script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Adnan: Biodiesel Boleh Perkukuhkan Harga Minyak Sawit


KUANTAN - Pelaksanaan penggunaan biodiesel sawit adalah langkah strategik kerajaan bagi mengukuhkan harga minyak sawit dalam jangka masa panjang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, langkah itu juga akan menyumbang kepada persekitaran yang bersih dengan penggunaan bahan bakar yang mesra alam.
"Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha kerajaan meluaskan penggunaan biodiesel sawit ke negeri ini yang sudah pun bermula pada Februari lalu.

"Pelaksanaan program ini amat wajar kerana Pahang merupakan antara negeri yang mempunyai ladang kelapa sawit cukup luas dan pada tahun lalu sahaja kita memiliki kira-kira 710,000 hektar ladang sawit," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Penggunaan Biodiesel Sawit di Wilayah Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan) dan Utara (Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang) serta penyempurnaan di peringkat Semenanjung di Hotel MS Garden, di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Unggah Embas; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Nurmala Abd. Rahim; Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ar Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Choo Yuen May.

Terdapat tiga kilang biodiesel sawit di negeri itu dengan jumlah kapasiti pengeluaran sebanyak 450,000 tan setahun di samping tiga depot pengadunan petroleum.
Adnan berkata, kerajaan negeri akan memberi sepenuh komitmen dan membantu pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang kini giat melakukan kajian dan penelitian mengenai biodiesel sawit.

"MPOB kini membuka pejabat cawangannya di Bandar Indera Mahkota dekat sini, jadi dengan wujudnya jalinan kerjasama yang akan diadakan nanti dapat meningkatkan kemajuan dalam industri ini.

"Saya juga mencadangkan jika MPOB ingin membuka sebuah lagi kilang biodiesel sawit, boleh datang ke Pahang, kita akan menyediakan lokasi yang sesuai untuk pembinaan kilang ini," katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri akan membangunkan Kelompok Industri Minyak Sawit (POIC) di Gebeng di sini di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kos sebanyak RM89.34 juta. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.