script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Analisis FBI Soal Simulator Juruterbang Siap Tak Lama Lagi


WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan melengkapkan analisis data dari simulator penerbangan yang diambil dari rumah juruterbang pesawat MH370 yang hilang, menurut pengarah agensi dari Amerika Syarikat itu, Rabu.

Pegawai-pegawai dari Malaysia telah meminta FBI untuk membantu mendapatkan kembali fail yang telah dipadam dari cakera keras simulator berkenaan.

Ketua FBI James Comey memberitahu mereka yang berkepentingan bahawa pakar-pakar telah bekerja 'sepanjang 24 jam' untuk menyelesaikan analisis dengan harapan data yang diperolehi boleh menyediakan petunjuk tentang apa yang berlaku kepada penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lalu dengan 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat.

Malaysia "memberi kepercayaan terhadap kemampuan teknikal kami yang melibatkan penggunaan komputer forensik tertentu. Kerja-kerja itu sedang berterusan," Comey memberitahu mesyuarat jawatankuasa kecil Dewan bagi membincangkan anggaran bajet FBI bagi 2015.
"Saya tidak mahu mengatakan lebih lanjut mengenai perkara itu dalam suasana terbuka, tetapi saya berharap ia dapat dilakukan dalam masa tidak lama lagi."

Polis Malaysia mengeluarkan simulator dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah hampir dua minggu lalu, selepas penyiasat berkata mereka percaya Boeing 777 secara sengaja telah mengubah laluan dari laluan asal.

Malaysia pada Isnin mengumumkan terdapat bukti data menunjukkan pesawat terhempas di selatan Lautan Hindi.

Comey tidak menyatakan sama ada hasil analisis akan didedahkan kepada awam. - AFP
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.