script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

TUDM Jamin Maklumat Satelit Di Rahsia Tak Jejas Operasi


BEIJING: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi jaminan kepada keluarga penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang bahawa maklumat dari satelit British yang dirahsiakan tidak memberi kesan kepada operasi mencari dan menyelamat.
Panglima Operasi Udara TUDM, Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad (foto) berkata, demikian semasa berdialog dengan anggota-anggota keluarga penumpang rakyat China yang mahukan jaminan beliau bahawa data satelit yang dirahsiakan itu tidak memberi kesan kepada operasi yang sedang berjalan itu.
Beliau percaya maklumat yang dirahsiakan buat sementara itu oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara British (AAIB) dan satelit Inmarsat akan didedahkan sebaik sahaja siasatan selesai atau semasa dalam analisis.
Waris terdekat 154 penumpang warga China dalam penerbangan MH370 itu kebanyakannya enggan menerima sebarang jawapan mengenai kehilangan pesawat itu melainkan pesawat itu ditemui semasa taklimat oleh pasukan peringkat tertinggi Malaysia mengenai perkembangan tragedi itu di Hotel Lido di sini, Rabu.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin berkata, tragedi itu tidak akan menjejaskan hubungan dua hala di antara Malaysia dengan China.
"Kami telah bekerjasama rapat dengan kerajaan China dari mula sehingga sekarang sejak kejadian pada Mac lepas," katanya.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.