script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MH370: Keluarga Zaharie, Rakan Bidas Laporan Daily Mail


PETALING JAYA: Anak perempuan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah berkata dia tidak akan memaafkan Daily Mail kerana mengada-adakan cerita yang membayangkan bapanya mungkin bertanggungjawab terhadap misteri kehilangan pesawat MH370.

Dalam satu entri di Facebook, Aishah Zaharie berkata, akhbar tabloid British itu harus mempertimbangkan untuk menghasilkan filem kerana mereka begitu bagus dalam mereka cerita dan skrip.

"Semoga Tuhan merahmati roh-roh anda. Saya tidak akan memaafkan anda," tulisnya.

Akhbar tersebut memetik seorang sumber rapat dengan keluarga tersebut sebagai berkata, emosi Kapten Zaharie terganggu kerana masalah rumah tangganya.

Laporan pada Ahad mendakwa, isteri Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa Zaharie tidak bercakap dengannya sebelum dia berlepas pada 8 Mac lalu dan menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik yang menempatkan simulator pesawatnya.

Akhbar British itu turut memetik Aishah sebagai berkata, dia terkejut kerana tidak dapat menerima orang yang menyayanginya bersikap sedemikian.
"Dia bukan seperti bapa yang saya kenali. Beliau seolah-olah terganggu dan hidup dalam dunianya sendiri," kata Aishah.

Dr Mohammad Ghouse Noor, seorang rakan yang rapat dengan Zaharie berkata, akhbar tersebut menyebarkan pembohongan dan berunsur fitnah.
  
Dr Ghouse yang juga moderator laman Facebook, “Friends of Captain Zaharie MH370”  berkata, beliau telah bercakap dengan ahli keluarga terdekat keluarga Zaharie, termasuk anak lelaki Zaharie, yang membidas laporan tersebut.


"Ia satu fitnah, dari mana mereka dapat cerita ini? Itu tidak benar sama sekali. Saya menyeru anda semua untuk bersama-sama berhimpun demi soladiriti
untuk membidas laporan sedemikian, kita mesti menentang sekeras-kerasnya perkara yang tidak masuk akal ini," tulisnya dalam entri Facebook miliknya.
Ketika dihubungi, Dr Ghouse berkata, gambar yang digunakan oleh akhbar tabloid itu bukan ahli keluarga Kapten Zaharie atau isterinya.

"Tiada satupun gambar isterinya. Ini sebenarnya keluarga anak saudara Zaharie dan tiada kaitan dengan Faizah," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.