script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Timbang Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja atau membentuk Jawatankuasa Parlimen dalam satu  inkuiri siasatan berhubung kehilangan Pesawat MH370 Penerbangan Malaysia.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau telah diberikan dua saranan dari beberapa pihak dalam membuat inkuiri siasatan berhubung kehilangan pesawat tersebut.

"Terdapat saranan untuk menubuhkan satu inkuiri siasatan di mana ahli dari Jawatankuasa Parlimen akan dipilih untuk menyertainya manakala satu lagi gesaan adalah agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja namun saya tiada kuasa untuk membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.


Beliau yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun mengesahkan bahawa Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan inkuiri mereka sendiri terhadap kes tersebut.

"Malah, Kementerian Pengangkutan juga sedang memilih anggotanya untuk dibawa ke Lembaga Inkuiri yang akan ditubuhkan nanti,".

Beliau juga telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk membangkitkan perkara tersebut pada Mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

"Perkara yang berlaku ini agak mengejutkan tanpa diduga apa yang telah kita lalui selama ini akan menjadi indikasi penting bagi kita apabila bertemu dalam mesyuarat kabinet itu nanti,". #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.