script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bekas Ketua Pertahanan Australia Bakal Ketuai Pencarian


PERTH: Bekas ketua pertahanan Australia, Angus Houston akan mengambil alih penyelarasan usaha carian antarabangsa untuk pesawat MH370 yang hilang, menurut satu laporan, Ahad.

Ketua marshal udara bersara itu akan mengetuai pusat penyelarasan agensi bersama yang baharu, yang akan ditubuhkan di Perth bagi menyelaras carian pesawat Boeing 777, lapor Australian Broadcasting Corporation.

Daily Telegraph Sydney berkata Houston bukan sahaja akan mengetuai carian tetapi juga menyelaras hubungan diplomatik dengan rakan kongsi carian di Malaysia, China, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Beliau juga akan memastikan agensi bersama itu menyediakan satu lokasi di mana keluarga kepada 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac itu boleh mendapatkan maklumat, kata akhbar itu.
Turut dilaporkan, perkhidmatan yang akan diberikan kepada keluarga yang kebanyakan daripada mereka adalah dari China, termasuklah maklumat terkini dan bantuan perjalanan seperti perkhidmatan visa, nasihat penginapan, perkhidmatan jurubahasa dan kaunseling.

Laporan bagaimanapun tidak menyebut bila Houston yang merupakan ketua Pasukan Pertahanan Australia dari 2005-2011 dijangka mengambil alih tugas itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Sabtu berkata mengikut protokol antarabangsa, Malaysia akan terus bertanggungjawab bagi operasi mencari tetapi Australia bersedia membantu apa yang sepatutnya.

Pejabat Abbott tidak dapat segera dihubungi untuk mengulas mengenai laporan pelantikan Houston.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia yang setakat ini menyelaraskan usaha carian yang berpangkalan di Perth, enggan mengulas. - AFP
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.