Timbalan Pengarahnya, Abdul Kadir Aljailani Mohd Sharriff berkata, pihak PPDNKK terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak kerana kempen tersebut adalah berbentuk permohonan secara sukarela.
Menurutnya, penyertaan lebih banyak pasar raya membantu merealisasikan usaha dan sasaran yang diletakkan bagi mengurangkan beban orang ramai terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa.
“Keprihatinan golongan peniaga amat diharapkan di mana ia bukan sahaja memberi keuntungan kepada pengguna malah perniagaan yang dijalankan juga akan terus rancak dan mendapat sambutan orang ramai.
“Kita juga berharap dengan adanya kempen sebegini dapat memberi pilihan kepada pengguna untuk berbelanja serta mendapatkan penjimatan serendah antara RM0.50 ke RM 4 bagi semua item yang terlibat,” katanya ketika melakukan lawatan ke Gedung Eng Hong Peramu Jaya.
Hadir sama, Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Pekan, Ahmad Fitri Ali serta Pegawai Khas Ketua Pemuda Umno Pahang merangkap wakil Majlis Belia Daerah (MBD) Pekan, Norzi Hisham Nadzi.
Sementara itu, Gedung Eng Hong Peramu Jaya telah mengadakan Kempen Penurunan Harga ke atas lebih 150 jenis barangan meliputi barangan basah, barangan kering, barangan bayi serta produk makanan dan minuman terpilih.
Pengurusnya, Yap Kum Swee berkata kempen tersebut merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk membantu meringankan beban pengguna dalam perbelanjaan seharian.
Menurutnya, gedung ini menjadi pilihan ramai pelanggan terutamanya penduduk setempat bagi mendapatkan pelbagai keperluan harian dan ia merupakan satu bentuk sokongan orang ramai terhadap perniagaan yang dijalankan.
Sementara itu, Ahmad Fitri ketika ditemui amat memuji usaha murni pihak Gedung Eng Hong Peramu Jaya kerana sedikit sebanyak dapat meringankan kos sara hidup pengguna terutama di Pekan.
“Kempen ini perlu diberi perhatian dan sokongan bagi menyokong inisiatif tersebut selain berharap ianya berterusan diadakan pada setiap bulan demi kepentingan pengguna,” katanya. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan