script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ANGKARA Teruskan Misi Bantuan Kemanusiaan Di Kuantan


KUANTAN - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) meneruskan "Misi Bantuan Kemanusiaan" di kawasan Kg.Belukar yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura dan Parlimen Kuantan. Dalam program petang semalam, berbagai bantuan kemanusia seperti makanan dan pakaian telah diagihkan kepada beberapa orang ibu tunggal dan golongan fakir miskin. Menurut Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) misi bantuan kemanusian mereka akan dijalankan setiap bulan mulai April ini. 



"Kami tidak menunggu pilihanraya seperti parti politik, malah kami tidak membezakan fahaman politik rakyat yang perlu di bela atau dibantu. Hari ini kami hadir di kawasan DUN Inderapura yang mana wakil rakyatnya adalah Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Shafik Fauzan. Kawasan ini juga terletak dalam Parlimen Kuantan yang diwakili oleh Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pemimpin mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti masing-masing dan mereka tidak boleh dipersalahkan jika ada rakyat yang terpinggir atau terlepas pandang dalam misi bantuan sebenarnya. Kami  tahu kedua-dua pemimpin terbabit sedaya upaya mahu membantu rakyat di kawasan masing-masing... tapi kami hadir sebagai memudahkan kerja mereka sebenarnya... Tambahan kami datang sebagai NGO", kata Shukri.



Beliau juga berharap lebih ramai syarikat korporat dan orang perseorangan yang dapat membantu Angkara dalam meneruskan misi bantuan kemanusiaan selepas ini. "Kami tak pilih kasih dan pilih bulu.... Kami anggap rakyat semua sama... Hari ini barangan dan sumbangan dihulurkan oleh sahabat-sahabtat dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebenarnya. Kami mengagihkannya terus kepada rakyat tanpa melalui pihak ketiga. Bukan kami tidak percaya tetapi takut tak sampai ke sasaran. Sebab itu kami harap semua pihak membantu kami dalam menjejaki golongan yang perlu dibela dan dibantu. Kami juga akan merujuk pihak terbabit kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk dimasukkan dalam golongan Asnaf. Ramai sebenarnya yang miskin di kawasan ini", tambah Shukri lagi.



Beliau menegaskan, setiap bulan pihaknya hanya memerlukan dana sekitar RM500 hingga RM1000 sahaja untuk meneruskan misi ini. "Kami tidak mampu sediakan dana yang besar kerana tiada peruntukan khas dari mana-mana pihak. Cukup sekadar termampu asalkan ianya konsisten dan berterusan. Oleh itu, sumbangan daripada semua pihak amatlah dialukan... sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 5560 1105 9285 atau hubungi talian hotline 012-3854400 untuk sebarang maklumat lanjut", katanya lagi.

Justeru, semua pihak bolehlah membantu sekadar termampu bagi NGO terbabit meneruska aktiviti mereka pada masa yang akan datang. Sokongan semua diharap dapat meringankan bebanan mereka yang amat memerlukan. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.