KUANTAN - Kesilapan pertahanan Pahang di minit terakhir sekali lagi memberikan peluang kepada lawan menjaringkan gol.
Pengendali Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan kesilapan itu diakui dan perlu diperbaiki segera untuk memastikan lawan tidak mendapatkan gol seperti yang dihadapi ketika berdepan Sarawak, malam kelmarin.
Pada pertemuan itu, Pahang mendahului tiga gol tanpa balas sebelum pemain pelawat, Rashid Aya menjaringkan gol pada minit terakhir permainan akibat kesilapan pertahanan Pahang.
“Gol lawan disebabkan salah faham antara Damion Stewart dan Zeshan Rehman.
“Kelemahan ini perlu diperbaiki sebelum perlawanan seterusnya,” katanya.
Bekas pemain kebangsaan itu mengharapkan anak-anak buahnya terus berdisiplin hingga ke wisel penamat.
Dalam pada itu, Zainal lega dan gembira dengan kejayaan Pahang mendapat tiga mata dalam perlawanan itu.
Menurutnya, pemain terlalu menghormati lawan pada separuh babak pertama sehinggakan gagal menemui penyudah.
"Tetapi corak permainan berubah pada separuh babak kedua dan ia petanda positif. Sebelum itu pemain kurang cermat mengawal bola," katanya.
Setakat ini, Pahang melonjak ke tangga kedua Liga Super di belakang Terengganu selepas berkongsi 13 mata dengan beza satu perlawanan. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan