Kemalangan udara pertama yang melibatkan pesawat MAS dan yang paling buruk dalam sejarah penerbangan MAS ialah trajedi Boeing 737 MH653 pada tahun 1977. Pesawat malang ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada detik 1921hrs menuju kedestinasi akhir Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Sewaktu melalui ruang udara Kuala Lumpur pada 2015hrs, Menara Kawalan Udara diberitahu ada "pengganas" didalam pesawat yang bertujuan untuk merampas pesawat malang tersebut. Baca seterusnya:-
Pada 4hb Disember 1977 Boeing 737 MAS MH653 dilapurkan terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. Ia merupakan peristiwa yang paling menyayat hati seluruh rakyat Malaysia dan kejutan bagi rakyat seluruh rantau Asia Tenggara apabila pesawat MAS MH653 meletup di ruang udara Tanjung Kupang dengan mengorbankan kesemua 93 penumpang termasuk tujuh anak kapal.
Terdapat pelbagai versi berhubung insiden tersebut tetapi yang paling popular ialah, berlakunya letupan diudara sebelum ia terhempas dan versi yang lain pula mengatakan berlakunya pergelutan didalam kokpit sehingga menyebabkan ia terhempas disebuah kawasan paya bakau berhampiran Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.
Rangka pesawat Boeing 737 ini bertaburan disekitar dua kilometer persegi. Untuk rekod, kawasan ini, kini telah diwartakan sebagai sebahagian daripada kawasan dibawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).
Tragedi yang berlaku 37 tahun lalu itu, turut mengorbankan nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.
Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys juga merupakan penumpang dalam pesawat malang ini..! Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu seminar di Pulau Pinang dan kejadian yang berlaku sejurus selepas Maghrib ini berpunca daripada percubaan untuk merampas pesawat berkenaan.
Hasil daripada laporan yang disampaikan oleh Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil kepada Menara Kawalan di Subang. Pesawat malang ini sebenarnya sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
Tetapi pesawat malang ini tidak mendarat di Subang sebaliknya mereka telah diarahkan oleh perampas/pengganas supaya terus menuju ke Singapura apabila berada diruang udara Johor. Malangnya pesawat ini telah mengalami letupan dalam kokpit diudara dan pada aras 7000kaki pesawat mula menjunam.
Tepat 2045hrs pesawat dilapurkan terhempas dalam keadaan sedang menjunam. Momentum akibat terhempas dalam keadaan yang menjunam pada kelajuan yang sukar dibayangkan mengakibatkan serpihan bertaburan disekitan 2km persegi...!!
Pasukan mencari dan Menyelamat di lancarkan besar besaran melibatkan berpuluh puluh unit ATM... BLACK BOX yang dicari hanya ditemui sebelas tahun kemudian iaitu tepatnya pada tahun 1988...!!
BLACK BOX DITEMUI TERTANAM DIDALAM KAWASAN PAYA BAKAU SEDALAM 12METER ATAU 36KAKI DIDASAR... DITEMUI HANYA 11 TAHUN PERISTIWA MALANG INI BERLAKU ATAU PALING TEPAT KEMALANGAN UDARA YANG PALING BURUK DALAM SEJARAH PENERBANGAN NEGARA..!!
Kini, setelah 37 berlalu, giliran Boeing 777 - MH370 pula hilang dari radar pada 8hb Mac 2014 pada tengahmalam 0117hrs yang sehingga kini masih gagal dikesan.....!! #sumber










Tiada ulasan:
Catat Ulasan