script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Empat Individu Di Percayai Pengedar Dadah Di Tahan Polis


TEMERLOH - Empat individu iaitu pasangan suami isteri dan pasangan kekasih dipercayai pengedar dadah menjadikan kediaman salah seorang daripada mereka sebagai markas untuk membungkus dan menghisap dadah.

Suami isteri yang berumur antara 20 hingga 30 tahun yang menjadi suspek utama itu dikatakan telah menjalankan aktiviti pengedaran dadah di daerah ini hampir tiga tahun lalu.

Mereka menghantar dua anak mereka ke kampung supaya memudahkan aktiviti pengedaran dadah dilakukan di kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, keempat-empat mereka ditahan di sebuah rumah di Taman Bahagia di sini kelmarin dalam satu serbuan jabatan narkotik kira-kira jam 3.15 petang.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis merampas dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM10,000 daripada kesemua suspek.

“Pemeriksaan lanjut di dalam satu bilik menemukan kotak besi yang di dalamnya mengandungi enam peket plastik lut sinar dipercayai jenis syabu seberat 10.02 gram dan kotak berwarna biru yang mengandungi satu peket berisi serbuk dan ketulan yang disyaki dadah jenis heroin seberat 166.05 gram.

“Barangan lain yang turut dirampas termasuklah alat sealer, penimbang digital, kotak Samsung Galaxy berisi plastik kosong, botol kaca yang diubahsuai, kepingan aluminium dan gunting yang disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara dan sebatan di mana kesemua mereka ditahan reman sehingga 27 Mac ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek positif dadah dan suspek utama mempunyai dua rekod lampau di bawah kesalahan narkotik.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis akan terus menggiatkan operasi bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini.

“Polis tidak akan berkompromi dengan aktiviti menyalahi undang-undang dan kita berharap orang ramai akan memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.