script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MH370: Keluarga Penumpang China Menuntut "Kebenaran"


PETALING JAYA: Saudara-mara kepada 35 penumpang penerbangan MH370 warga China menuntut 'kebenaran' tentang apa yang berlaku kepada keluarga mereka.

Pada sidang akhbar di hotel Holiday Villa, Ahad, kumpulan saudara-mara penumpang itu membawa sepanduk dan bendera China sebelum memberikan kenyataan tegas.

Mereka menuntut supaya Malaysia Airlines memaklumkan kepada mereka tentang siasatan secara serta-merta dan 'secara bersemuka'.

Kumpulan itu juga menggesa kerajaan Malaysia memohon maaf terhadap maklumat yang bercanggah yang dikeluarkan pada peringkat awal siasatan.

"Dalam sesi taklimat dengan mereka yang dipanggil 'kumpulan peringkat tertinggi' di Beijing, kami tidak diberitahu apa-apa, kata seorang wakil kumpulan.

"Semua soalan-soalan kami tidak dijawab.

"Mereka hanya terus berkata 'kami akan menyiasat' dan mereka akan kembali kepada kami dengan jawapan.

"Sebab itulah kami berada di sini," kata wakil kumpulan tersebut.

Kumpulan itu melaungkan: "Kami mahu bukti, kami mahu kebenaran, kami mahu saudara-mara kami kembali," selama beberapa kali semasa sidang akhbar itu.

Kira-kira 50 ahli keluarga penumpang MH370 warga China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Ahad. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.