KUANTAN - Lebih 1,000 usahawan dan orang awam dijangka menghadiri Mindset 2013 Konvensyen Anjakan Minda Usahawan Melayu yang diadakan selama tiga hari bermula 4 April ini di Wisma Belia, di sini.
Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Datuk Rahman Daud berkata, program dengan kerjasama kerajaan negeri itu akan menghimpunkan usahawan dan orang awam yang ingin menceburi bidang perniagaan daripada pelbagai sektor.
Pelbagai acara akan dilaksanakan pada konvensyen tersebut antaranya seperti pameran, jualan, klinik usahawan dan padanan perniagaan.
Selain itu turut diadakan adalah himpunan usahawan muda, pertandingan kertas kerja rancangan perniagaan, bengkel kemahiran bermasa Kolej Komuniti, forum bicara dan motivasi usahawan," katanya dalam sidang akhbar, di sini kelmarin.
Yang hadir sama Timbalan Yang Dipertua DPMM Pahang, Abdul Wahab Ismail; Naib Yang Dipertua DPMM Pahang, Yusri Yusof dan Setiausaha Kehormat DPMM Pahang, Mokhtar Kasim.
Menurut beliau, Mindset usahawan membawa maksud usahawan yang menggunakan akal kreatif dalam mencapai objektif lebih tinggi.
Justeru, Mindset 2014 ini diharap akan menjadi pencetus kepada semangat usahawan di samping membolehkan penerokaan kepada peluang pelaburan yang inovasi dan dinamik kepada para peserta," katanya.
Tambah beliau, konvensyen ini dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada 4 April di wisma tersebut.
Majlis penutup pula akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin di Hotel M.S Garden pada 6 April.
Pada majlis penutup juga akan diadakan penyerahan resolusi konvensyen Mindset 2014 kepada kerajaan negeri yang diwakili oleh Shahiruddin," katanya. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan