Terdapat juga sumber mengatakan tindakan Jabatan Belia Dan Sukan membolot segala peruntukan acara tersebut kerana mahu membolehkan kakitangan jabatan terbabit menikmati habuan atas bajet berkenaan. Tambahan pula mereka sudah lama tidak menerima kemudahan "Claim OT". Lantaran itulah peruntukan RM300,000 bagi program tersebut tidak langsung disalurkan kepada NGO Belia, sebaliknya disapu oleh kakitangan jabatan terbabit sendiri. Satu siasatan yang rapi perlulah diadakan bagi mendedahkan siapakah punya angkara semua ini. Mereka jelas telah menyeleweng daripada amanah yang dipertanggungjawabkan. Jika begini keadaannya, sudah pasti belia di negeri Pahang ini akan terus lesu kerana "dibunuh" oleh jabatan yang sepatutnya membantu membangunkan mereka. Kini terserlah, Jabatan Belia Dan Sukan Pahang telah gagal berperanan untuk membangunkan ekonomi dan aktiviti para belia. Lantaran itu mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan, kerana sudah jelas khianat kepada amanah].
Share:

6 ulasan:

  1. Kalau tak buat konsert mana belia nak datang.. ini la kerja Umno sebenarnya.. menyesatkan belia.. malam tu sure ramai beliwanis yg terbarai.. tengok la nanti..

    PDO.. aku cadangkan kau buat satu undian mendesak Najib terima pelawaan Anwar untuk berdebat.. bolehkan bro??

    BalasPadam
  2. ngo belia nak peruntukan?jangan harap la...mereka semua tu dah lama kebulur duit...aku tengok ari tu majlis langsung x meriah...sbbnya belia melayu memang dah layu

    BalasPadam
  3. nyesal kawan dtg jauh semata2 nk bk booth kt karnival hari belia pd 13hb tu. Sampai je booth semua kosong.
    Pg ari sabtu pun serupe mcm jgak. Last2 pegi ari ahad br ade aktiviti. tu pun mcm hampes. mmg hampeh pnye jabatn belia ini.

    BalasPadam
  4. siapa yg patut dipersalahkan jika anak2 dara bunting sebelum kawen, siapa yg patut disalahkan jika bayi2 yg tidak berdosa dibuang dimemerata tempat, siapa yg patut dislahkan jika anak2 gadis lari dari rumah, siapa, siapa, siapa, kerajaan, makbapak, anak-anak, jiran-jiran.

    BalasPadam
  5. Projek Melayu tipu melayu

    BalasPadam
  6. Mohon numpang promosi disini, mana-mana ghodong atau belia nak masuk Kolej Komuniti Temerloh dalam bidang Rekabentuk Perabot( lepasan SPM) , bolehlah kontek kat no koi ni 0195233829 atau 0122723104...kalau ada bakat dalam bolasepak atau futsal, boleh mewakili Kolej Komuniti Temerloh dalam sukan IPT

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.