script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MH370: Tuntutan Saman "RM4.9 Bilion" Sedang Di Proses


KUALA LUMPUR: Ahli keluarga kepada beberapa mangsa dalam pesawat MH370 memfailkan saman berjumlah RM4.95 bilion bagi menuntut pampasan terhadap Boeing dan Malaysia Airlines.

Firma yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered yang bertindak untuk ahli keluarga terlibat telah memfailkan petisyen penemuan di mahkamah Illinois, Chicago.

Monica Kelly, peguam utama dari Ribbeck Law berkata firma itu yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang penerbangan telah didatangi oleh ahli keluarga dari China dan Indonesia.

Daripada 239 orang di atas kapal MH370, terdapat 153 warga China, 50 rakyat Malaysia dan tujuh warga Indonesia.

Kelly berkata, mereka telah bercakap dengan ahli keluarga dari kebanyakan negara dan menjangka kira-kira separuh daripada mereka yang terlibat akan turut mengambil bahagian dalam saman itu.

"Kami telah menyelesaikan banyak kes di mana bangkai telah musnah sepenuhnya, atau tiada mayat ditemui, atau bangkai ditemui tetapi kotak hitam tidak berfungsi. Kami tidak bergantung kepada perkara-perkara ini untuk memulakan proses undang-undang," kata Kelly, semasa taklimat kepada media di sini.

Beliau berkata saman itu boleh mengambil masa antara empat bulan hingga lima tahun, tetapi menjangkakan kes ini mengambil masa antara satu setengah hingga dua tahun.

Firma itu akan memberi tumpuan saman terhadap Boeing, kerana mereka percaya ini adalah kes peralatan tidak berfungsi tetapi boleh menambah defendan termasuk pengilang komponen lain atau orang-orang yang terlibat dalam melatih anak-anak kapal.

Manuel Von Ribbeck dari Ribbeck Law berkata, dalam undang-undang, penumpang tidak pernah bersalah dan tindakan ini adalah sekadar memastikan keluarga diberi pampasan sepenuhnya.

"Kami berharap keajaiban boleh berlaku, tetapi berdasarkan data yang kami lihat setakat ini, ia tidak kelihatan baik sama ada untuk penerbangan dan penumpang," kata Ribbeck.

Boeing, pengeluar pesawat 777-200 telah menerima beberapa tindakan undang-undang pada masa lalu.

Tuntutan terbaru adalah pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang  penerbangan Asiana Airlines yang membuat pendaratan kecemasan di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas, juga diwakili Ribbeck Law.

Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.