script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Aziz Yusoff : Hanya 72 Peratus Mengundi Di PRK Kajang


KAJANG - Sejumlah 28,314 pengundi atau 72 peratus daripada keseluruhan 39,278 pengundi berdaftar, telah mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang hari ini.
   
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah ini bagaimanapun menurun sebanyak 16 peratus berbanding 88.4 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13.
   
"Ini bermakna tanggapan saya pagi tadi menjangkakan jumlah pengundi keluar mengundi lebih 80 peratus tak tercapai.
   
"Tapi peratusan ini pun ok bagi saya...SPR akan kaji dan teliti apa sebab berlaku begini dari 88 peratus pada PRU lepas, sekarang turun pada 72 peratus," katanya pada sidang media di pusat penjumlahan rasmi undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi, di sini.
   
Ditanya sama ada jumlah itu adalah terendah dalam sejarah PRK, Abdul Aziz berkata beliau tidak dapat mengesahkan rekod secara keseluruhan, namun peratusan ini adalah terendah berbanding PRK Kuala Besut dan Sungai Limau yang masing-masing mencatatkan 79.7 dan 88.5 peratus.

Abdul Aziz berkata penurunan peratusan mengundi itu tidak sepatutnya berlaku berdasarkan keadaan cuaca hari ini, tempoh kempen yang panjang dan pengurusan baik daripada pihak SPR dan polis.

Mengenai perjalanan tempoh pengundian, beliau berkata pada keseluruhannya berjalan lancar walaupun difahamkan berlaku sedikit provokasi di beberapa pusat mengundi. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.