script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

100 Penyokong Tegar DAP Dan NGO Membantah ADUN Jawi


NIBONG TEBAL - Kira-kira 100 penyokong tegar DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India dan Melayu mengadakan bantahan secara aman terhadap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee yang didakwa gagal membantu rakyat di kawasan itu.

Mereka mendakwa, wakil rakyat DAP itu gagal membantu mereka dalam menyelesaikan pelbagai masalah kebajikan yang diadukan kepadanya.

Menurut jurucakap kumpulan itu, M. Segar Muniandy, pelbagai masalah yang dihadapi rakyat tidak mendapat perhatian walaupun penduduk membuat aduan di pejabatnya di Taman Bukit Panchur di sini.

"Kita memilih dia sebagai wakil rakyat untuk menolong rakyat tetapi dia tidak turun padang membantu rakyat yang menghadapi masalah.

"Dia datang ke pusat khidmatnya itu seminggu sekali dan apabila kita membuat aduan, semuanya tidak dapat selesaikan," katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, sepatutnya tanggungjawab wakil rakyat yang dipilih rakyat adalah mengambil berat masalah yang dihadapi rakyat.

"Apabila kita pergi ke pejabatnya untuk meminta bantuan dia buat tidak layan dan cakap tak ada bantuan.

"Apabila berlaku kematian dia tidak menziarahi keluarga terbabit dan dia juga pandang rendah terhadap penduduk di kawasan kampung dan ladang," katanya.

M. Mathialagan berkata, sikap wakil rakyat itu jelas berbeza dengan bekas wakil rakyat terdahulu iaitu Tan Cheng Liang dan juga bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Beng Huat kerana mereka memahami masalah rakyat dan membantu rakyat.

"Kerana sikap egonya itu, kita kena pilih calon anak tempatan yang boleh membantu kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti," tambahnya.

Katanya, masyarakat India dan Melayu di sini masih ketinggalan dan sewajarnya dalam PRU akan datang, mereka tidak lagi memberikan sokongan kepada wakil rakyat DAP itu. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.