script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MAS Simpulkan Kini Semua Penumpang MH370 Terkorban


SEPANG: Penerbangan Malaysia (MAS) membuat kesimpulan bahawa kesemua 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370 terkorban, berdasarkan maklumat yang diberikan kepada mereka oleh Kerajaan mengenai nahas itu.
Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Md Yusof berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Isnin iaitu hari ke-17 pesawat itu hilang yang membawa kepada kesimpulan itu.
"Beliau (Najib ) telah memberikan petunjuk yang boleh dipercayai yang menunjukkan di mana pesawat itu berakhir... kedudukan yang sangat jauh, sangat jauh... dan selepas 17 hari, kami hanya boleh membawa kepada kesimpulan yang pasti ini," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Ditanya bagaimana MAS begitu pasti, dan apakah butiran mengenai nahas itu, beliau berkata, maklumat itu akan diperjelaskan pada sidang media oleh Kementerian Pengangkutan pada Selasa.
Md Nor menafikan bahawa syarikat penerbangan itu menangguhkan maklumat untuk dikeluarkan kepada umum. Beliau menambah ia terpulang kepada pihak berkuasa untuk membuat keputusan tersebut.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.