script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pemilihan PKR: Tian Chua Sah Mencabar Azmin Dan Khalid


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  pada pemilihan parti itu Mei ini.
Yakin menerima sokongan padu daripada ahli akar umbi, Tian yang kini penyandang jawatan Naib Presiden PKR menyifatkan beliau mempunyai kelayakan untuk menduduki kerusi nombor dua parti itu.
"Saya menerima sokongan yang baik daripada ahli. Malah saya yakin mempunyai suara yang kuat untuk memajukan parti ini," katanya.
Menerusi pemilihan parti itu Mei ini, Tian bakal menentang penyandang jawatan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.
Turut memberi tentangan bagi jawatan itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut hadir menyerahkan borang pencalonannya.
Seorang lagi nama yang disebut-sebut bakal memberi saingan untuk jawatan Timbalan Presiden ialah, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Ditanya mengenai kemampuannya untuk menentang dua nama besar bagi jawatan tersebut, Tian berkata pengalamannya dalam PKR cukup melayakkannya untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada parti.
"Saya bukan big gun? Sebenarnya saya lebih senior daripada yang lain sejak parti ini ditubuhkan.
"Saya kekal berada dalam kedudukan tertinggi parti sejak awal lagi," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.