KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) pada Isnin malammenyatakan kesedihan dan penyesalan yang mendalam bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Doa kami buat semua yang tersayang 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kami pada saat yang amat memeritkan ini.
"Kami tahu tiada kata-kata yang kami atau sesiapa sahaja dapat ungkapkan yang berupaya meredakan kesedihan ini," kata MAS dalam kenyataan di sini.
Kenyataan itu menyebut MAS akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada anggota keluarga penumpang dalam mengharungi kesukaran pada minggu dan bulan yang mendatang.
"Operasi pencarian membabitkan pelbagai negara akan diteruskan bagi mencari jawapan terhadap pelbagai persoalan yang berbangkit. Di samping usaha pencarian MH370, penyiasatan yang intensif akan dijalankan bagi mencari jawapannya," menurut kenyataan itu.
Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Najib pada Isnin malam mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Najib membuat pengumuman itu berikutan analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam
setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL pada tengah malam.
setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL pada tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama. #sumber






1. Pesawat di jadual terbang dari KL ke Beijing
BalasPadam2. Apabila menghampiri sempadan MAL-VIETNAM- minta kebenaran memasuki zon Vietnam- dibenarkan.
3. Hubungan radio putus- pesawat pusing ke Barat melalui utara semenanjung Malaysia- jika ada sebarang kerosakan radar-pesawat masih lagi boleh teruskan penerbangan ke Beijing.
4. Jika ada kerosakan-pesawat boleh mendarat di Kota Baharu-Kuala Terengganu-Ho Chi Mih- Bangkok- Langkawi- P. Pinang.
5. Tetapi pesawat terbang terus melalui utara Sumatera-pusing kebawah menuju lautan hindi-terus hilang.
6. Radar TUDM kesan pesawat buat pusingan 90%- sepatutnya hantar pesawat tempur untuk meninjau situasi- tapi buat bodo saja.
7. Cara pesawat itu terbang seolah-olah berbentuk "S"- SOS-mesti ada sesuatu yang tak kena.
8. Mungkin pilot tak dapat kawal pesawat-sebab semua sistem "JAM"
9. Berkemungkinan ada pihak yang telah mengambil alih kawalan pesawat dari tempat lain melalui simulator. Teknologi ini telah dilakukan/praktik oleh negara maju dan berkuasa didunia ini.
10. Kes ini mungkin ada kaitan dengan pergolakan antara kuasa besar untuk mengalih perhatian dunia.
11. Mungkin juga untuk menghukum China atau Malaysia di atas kesalahan yang lalu- atau menarik china supaya jangan berpihak kepada mana-mana kuasa besar dalam krisis yang berlaku sekarang- atau amaran kepada China.
12. Yang jelasnya majoriti penumpang adalah warga china...mesti ada sesuatu yang perlu di beri perhatian.
13. Yang malangnya "MAS"- rugi dan imej menurun.
14. ALLAH memberi kepandaian kepada manusia...tetapi kepandaian itu digunakan untuk memusnahkan manusia lain yang tak berdosa.
awak pilih nak gu dengan setan. setan tuhan kamu.
BalasPadam